PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

25 April 2010

Nampaknya Samy V perlu mengotakan janjinya




Salam 1Malaysia!

1. Tahniah saya ucapkan kepada Barisan Nasional menerusi calonnya P. Kamalanathan kerana berjaya merampas kerusi Parlimen yang dipinjamkan sebentar kepada PKR.

2. BN menang dengan majoriti 1725 menewaskan calon PKR, Zaid Ibrahim. Ini menegaskan bahawa kemenangan PKR ketika PRU 2008 hanya berdasarkan sentimen sahaja. Pengundi Hulu Selangor masih tetap bersama BN.

3. Oh sebelum terlupa, elok kita imbas kembali janji-janji Samy Vellu ketika mengulas mengenai PRK Hulu Selangor ini:

"Saya memikirkan untuk bersara lebih awal jika calon BN memenangi PRK ini...."
4. Kemenangan ini juga membuktikan bahawa bukan parti MIC yang tidak disukai, tetapi Samy V yang sudah hilang taringnya, kerana terlalu lama menjadi Presiden MIC. Oleh itu wajarlah beliau melepaskan jawatannya. Berilah peluang kepada muka baru.


5. Teruskan bekerja! Jangan alpa dan lalai. Tahniah juga kepada krew BN di Hulu Selangor yang tidak putus-putus bekerja dengan kuat!

19 April 2010

Junjung Kasih Tuanku Sultan Perak


Ampun Tuanku.

Patik merafak sembah tahniah di atas hari keputeraan Tuanku. Patik doakan agar Tuanku selamat dan sejahtera, makmur dan bahagia serta semoga Allah melindungi negeri kesayangan patik ini dengan limpah kurnia dan keamanan sentiasa.

Patik juga mendoakan agar Tuanku sihat sentiasa agar dapat mentadbir negeri ini dengan jayanya. Sesungguhnya Tuanku lah pemimpin yang adil lagi bijaksana. Moga kejayaan dan kegemilangan Empayar Melaka suatu ketika dahulu dapat diteruskan lagi oleh Tuanku sebagai waris kesultanan Melayu Melaka.

Allah SWT telah mentakdirkan Tuanku sebagai pemerintah bagi negeri yang mewah ini dan Tuanku telah menjalankan amanah Tuanku dengan sebaik mungkin. Patik sangat-sangat menjunjung daulat Tuanku sebagai pemerintah yang adil dan bijaksana. Patik juga menjunjung kasih yang amat tinggi kerana Tuanku telah memayungi rakyat Tuanku dengan jayanya.

Sekian, sembah tahniah daripada patik, rakyat Tuanku.

01 April 2010

Antara BERUK dan KATAK


Salam sejahtera.

1. Diharapkan panas ke petang, turun pula hujan di tengah hari. Ya, alhamdulillah, sekarang musim panas telah pun sedikit reda, yang tinggal panas hanya di dalam dewan undangan negeri walaupun dewan tersebut disediakan penghawa dingin.

2. Kali ini Dewan Undangan Negeri digegarkan lagi dengan tindakan beberapa haiwan yang biasa kita lihat di dalam zoo, kini berubah bentuk seperti manusia dan menyamar sebagai "wakil rakyat". Hakikatnya mereka tidak mewakili rakyat, mewakili diri mereka sendiri.

3. Dahulu kita hanya dipamerkan haiwan katak sahaja, kali ini "zoo" ditambah pula dengan haiwan baharu, iaitu beruk. Malangnya beruk-beruk ini sangat banyak, melebihi jumlah katak yang ada.

4. Antara dua jenis haiwan ini, anda fikir yang manakah memberikan manfaat? Katak, dikatakan orang jika katak bersuara, hujan akan turun. Hujan, bukankah itu tandanya rahmat? Menyuburkan bumi, mengamankan persekitaran. Beruk pula? Jika beruk yang bersuara, sudah pasti menimbulkan rasa kurang senang sekelilingnya. Dan bayangkan pula beruk ini berkumpul beramai-ramai, wah sudah pasti lebih kecoh dibuatnya.

5. Itulah senario yang berlaku di "zoo" istimewa ini. Nampaknya beruk-beruk ini sudah mengambil alih peranan katak. Akhirnya katak yang ingin menurunkan rahmat Tuhan tadi tidak dapat menjalankan peranan nya, sebaliknya beruk-beruk ini cuba menghalang rahmat Tuhan itu.

6. Jadi, pada hemat anda, haiwan manakah yang lebih berjasa di "zoo" istimewa ini?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.