PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

12 September 2008

Kepentingan Bahasa Mandarin

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.


Salam Muhibbah.

Artikel kali ini saya tuliskan berdasarkan perkembangan semasa yang memerlukan orang-orang Melayu bertindak. Kita tidak perlu bertindak ganas, tetapi dengan cara yang lembut dan berhemah.

Di sini saya ingin mencadangkan, dan diharapkan sesiapa sahaja membawa cadangan saya ini ke pihak yang berkenaan untuk berbuat sesuatu untuk menjayakannya. Orang Melayu wajib mempelajari bahasa keempat iaitu samada Mandarin atau Tamil. Sebab kita sudah ada bahasa pertama (Melayu), kedua (Inggeris), ketiga (Arab) jadi orang Melayu perlukan satu lagi bahasa komunikasi.

Saya lebih teruja untuk mencadangkan bahasa Mandarin daripada Tamil kerana populasi orang-orang Cina di Malaysia agak tinggi berbanding orang India. Dan kebanyakan orang-orang Cina ini terlibat dalam sektor-sektor utama, ekonomi, dan lain-lain. Malahan yang jual telefon bimbit atau komputer pun kebanyakannya orang Cina.

Kefasihan di dalam Mandarin akan membantu orang Melayu mengetahui taktik penjual-penjual ini daripada menipu. Sekurang-kurangnya kita sebagai orang Melayu dapat 'membalas' semula taktik tipu mereka ini. Selain daripada itu, kepentingan Mandarin ini juga penting untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dengan lebih jelas kepada masyarakat Cina.

Saya tertarik dengan kebolehan calon PRK Permatang Pauh BN, Datuk Ariff Shah Omar Shah yang fasih berbahasa Mandarin ini. Saya terfikir alangkah baiknya jika semua AP Melayu dapat bertutur sedemikian. Orang-orang Cina ini lebih selesa jika kita berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa mereka.

Ini bukan bermakna kita harus meminggirkan bahasa Melayu. Dalam kita berkomunikasi dengan orang Cina, kita juga boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam bahasa Melayu.

Dan saya harap cadangan saya ini dapat dilakukan oleh badan-badan NGO Melayu seperti GPMS, ProWARIS, PPIM, dan sebagainya. Mereka boleh mengadakan kelas-kelas tuisyen kepada orang-orang Melayu di luar bandar atau juga di bandar tidak kira tua atau yang muda supaya kita sama-sama dapat berbicara dalam Mandarin agar masalah komunikasi atau penyampaian tidak berkesan kepada masyarakat Cina dapat diatasi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.