PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

20 October 2011

Beza tindakan Dr.M dengan Aziz Bari


Salam perpaduan.

Menegur atau mengkritik tindakan sultan adalah sebenarnya "kurang beradab" dan "kurang manis". Di Malaysia, rakyat meletakkan seseorang sultan itu di hierarki tertinggi dalam masyarakat. Bukan bermakna mereka tidak boleh ditegur tetapi jangan pula sampai menampakkan "kurang cerdik" nya ketika mengeluarkan kenyataan.

Pembangkang mengatakan teguran "kurang sopan" Prof. Aziz Bari tak ubah seperti Tun Mahathir "menghapuskan" kekebalan raja-raja Melayu. Apa yang nak saya ulaskan di sini ialah, tindakan mereka tiada langsung persamaan.

Pertama, ketika Tun M "menghapuskan" kekebalan raja-raja Melayu ketika dulu adalah kerana tidak mahu sultan-sultan membuat apa jua tindakan yang salah di sisi undang-undang tetapi tidak dihukum atas alasan kerana mereka "kebal" undang-undang. Jadi "kekebalan" undang-undang itulah yang Tun M mahu hapuskan. Tun M tidak mahu rakyat yang menderita akibat tindakan salah sultan-sultan yang akhirnya akan menyebabkan seluruh rakyat membenci sistem beraja kerana dianggap "menindas" rakyat marhaen.

Tun M tidak pernah menghapuskan kuasa politik mereka. Tun M tidak pernah meletakkan sultan-sultan ini sebagai rakyat biasa. Malah untuk membicarakan sultan-sultan ini pun perlukan Mahkamah Khas. Jadi, rakyat marhaen juga akan menikmati keadilan dari sudut undang-undang. Dan dengan ini, keadilan telah diletakkan ditempat yang sepatutnya. Ingat kembali kepada kes Al-marhum Sultan Iskandar (Sultan Johor).

Prof. Aziz Bari pula menegur tindakan sultan, yang nyata sekali Sultan Selangor itu menjalankan tugasnya, yakni mempertahankan agama Islam daripada dicemari oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab. Jadi, mengapa Aziz Bari ini mengeluarkan kenyataan seolah-olah Sultan Selangor "kurang cerdik"? Sultan Selangor telahpun menyatakan pendirian baginda sebagai Ketua Agama Islam di Selangor. Sultan Sharafuddin bimbang akan penyebaran agama Kristian kepada umat Islam semakin meluas.

Kenyataan Aziz Bari seolah-olah "menghalalkan" tindakan gereja yang ingin memurtadkan umat Islam. Pada hemat saya, kenyataan itu tak perlu diluahkan oleh seorang akademia seperti Aziz Bari. Sudah menjadi tanggungjawab dan tugas Sultan Sharafuddin dan tindakan baginda menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bertepatan.

Jadi sememangnya tiada persamaan langsung malah sangat berbeza tindakan Tun M dan Aziz Bari dalam isu kedaulatan raja-raja Melayu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.