IPOH 16 Sept. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini menyeru barisan pemimpin negara supaya berhenti bersengketa sesama mereka dan menumpukan perhatian kepada usaha-usaha pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.
Titah baginda, dalam dunia yang kini menghadapi iklim ekonomi suram dengan kenaikan harga minyak dan makanan, memerlukan pemimpinnya memastikan bekalan makanan terjamin, meningkatkan produktiviti, menyakinkan pelabur dan mewujudkan pekerjaan baru untuk meringankan tanggungan rakyat.
''Ini merupakan cabaran besar kepada mana-mana kerajaan sekalipun. Ia tidak akan dicapai melalui retorik politik semata-mata.
''Ia tidak akan dicapai sekiranya di kalangan barisan kepimpinan, baik yang berada di dalam atau di luar kerajaan terus bersengketa,'' titah baginda.
No comments:
Post a Comment