PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

20 October 2011

Beza tindakan Dr.M dengan Aziz Bari


Salam perpaduan.

Menegur atau mengkritik tindakan sultan adalah sebenarnya "kurang beradab" dan "kurang manis". Di Malaysia, rakyat meletakkan seseorang sultan itu di hierarki tertinggi dalam masyarakat. Bukan bermakna mereka tidak boleh ditegur tetapi jangan pula sampai menampakkan "kurang cerdik" nya ketika mengeluarkan kenyataan.

Pembangkang mengatakan teguran "kurang sopan" Prof. Aziz Bari tak ubah seperti Tun Mahathir "menghapuskan" kekebalan raja-raja Melayu. Apa yang nak saya ulaskan di sini ialah, tindakan mereka tiada langsung persamaan.

Pertama, ketika Tun M "menghapuskan" kekebalan raja-raja Melayu ketika dulu adalah kerana tidak mahu sultan-sultan membuat apa jua tindakan yang salah di sisi undang-undang tetapi tidak dihukum atas alasan kerana mereka "kebal" undang-undang. Jadi "kekebalan" undang-undang itulah yang Tun M mahu hapuskan. Tun M tidak mahu rakyat yang menderita akibat tindakan salah sultan-sultan yang akhirnya akan menyebabkan seluruh rakyat membenci sistem beraja kerana dianggap "menindas" rakyat marhaen.

Tun M tidak pernah menghapuskan kuasa politik mereka. Tun M tidak pernah meletakkan sultan-sultan ini sebagai rakyat biasa. Malah untuk membicarakan sultan-sultan ini pun perlukan Mahkamah Khas. Jadi, rakyat marhaen juga akan menikmati keadilan dari sudut undang-undang. Dan dengan ini, keadilan telah diletakkan ditempat yang sepatutnya. Ingat kembali kepada kes Al-marhum Sultan Iskandar (Sultan Johor).

Prof. Aziz Bari pula menegur tindakan sultan, yang nyata sekali Sultan Selangor itu menjalankan tugasnya, yakni mempertahankan agama Islam daripada dicemari oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab. Jadi, mengapa Aziz Bari ini mengeluarkan kenyataan seolah-olah Sultan Selangor "kurang cerdik"? Sultan Selangor telahpun menyatakan pendirian baginda sebagai Ketua Agama Islam di Selangor. Sultan Sharafuddin bimbang akan penyebaran agama Kristian kepada umat Islam semakin meluas.

Kenyataan Aziz Bari seolah-olah "menghalalkan" tindakan gereja yang ingin memurtadkan umat Islam. Pada hemat saya, kenyataan itu tak perlu diluahkan oleh seorang akademia seperti Aziz Bari. Sudah menjadi tanggungjawab dan tugas Sultan Sharafuddin dan tindakan baginda menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bertepatan.

Jadi sememangnya tiada persamaan langsung malah sangat berbeza tindakan Tun M dan Aziz Bari dalam isu kedaulatan raja-raja Melayu.

Demi aqidah Islam, mari kita berhimpun!


Assalamualaikum.

Di sini saya ingin mengajak anda bersama-sama untuk menyertai Himpunan Sejuta Umat Islam ini pada Sabtu ini, 22 Oktober 2011 jam 2.00 hingga 6.00 petang, di Stadium Shah Alam untuk kita ekspresikan niat kita demi menyelamatkan umat Islam daripada agenda murtad dan Kristianisasi. Tiada batas politik dan kaum di sini, penting sekali menyelamatkan maruah umat Islam kita! Sila klik di banner di atas untuk ke laman sesawang HIMPUN.

FK: Malangnya sebuah parti yang kononnya terlalu Islamik, langsung tidak ingin menyertai malah langsung tidak menyokong perhimpunan ini. Sedarlah wahai penyokong fanatik mereka! Sudah terbukti mereka tidak memperjuangkan Islam.

17 October 2011

China doll mogok seks? Anwar mengamuk!


BOGOTA: Golongan wanita di Barbacoas, Colombia, menamatkan mogok seks selama tiga bulan, 19 hari selepas desakan supaya jalan raya dibina di tempat mereka ditunaikan selepas pegawai berjanji untuk melabur dalam projek berkenaan. 

"Malam itu kami taat kepada suami kami. Keinginan amat bagus dan kami manfaatkan kesempatan itu," kata pemimpin mogok berkenaan, Luz Marina Castillo kepada akhbar Bogota, El Tiempo menerusi komen yang disiarkan semalam selepas mogok berkenaan dihentikan.
Menteri Pengangkutan, German Cardona berjanji sebanyak AS$21 juta akan dibelanjakan untuk membina jalan sejauh 27 kilometer daripada 57 kilometer keseluruhan dan kajian sedang dijalankan bagi menilai jumlah dan rekaan bagi fasa kedua laluan berkenaan.
Kira-kira 300 wanita menyertai mogok berkenaan sejak 22 Jun lalu, enggan melakukan hubungan seks dengan suami mereka sehingga kerajaan bersetuju untuk membina jalan di laluan kuda berusia 163 tahun di bandar Narino. - AFP

Sumber: Berita Harian Online

FK: hehehehe.. jangan marah aaa

16 October 2011

Rumah oh Rumah

Salam muhibbah.

Setiap individu mahu memiliki rumah untuk melindungi dirinya dan ahli keluarganya. Persoalannya, mampukah mereka yang berpendapatan rendah untuk membeli sebuah rumah? Kita tahu kos pembinaan sebuah rumah amat tinggi. Tetapi jika pemaju bijak merencana perancangan, sebuah rumah jenis sederhana dan murah boleh dibina dengan kos yang minima.

Projek Perumahan 1 Malaysia atau PR1MA ini sememangnya dapat membantu golongan berpendapatan rendah atau 'miskin bandar' memiliki rumah sendiri. Nampaknya kerajaan BN juga yang menjadi jaguh rakyat dalam mengurangkan beban golongan ini. Kepentingan mengurangkan jurang kualiti kehidupan di bandar terus direncana oleh BN.

Mengambil contoh di Pulau Pinang, mengapa DAP yang 'dinobatkan' jaguh rakyat itu tidak mampu membina rumah kos rendah? Jika anda ke PP, anda akan lihat rumah yang bernilai jutaan ringgit, tumbuh bagai cendawan. Siapakah yang mampu membeli rumah jutaan RM ini? Sudah tentulah golongan berpendapatan tinggi atau secara halusnya kaum Cina!

Jadi apa yang tinggal untuk orang Melayu? Sudahlah mereka dihalau dari tanah mereka, mereka sendiri tidak tahu hendak ke mana dan akhirnya merempat. PAS bukan tak tahu tetapi buat-buat tak tahu, asal ada kuasa, nafsu diutamakan, rakyat diketepikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.