PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

26 June 2011

Hentikan AMARAN, tunjukkan TINDAKAN


Salam muhibbah.

1. Kedegilan pihak-pihak yang ingin membuat demonstrasi pada 9 Julai ini sangatlah mengecewakan. Keras hati mereka ingin meneruskan juga perhimpunan yang tiada sebarang faedah itu.

2. Malangnya KDN masih membisu dan sesekali berteriak "AMARAN". Hanya dengan "AMARAN" tidak akan mengubah apa-apa keadaan. "AMARAN" tidak akan membekas di sanubari pendemo-pendemo.

3. Ketegasan pendemo ini WAJIB dibalas dengan TINDAKAN. Terpulanglah pada KDN bentuk apakah tindakan tersebut. Langkah pencegahan perlu dilaksanakan. Hanya TINDAKAN yang akan menyebakan pendemo tersebut "angkat kaki".

4. Apakah Menteri AMARAN hanya mampu memberi AMARAN? Sangatlah malang jika kerajaan hanya pandai memberi AMARAN daripada TINDAKAN.

5. Jangan sampai "Sudah terhantuk barulah terngadah"

25 June 2011

1Melayu 1Bumiputera


Sama-sama kita eratkan ikatan ukhwah dan persaudaraan sesama Melayu Islam dan lain-lain Bumiputera Malaysia untuk bersatu di page ini. Sila 'Like'

05 June 2011

Akuilah bahawa PAS sudah tidak 'mesra ulama'

Islam hanya tinggal nama pada parti

Salam muhibbah,

1. Tahniah kepada perwakilan PAS yang telah selesai melunaskan tanggungjawab memilih pemimpin pada Muktamar Tahunan 2011.

2. Barisan kepimpinan yang baru dipilih jelas dan nyata bahawa pemimpin tertinggi tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian dalam bidang agama.

3. Nyata kali ini kumpulan ulama telah berjaya 'disisihkan secara terancang' dengan kemasukan golongan-golongan 'profesional' menjawat jawatan tertinggi.

4. Jika sebelum ini dikatan golongan ulama yang layak menjadi pemerintah, apakah dalam Parti Islam ini sendiri, ulama tidak layak menjadi pemimpinnya?

5. Apakah kuasa yang ada pada Dewan Ulama? Sekadar penyedap organisasi, atau pelengkap tradisi? Jelas suara Dewan Ulama langsung tidak kedengaran tatkala umat Melayu Islam diasak bertubi-tubi oleh golongan bukan Islam.

6. Hakikatnya banyak ulama-ulama muda masa kini yang cenderung menjauhkan diri daripada PAS kerana banyak dasar dan polisi semasa parti itu semakin jauh daripada matlamat asalnya. Secara dasarnya, ulama-ulama ini tidak pula menyertai UMNO, mungkin segelintir, selebihnya berkecuali.

7. Apabila muktamar kali ini bertemakan "negara kebajikan", jelaslah bahawa perjuangan negara Islam itu sendiri sudah samar-samar, barangkali akan terus lenyap diasak golongan profesional.

8. Apakah PAS sendiri secara senyap 'mengakui' bahawa UMNO selama ini telah berjaya meningkatkan kebajikan umat Melayu Islam selaras dengan tuntutan syariat hingga terpaksa mereka mengubah taktik psikologi pengundi-pengundi?

9. Slogan "PAS ganti UMNO" jelas menunjukkan bahawa tradisi perjuangan membela Melayu Islam kini mahu dirampas oleh PAS yang selama ini menipu pengundi mereka selama lebih 50 tahun kewujudannya. Sedang PAS sendiri tidak mahu untuk mengakui bahawa UMNOlah yang telah berjaya dari segi "negara berkebajikan".

10. Hanya sekadar mengingatkan kembali sejarah penubuhan PAS, siapa yang menubuhkannya, dan apakah tujuan asal penubuhannya, kerana itulah menjadi matlamat kejayaan sesebuah parti tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.