PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

16 September 2008

Selamat Hari Malaysia

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Salam muhibbah.

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan semoga berbahagia dan hidup harmoni di Hari Penubuhan Persekutuan Malaysia yang telah selamat ditubuhkan tepat hari ini, 45 tahun lalu. Dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (kemudian keluar dari Malaysia untuk menubuhkan Republik Cina di Asia Tenggara), negara yang kita cintai ini telah menambah kuantiti dan komposisi rakyatnya.

Penulis dengar berita yang hari yang penuh indah ini akan berlaku pertukaran kerajaan. Sehingga entri ini ditulis, nampaknya belum ada tanda-tanda ke arah itu. Em, perlukah rasanya penulis mengucapkan "Selamat Menyambut Kerajaan Baru?" kepada penyokong Pakatan Rakyat a.k.a. Pakatan "Penipu" Rakyat? Tak perlu kot.

Kita selalu dimomok dengan laungan demokrasi, tetapi nampaknya orang yang suka melaungkan demokrasi ingin memilih jalan tidak demokrasi untuk menjadi pemerintah. Haha. Tuhan tak suka orang yang melakukan tindakan terburu-buru, tambahan pulak bulan Al-Mubarak ni. Jadi nasihat saya kepada 'mereka' ini, sabar-sabarlah ye. Lebih baik penuhkan bulan barakah ini dengan amal ibadat, sekurang-kurangnya sebagai persediaan untuk PRU-13 nanti!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.