PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

20 October 2011

Beza tindakan Dr.M dengan Aziz Bari


Salam perpaduan.

Menegur atau mengkritik tindakan sultan adalah sebenarnya "kurang beradab" dan "kurang manis". Di Malaysia, rakyat meletakkan seseorang sultan itu di hierarki tertinggi dalam masyarakat. Bukan bermakna mereka tidak boleh ditegur tetapi jangan pula sampai menampakkan "kurang cerdik" nya ketika mengeluarkan kenyataan.

Pembangkang mengatakan teguran "kurang sopan" Prof. Aziz Bari tak ubah seperti Tun Mahathir "menghapuskan" kekebalan raja-raja Melayu. Apa yang nak saya ulaskan di sini ialah, tindakan mereka tiada langsung persamaan.

Pertama, ketika Tun M "menghapuskan" kekebalan raja-raja Melayu ketika dulu adalah kerana tidak mahu sultan-sultan membuat apa jua tindakan yang salah di sisi undang-undang tetapi tidak dihukum atas alasan kerana mereka "kebal" undang-undang. Jadi "kekebalan" undang-undang itulah yang Tun M mahu hapuskan. Tun M tidak mahu rakyat yang menderita akibat tindakan salah sultan-sultan yang akhirnya akan menyebabkan seluruh rakyat membenci sistem beraja kerana dianggap "menindas" rakyat marhaen.

Tun M tidak pernah menghapuskan kuasa politik mereka. Tun M tidak pernah meletakkan sultan-sultan ini sebagai rakyat biasa. Malah untuk membicarakan sultan-sultan ini pun perlukan Mahkamah Khas. Jadi, rakyat marhaen juga akan menikmati keadilan dari sudut undang-undang. Dan dengan ini, keadilan telah diletakkan ditempat yang sepatutnya. Ingat kembali kepada kes Al-marhum Sultan Iskandar (Sultan Johor).

Prof. Aziz Bari pula menegur tindakan sultan, yang nyata sekali Sultan Selangor itu menjalankan tugasnya, yakni mempertahankan agama Islam daripada dicemari oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab. Jadi, mengapa Aziz Bari ini mengeluarkan kenyataan seolah-olah Sultan Selangor "kurang cerdik"? Sultan Selangor telahpun menyatakan pendirian baginda sebagai Ketua Agama Islam di Selangor. Sultan Sharafuddin bimbang akan penyebaran agama Kristian kepada umat Islam semakin meluas.

Kenyataan Aziz Bari seolah-olah "menghalalkan" tindakan gereja yang ingin memurtadkan umat Islam. Pada hemat saya, kenyataan itu tak perlu diluahkan oleh seorang akademia seperti Aziz Bari. Sudah menjadi tanggungjawab dan tugas Sultan Sharafuddin dan tindakan baginda menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bertepatan.

Jadi sememangnya tiada persamaan langsung malah sangat berbeza tindakan Tun M dan Aziz Bari dalam isu kedaulatan raja-raja Melayu.

Demi aqidah Islam, mari kita berhimpun!


Assalamualaikum.

Di sini saya ingin mengajak anda bersama-sama untuk menyertai Himpunan Sejuta Umat Islam ini pada Sabtu ini, 22 Oktober 2011 jam 2.00 hingga 6.00 petang, di Stadium Shah Alam untuk kita ekspresikan niat kita demi menyelamatkan umat Islam daripada agenda murtad dan Kristianisasi. Tiada batas politik dan kaum di sini, penting sekali menyelamatkan maruah umat Islam kita! Sila klik di banner di atas untuk ke laman sesawang HIMPUN.

FK: Malangnya sebuah parti yang kononnya terlalu Islamik, langsung tidak ingin menyertai malah langsung tidak menyokong perhimpunan ini. Sedarlah wahai penyokong fanatik mereka! Sudah terbukti mereka tidak memperjuangkan Islam.

09 August 2011

Isu Murtad: DAP senyap, PAS tolong jawabkan


Salam Ramadhan,

Wah polemik isu murtad ini semakin hari semakin panas. PAS terus-terusan menyalahkan UMNO kerana memperbesar isu murtad ini. Ini bukan soal rumah runtuh atau jalan berlubang, ini permasalahan aqidah. Jikalau permasalah aqidah ini, PAS ambil remeh sahaja, apakah ertinya? Konon mahu menegakkan hukum Islam. Hukum Hudud yang sibuk dicanangkan dulu pun hilang entah ke mana.

Jika pembaca sedari atau tidak, tiada seorang pun pemimpin DAP cuba untuk mempertahankan tindakan gereja terbabit, baik Teresa Kok, mahupun Ronnie Liu. Jelas di sini hanya PAS terkontang-kanting menyalahkan jabatan di negeri yang mereka tadbir (baca: pencacai DAP) sendiri. Sebagai seorang pejuang Islam, kononnya, wajib mereka mempertahan tindakan JAIS itu, bukannya mencari kesalahan.

Demi undi kafir, mereka sanggup menjilat DAP asalkan nikmat kuasa dapat dirasai!

07 August 2011

PAS disahkan bukan perjuangkan Islam

Salam Ramadhan,

Tindakan JAIS yang melakukan serbuan terhadap gereja di Selangor baru-baru ini menunjukkan gerakan halus untuk memurtadkan umat Islam rancak dilakukan walaupun pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Hasan Ali, selaku EXCO Agama Selangor dengan tegas mempertahankan tindakannya membuat serbuan itu. Kesungguhan Dr. Hasan Ali dalam menegakkan syiar Islam sewajarnya diberi pujian oleh puak-puak PAS, malangnya sehingga ke hari ini, waima pemimpin tertinggi parti itu masih kelu lidah mereka.

Ke mana perginya "Islam" yang mereka perjuangkan selama ini? Adakah hanya di bibir sahaja? "Islam" mereka kini sudah ke laut barangkali. Tinggal dogma benci-membenci sesama Islam dan kerakusan merasai nikmat kuasa sahaja yang sudah berbekas di benak dan hati mereka. Maka, apa lagi perlu puak-puak PAS ini tunggu?

Jika kamu benar-benar perjuangkan Islam, usah malu dan segan, tinggalkan PAS yang sememangnya sudah disahkan TIDAK memperjuangkan Islam semenjak kalimah "Allah" dijaja oleh mereka kepada Kristian!

01 August 2011

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan buat semua pembaca blog ini. Moga Ramadhan kali ini penuh makna untuk anda semua.
Published with Blogger-droid v1.7.4

25 June 2011

1Melayu 1Bumiputera


Sama-sama kita eratkan ikatan ukhwah dan persaudaraan sesama Melayu Islam dan lain-lain Bumiputera Malaysia untuk bersatu di page ini. Sila 'Like'

05 June 2011

Akuilah bahawa PAS sudah tidak 'mesra ulama'

Islam hanya tinggal nama pada parti

Salam muhibbah,

1. Tahniah kepada perwakilan PAS yang telah selesai melunaskan tanggungjawab memilih pemimpin pada Muktamar Tahunan 2011.

2. Barisan kepimpinan yang baru dipilih jelas dan nyata bahawa pemimpin tertinggi tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian dalam bidang agama.

3. Nyata kali ini kumpulan ulama telah berjaya 'disisihkan secara terancang' dengan kemasukan golongan-golongan 'profesional' menjawat jawatan tertinggi.

4. Jika sebelum ini dikatan golongan ulama yang layak menjadi pemerintah, apakah dalam Parti Islam ini sendiri, ulama tidak layak menjadi pemimpinnya?

5. Apakah kuasa yang ada pada Dewan Ulama? Sekadar penyedap organisasi, atau pelengkap tradisi? Jelas suara Dewan Ulama langsung tidak kedengaran tatkala umat Melayu Islam diasak bertubi-tubi oleh golongan bukan Islam.

6. Hakikatnya banyak ulama-ulama muda masa kini yang cenderung menjauhkan diri daripada PAS kerana banyak dasar dan polisi semasa parti itu semakin jauh daripada matlamat asalnya. Secara dasarnya, ulama-ulama ini tidak pula menyertai UMNO, mungkin segelintir, selebihnya berkecuali.

7. Apabila muktamar kali ini bertemakan "negara kebajikan", jelaslah bahawa perjuangan negara Islam itu sendiri sudah samar-samar, barangkali akan terus lenyap diasak golongan profesional.

8. Apakah PAS sendiri secara senyap 'mengakui' bahawa UMNO selama ini telah berjaya meningkatkan kebajikan umat Melayu Islam selaras dengan tuntutan syariat hingga terpaksa mereka mengubah taktik psikologi pengundi-pengundi?

9. Slogan "PAS ganti UMNO" jelas menunjukkan bahawa tradisi perjuangan membela Melayu Islam kini mahu dirampas oleh PAS yang selama ini menipu pengundi mereka selama lebih 50 tahun kewujudannya. Sedang PAS sendiri tidak mahu untuk mengakui bahawa UMNOlah yang telah berjaya dari segi "negara berkebajikan".

10. Hanya sekadar mengingatkan kembali sejarah penubuhan PAS, siapa yang menubuhkannya, dan apakah tujuan asal penubuhannya, kerana itulah menjadi matlamat kejayaan sesebuah parti tersebut.

11 May 2011

Negara Islam: Janji palsu PAS

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

1. Kita tahu masih banyak pihak yang mahukan perpaduan umat Melayu/Islam, tidak kira daripada fahaman 'kiri' atau fahaman 'kanan'. Malangnya cahaya yang nampak belum dapat digapai lagi kerana laluan ke situ dipenuhi onar dan duri.

2. PAS, seperti yang kita ketahui, sangat tegar dalam perjuangan 'negara Islam' nya. Pengisian untuk negara Islam ala PAS adalah dengan melaksanakan hukum hudud, yang sehingga ke hari ini, masih belum wujud di negeri tadbiran PAS waima buku pelaksanaannya pun.

3. PAS yang dahulu kita kenali, sangat berani untuk menegakkan negara Islam mereka tanpa rasa ragu-ragu dan tanpa tekanan mana-mana pihak. Tika itu, ramai umat Melayu/Islam berasa yakin dengan apa yang diuar-uarkan oleh PAS.

4. Tika ini, PAS yang kita kenali dulu telah berubah hampir 100%, dengan perjuangan negara Islam semakin lenyap dibaham rakan sekutu, DAP dan PKR, hampir apa sahaja isu berkaitan dengan agama Islam langsung tidak diselesaikan dengan baik. Kini, canangan "Negara Islam" hanya sekadar kata-kata penyedap mulut, bukan lagi sebagai ideologi parti.

5. Janji palsu mahu menubuhkan negara Islam hanya sekadar janji. PAS hanya mahukan kuasa sahaja untuk memerintah negara kerana mereka tahu kerajaan persekutuan terdapat banyak kelebihan untuk mereka kaut, harta, wang, kuasa dan segala-galanya. PAS kini hanya dihantui dengan bisikan halus syaitan yang menghasut "ulama" PAS untuk mengecapi nikmat duniawi yang selama ini mereka ketepikan.

6. Mahu menubuhkan negara Islam bukan hanya sekadar sedap di mulut, tetapi tindakan yang betul dan proaktif adalah cara sebenar memartabat negara Islam. Jika hanya sekadar slogan atau dicetak pada pelekat kenderaan, adakah kesan-kesan roh "negara Islam" itu akan meresap ke dalam masyarakat Melayu/Islam?

09 May 2011

Umat Islam Malaysia suka berpecah belah?

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

1. Suara-suara menuntut ke arah perpaduan umat Melayu/Islam semakin lantang kedengaran. Banyak pihak yang secara sukarela ingin membantu ke arah penyatuan umat Melayu/Islam di Malaysia.

2. Malangnya tindakan itu dipandang enteng oleh beberapa pihak yang berkepentingan. Sedih apabila mengenangkan perkara seperti ini. Hanya kerana ingin mencapai kekuasaan, perpaduan sesama Melayu/Islam langsung diketepikan.

3. Tindakan mereka yang menolak secara menyeluruh, perpaduan Islam hanya kerana perbezaan yang kecil, yang diperbesarkan, sedang persamaan antara kedua pihak tidak pula dijadikan sandaran untuk bersatu.

4. Diriwayatkan daripada Anas r.a: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:  Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.

5. Apakah mereka tidak mahu melihat saudara sesama Islam saling menyayangi? Mereka lebih suka berjauhan dengan saudara seagama, yang sama menghadap kiblat, yang sama bersolat menyebut Allah SWT, sedang mereka mahu serapat yang boleh dengan mereka yang menyekutukan Allah, yang sering berdusta, yang langsung tidak beriman kepada Al-Quran?

08 May 2011

Agenda Kristian dan anak muda

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

1. Kita digemparkan dengan isu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Ikrar yang dilakukan oleh beberapa paderi utama di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang menyatakan hasrat mereka untuk menyebarluaskan lagi agama Kristian di Malaysia sehingga ke tahap meletakkannya di tangga teratas Perlembagaan.

2. Persoalannya di sini, tindakan mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa secara senyap mereka telah berjaya meluaskan fahaman agama ini ke serata pelusuk negara dan mereka berani mengisytiharkan usaha mereka itu.

3. Maka kita perlu lihat dari sudut tindakan pihak berkuasa Islam sendiri, adakah tindakan kita memadai untuk mengekang penyebaran agama lain terhadap umat Melayu kita? Melayu kini diancam penyebaran Kristian terhadap bangsa itu dan mereka telah berusaha sejak dahulu lagi.

4. Mudahnya penyebaran agama Kristian di kalangan anak muda tika ini ialah dengan menyelitkan unsur-unsur hendonisme ke dalam jiwa anak muda. Anak muda yang dahagakan kebebasan dan hiburan dilanyak dengan unsur melalaikan dan menjauhkan mereka daripada agama Islam sendiri.

5. Adakah salah kerajaan yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Tidak lain tidak bukan ia datang daripada keluarga sendiri. Jika keluarga tidak ambil pusing dengan situasi ini, tidak mustahil nasi akan menjadi bubur. Anak muda ini akan jauh daripada keluarga dan tidak mustahil bertukar agama.

6. Tindakan paderi-paderi ini yang berani bertindak sebegitu adalah disebabkan budaya masyarakat kini yang berpaksikan kepada Barat, dengan mengamalkan corak kehidupan Barat, khususnya di kota-kota besar telah membawa kepada gejala ini. Tambahan pula kita dimomokkan dengan hiburan melampau artis-artis tanah air.

7. Maka apakah usaha kita untuk membendung agenda ini daripada terus membarah dalam masyarakat? Usah kita menyalahkan pihak ini dan pihak itu sekiranya situasi ini tidak terkawal, muhasabah diri dan bersatulah Melayu untuk menjana kekuatan agar ancaman ini tidak menembusi tembok iman umat Melayu.

05 February 2011

Krisis Mesir: UMNO buat kerja, PAS buat tahi mata!

Salam sejahtera.

1. Ketika ini, Mesir masih dalam keadaan huru hara dan kacau bilau akibat protes jalanan yang semakin buruk. Tanda-tanda untuk pulih kepada keamanan nampaknya sangat tipis.

2. Ketika ini juga, Kerajaan Malaysia (dibaca: UMNO/BN) sedang bertungkus lumus memindahkan seberapa ramai mungkin rakyat Malaysia ke Jeddah, Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

3. Usaha murni ini sewajarnya dihargai dengan ucapan terima kasih, bukan dengan fitnah, cacian, hinaan yang diberi. Molekkah? Sudahlah wahai juak murahan PAS. Sepatutnya kamu bersama-sama kerajaan membantu proses perpindahan di Mesir, bukan berdemo di depan Kedutaan Amerika! Malah lebih Mesir daripada rakyat Mesir sendiri berdemonya!

4. Adakah demo yang kamu lakukan boleh mengubah apa-apa keadaan? Adalah lebih baik sekiranya kamu bersolat hajat mohon keselamatan seperti yang dianjur oleh JAKIM dan mohon sama-sama berangkat ke Mesir membantu sukarelawan memindahkan warga Malaysia.

5. Sebagai parti yang konon memperjuangkan Islam, PAS (dibaca: munafik), perlukah kita mempertikai niat kerajaan Malaysia membantu rakyat sendiri di Mesir? Ada yang mempersoal mengapa tidak bawa terus ke Malaysia?

6. Matlamat ketika ini adalah kita harus keluarkan semua rakyat Malaysia dahulu dan tempatkan mereka di kawasan yang selamat. Dalam konteks ini, di Jeddah. Mengapa Jeddah? Jeddah berhampiran dengan Mesir dan kita sudah mempunyai banyak kemudahan yang telah disediakan oleh Tabung Haji.

7. Tidak kah kamu terfikir, jarak Mesir dengan Malaysia bukannya seperti Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru. Berapa banyak kos yang akan terbuang jika perjalanan sejauh 10 jam lebih untuk membawa hampir 12,000 rakyat Malaysia di Mesir? Pelan perpindahan ke Jeddah adalah lebih sesuai kerana dalam masa beberapa hari ini kita dapat keluarkan kesemua rakyat Malaysia dengan selamat. Setelah selamat, barulah kita akan uruskan penerbangan pulang ke Malaysia.

8. Sudah-sudahlah PAS, kamu bukan berniat baik untuk membantu sesama Islam. Malah kamu sendiri memecahbelahkan umat Islam. Jika PAS betul-betul memperjuang nasib rakyat Palestin, mengapa ketika misi bantuan Tun Dr. Mahathir dulu, tiada seorang pun juak-juak PAS yang mengikuti?

Untuk mengikuti berita terkini dari Mesir, bolehlah layari Medan Info Kita

16 January 2011

Hak dan Azan


Salam sejahtera.

1. Semakin hari semakin banyak pencabulan hak terhadap umat Islam di negara kita ini. Bermula dengan isu kalimah ALLAH hingga aduan kepada laungan azan.

2. Jika alasan hak peribadi dijadikan perkara utama, jadi mengapa hak untuk melaungkan azan, memanggil umat Islam bersolat dinafikan? Jika berbicara soal "hak sama rata", maka hak azan juga perlu diberi keutamaan. Jangan berbicara soal hak jika tidak faham apa makna sebenar hak tersebut.

3. Lihatlah tatkala umat Islam berpecah belah, bukan Islam sewenang-wenangnya bertindak luar batasan apabila mengadu tentang lantangnya bunyi azan. Apakah wajar tindakan beliau mengadu hal perkara tersebut?

4. Saya tidak membicarakan dari konteks agama tetapi lebih kepada aspek undang-undang dan perlembagaan. Soal bicara agama Islam ini sudah termaktub di dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, menyatakan Islam sebagai agama rasmi. Maka sudah tentulah agama Islam mempunyai HAKnya untuk melebarkan syiar Islam di atas bumi Malaysia.

5. Malah agama lain juga turut mempunyai HAK yang sama tetapi telah dijelaskan bahawa agama lain TIDAK dibenarkan menyebarkan ajaran agama lain terhadap umat Islam. Sudah pasti cara menghidupkan amalan agama telah jelas dinyatakan.

6. Apakah perasaan penganut agama lain jika kita mempersoalkan tindakan kuil atau gereja yang menggunakan cara masing-masing untuk memanggil umatnya bersembahyang? Sudah tentu isu itu akan diperbesarkan walhal jika kita bertoleransi, sudah tentu tidak menjadi suatu perkara yang boleh diperdebatkan.

7. Apakah tindakan wajar yang boleh diambil oleh si pengadu? Adalah baik sekiranya beliau memahami dan berbincang dengan jawatankuasa masjid untuk mencari jalan penyelesaiannya. Bukan dengan sewenang 'memerintah'kan azan diperlahankan. Baik juga sekiranya jawatankuasa masjid menerangkan hal sebenar syariat azan tersebut.

8. Umat Islam yang lain jangan pula melatah.

30 November 2010

Anwar: Anugerah, Ujian atau BALA?


Salam perpaduan.

1. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya, kerajaan prihatin BN akan memberi bantuan khas kewangan kali kedua untuk kakitangan kerajaan sebanyak RM500 pada 1 Disember ini.

2. Ingatlah, jadilah insan yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja rahmat yang dianugerahkan oleh-Nya. Jangan menjadi seperti 'Singa yang mengigit tuannya'.

3. Ini juga adalah satu anugerah Tuhan yang tidak terkira jika kita menjadi insan bersyukur. Rezeki yang walaupun 'ala kadar' tetapi akan menjadi lebih bermakna kerana ia akan diberkati oleh-Nya.

4. Bak kata Wan Azizah, Anwar adalah anugerah Tuhan. Oh, sungguh saya hairan. Adakah Tuhan menganugerahkan pemimpin yang rosak moralnya dan kotor pemikirannya, menjadi ikutan rakyat Malaysia? Itukah dikatakan anugerah Tuhan?

5. Jeliknya pengikut tegar PKR ini, akan sentiasa bersetuju secara membuta tuli hatta perkara seperti ini pun kanak-kanak juga boleh membezakan baik dan buruk.

6. Mungkin juga Tuhan 'menghantar' Anwar sebagai ujian kepada Wan Azizah khasnya dan rakyat Malaysia, amnya. Ujian sejauh mana Wan Azizah dapat menjalani kehidupan bersama Anwar dan juga ujian kepada rakyat, sejauh mana penerimaan terhadap Anwar.

7. Atau mungkin juga Anwar telah 'dikirim' oleh Tuhan sebagai BALA kepada Malaysia, khasnya kepada ISLAM kerana selama ini orang-orang Melayu/Islam telah berpecah-belah akibat fanatik kepada fahaman masing-masing. Inilah masa terbaik untuk umat Melayu/Islam bersatu dan berpadu menentang fahaman sesat yang melanda masyarakat.

8. Anugerah Tuhan yang sebenarnya kepada kemakmuran Malaysia ini ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad. Jika tidak kerana beliau, barangkali Malaysia masih ketinggalan jauh di belakang negara-negara yang lebih dahulu mencapai kemerdekaan.

9. Dan ini juga adalah Ujian besar buat DS Najib untuk memastikan Malaysia terus aman, harmoni dan damai serta perpaduan rakyat semakin erat tanpa digugat oleh Anwar Ibrahim.

31 August 2010

Allah peliharalah Malaysia!


1Malaysia: Menjana Transformasi

Salam Kemerdekaan!

1. Bagi pihak blog ini, saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada.

2. Ingatlah pepatah ini, "Di mana bumi ku pijak, di situ langit ku junjung". Lahirnya kita di negara ini dan Insya-Allah di sini kita juga akan bersemadi.

3. Tetaplah merdeka wahai negaraku. Pertahankan ia kerana merdeka kita ini tidak akan kekal selamanya jika kita leka.

10 June 2010

Tun M berjihad di Gaza, Anwar buat apa?

Mahathir
Salam muhibbah semua.

1. Selama ini mungkin rakyat Malaysia tidak tahu mengenai Perdana Global Peace Organisation yang dinaungi oleh Tun Dr. Mahathir, mantan PM.

2. Apabila isu yang melibatkan Palestin, barulah organisasi ini timbul di media massa (PGPO). PGPO adalah sebuah pertubuhan yang membantu mana-mana individu atau organisasi lain yang suka rela untuk membantu rakyat Palestin. Ibaratkan seperti orang tengah.

3. PGPO telah berusaha sebaik mungkin untuk meringankan beban rakyat Palestin di masa kedukaan mereka dijajah oleh Yahudi Israel ini. Sekurang-kurangnya kita tahu Tun M yang mempelopori usaha ini.

4. Mana pula usaha Anwar? Apakah organisasi yang dinaungi Anwar yang berusaha menyelamatkan rakyat Palestin? Sila senaraikan jika ada. Apa yang didapati banyak kaitan Anwar dengan organisasi yang secara terang-terang menindas rakyat Palestin. Sila rujuk laman sesawang AIDC

6. Anwar pejuang Islam? Saya dengan sepenuh hati tidak akan percaya. Malah saya mengagumi Tun M yang semakin sibuk membantu sejak bersara daripada PM.

7. Jika anda seorang pengagum Anwar, fikirkan semula.

19 April 2010

Junjung Kasih Tuanku Sultan Perak


Ampun Tuanku.

Patik merafak sembah tahniah di atas hari keputeraan Tuanku. Patik doakan agar Tuanku selamat dan sejahtera, makmur dan bahagia serta semoga Allah melindungi negeri kesayangan patik ini dengan limpah kurnia dan keamanan sentiasa.

Patik juga mendoakan agar Tuanku sihat sentiasa agar dapat mentadbir negeri ini dengan jayanya. Sesungguhnya Tuanku lah pemimpin yang adil lagi bijaksana. Moga kejayaan dan kegemilangan Empayar Melaka suatu ketika dahulu dapat diteruskan lagi oleh Tuanku sebagai waris kesultanan Melayu Melaka.

Allah SWT telah mentakdirkan Tuanku sebagai pemerintah bagi negeri yang mewah ini dan Tuanku telah menjalankan amanah Tuanku dengan sebaik mungkin. Patik sangat-sangat menjunjung daulat Tuanku sebagai pemerintah yang adil dan bijaksana. Patik juga menjunjung kasih yang amat tinggi kerana Tuanku telah memayungi rakyat Tuanku dengan jayanya.

Sekian, sembah tahniah daripada patik, rakyat Tuanku.

14 January 2010

Akibat tidak taat kepada Ulul-Amri


Kereta Nizar Jamaluddin yang terbalik Ipoh tempoh hari. Inilah akibat tidak taat kepada Ulul-Amri (Sultan Perak). Barangkali kejadian ini mengingatkan sesuatu kepada rakyat khususnya pembangkang. Kepada mereka, sedarlah bahawa perjuangan pembangkang itu adalah sia-sia, lebih lagi PAS yang sudah jauh terpesong daripada landasan asal perjuangan mereka selama ini.

Hanya kerana undi, Islam digadaikan!

13 January 2010

Bacalah Surah Al-Ikhlas


Salam muhibbah.

Saya cukup anti dengan mereka (Melayu Islam) yang menyokong dengan bersungguh-sunguh penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh Kristian. Atas dasar apa kamu menyokongnya? Bangsat sungguh kamu. Mempermainkan keEsaan Allah SWT. Orang sebegini adalah pelacur politik yang keji lagi hina.

Kamu sendiri tidak memahami konsep akidah Kristian yang menyatakan Tuhan itu dijelmakan di dalam tiga bentuk iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Roh Kudus. Adakah itu sama dengan Allah yang Maha Esa yakni Satu, Tunggal dan tiada yang sama dengan-Nya?

Orang-orang ini patut merenung, membaca, dan mendalami Surah Al-Ikhlas:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Sesungguhnya Allah kekal.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


14 December 2009

Salah Kamu, Salah Kamu. Salah Aku, Salah Kamu

Salam sejahtera.

1. Sejak bergabung secara tidak sah selepas PRU-12 yang lalu, perjuangan PAS semakin kabur dan tidak jelas. Di satu pihak mahukan Islam, di satu pihak lagi mahukan liberal. Ada yang benar-benar tulen dalam memperjuang ideologi parti, ada yang tamakkan undi bukan Islam.

2. Sindrom penafian juga telah bercambah di dalam PAS. Apa sahaja isu yang timbul, seboleh-bolehnya tidak mahu disebarluaskan. Jalan mudah, menafikan sahaja apa yang datang.

3. Media massa sering menjadi mangsa keadaan. Jika media melaporkan keburukan parti BN, maka bergegarlah seantero PAS bersorak kegembiraan. Malangnya apabila media melaporkan keburukan PAS, disalahkan pula media, kononnya akan menampakkan kelemahan PAS.

4. Pemimpin-pemimpin PAS perlu belajar bagaimana menghadapi media. Bukan bercakap semberono dan kemudian menafikan pula ayat yang sudah dikatakan itu. Apatah lagi jika dirakam di dalam video. Seboleh-bolehnya hendak dikatakan bahawa bukan si dia yang berkata begitu. Itulah sindrom penafian yang merebak di dalam PAS.

5. Peliknya apabila yang salah itu BN, mereka dengan tegas menyatakan memang salah itu BN. Tetapi apabila yang salah daripada PAS, BN juga yang akan menjadi mangsa. BN juga akan dipersalahkan.

6. Usah berkokok mengenai kebebasan media jika fikiran sendiri dikongkong dengan pemikiran yang jumud dan takabbur. Seolah-olah menyatakan yang dirinya sahaja yang hebat, orang lain tak hebat. Dia sahajalah yang betul-betul Islam, yang lain tidak Islam. Dia sahaja yang dapat masuk syurga, orang lain tidak.

7. Berhenti menyalahkan orang lain. Tidak salah mengakui kesalahan sendiri. Orang yang mengakui salahnya sendiri dapat belajar supaya menjadi insan yang lebih bertaqwa dan tidak mengulangi kembali kesalahannya itu.

17 August 2009

Budi Bahasa Budaya Kita

Hadith :

Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar.” Para sahabat bertanya:”Adakah orang yang mencaci ibu bapanya?” Jawab Rasulullah s.a.w ,:”Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lalu orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula.”
(Muslim)

Huraian

Dalam kehidupan ini kita selalu ingin menjadi yang terbaik sehingga kita lupa bahawa kita telah menjangkau batasan orang yang baik-baik. Selaku seorang yang beragama Islam kita hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik. Hormati orang lain sebagaimana kita mahu diri kita dihormati. Orang yang biadap memiliki tiga ciri iaitu fikirannya buruk, ucapannya kasar dan perilakunya jahat. Orang demikian cenderung melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Mereka tidak pandai menghormati orang dan suka mencaci maki orang tanpa menyedari bahawa kata-kata itu akan kembali kepada diri mereka sendiri mahupun ibu bapa mereka. Lebih dari itu mereka juga sebenarnya telah mencemarkan identiti sebagai seorang Islam yang sentiasa menyuruh umatnya agar berbudi bahasa dan berakhlak mulia.

Sumber dipetik daripada JAKIM Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.