PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

08 May 2011

Agenda Kristian dan anak muda

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

1. Kita digemparkan dengan isu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Ikrar yang dilakukan oleh beberapa paderi utama di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang menyatakan hasrat mereka untuk menyebarluaskan lagi agama Kristian di Malaysia sehingga ke tahap meletakkannya di tangga teratas Perlembagaan.

2. Persoalannya di sini, tindakan mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa secara senyap mereka telah berjaya meluaskan fahaman agama ini ke serata pelusuk negara dan mereka berani mengisytiharkan usaha mereka itu.

3. Maka kita perlu lihat dari sudut tindakan pihak berkuasa Islam sendiri, adakah tindakan kita memadai untuk mengekang penyebaran agama lain terhadap umat Melayu kita? Melayu kini diancam penyebaran Kristian terhadap bangsa itu dan mereka telah berusaha sejak dahulu lagi.

4. Mudahnya penyebaran agama Kristian di kalangan anak muda tika ini ialah dengan menyelitkan unsur-unsur hendonisme ke dalam jiwa anak muda. Anak muda yang dahagakan kebebasan dan hiburan dilanyak dengan unsur melalaikan dan menjauhkan mereka daripada agama Islam sendiri.

5. Adakah salah kerajaan yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Tidak lain tidak bukan ia datang daripada keluarga sendiri. Jika keluarga tidak ambil pusing dengan situasi ini, tidak mustahil nasi akan menjadi bubur. Anak muda ini akan jauh daripada keluarga dan tidak mustahil bertukar agama.

6. Tindakan paderi-paderi ini yang berani bertindak sebegitu adalah disebabkan budaya masyarakat kini yang berpaksikan kepada Barat, dengan mengamalkan corak kehidupan Barat, khususnya di kota-kota besar telah membawa kepada gejala ini. Tambahan pula kita dimomokkan dengan hiburan melampau artis-artis tanah air.

7. Maka apakah usaha kita untuk membendung agenda ini daripada terus membarah dalam masyarakat? Usah kita menyalahkan pihak ini dan pihak itu sekiranya situasi ini tidak terkawal, muhasabah diri dan bersatulah Melayu untuk menjana kekuatan agar ancaman ini tidak menembusi tembok iman umat Melayu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.