PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

16 October 2009

PAS wajar disenarai kumpulan pengganas

Salam 1Malaysia.

Maaf kerana jarang berblog. Sibuk dengan urusan pelajaran dan praktikal. Kali ini saya ingin mengupas ringkas sahaja mengenai parti PAS ini.

Kita telah lihat beberapa pilihan raya kecil yang berlaku sebelum ini, terutama yang ditandingi oleh parti PAS, jelas menampakkan sifat dan akhlak ahli-ahli dan penyokong PAS yang sebenar. Mereka cuma berselindung di sebalik perkataan "Islam" pada nama parti tersebut. Menariknya pula, sesetengah orang menyokong parti ini kerana jelas tertulis "Islam" pada parti itu. Menulis nama "Islam" tidak menggambarkan bahawa mereka benar-benar memperjuangkan Islam.

Saya ingin bertanya kepada penyokong-penyokong PAS, apakah sumbangan dan jasa mereka kepada Islam di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka? Jika saya ingin senaraikan kesalahan dan ketidakcekapan PAS memerintah, memang agak panjang senarainya. Pembaca boleh ke blog Panglima Perang Cyber, dan lihat kepada rakan-rakan beliau yang lain yang telah membongkar rahsia PAS.

Saya juga ingin menyeru kepada kerajaan agar menyenaraikan parti PAS sebagai kumpulan pengganas, kerana jelas dan terang lagi bersuluh perbuatan mereka yang ganas. Lihat sahaja di mana-mana PRK sebelum ini. Tidak pernah seorang Islam melancarkan jihad kepada saudara Islam yang lain melainkan puak Syiah dan mereka yang mengasingkan diri daripada kelompok ahli Sunnah Wal Jamaah. PAS juga jelas membawa fahaman Syiah atas tindakan 'jihad' mereka itu.

Berhati-hati lah apabila berjumpa dengan ahli atau penyokong PAS kerana jika anda jelas seorang ahli UMNO, tidak mustahil anda akan diserang atau dicederakan atas nama 'jihad Isle PAS'.

p/s: Pagi ini saya akan ke PWTC untuk mendengar persidangan UMNO. Saya juga akan berada di Majlis Makan Tengah Hari UMNO Bahagian Padang Rengas pada tengah hari ini.

16 September 2009

Edisi Hari Malaysia


Salam pertemuan.

Selamat menyambut Hari Malaysia ke-46. Dengan terbentuknya Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura telah merdeka dari penjajahan British sebelum akhirnya Singapura keluar dari Malaysia kerana pemimpin-pemimpin Cina PAP dengan sikap chauvinis mereka tidak boleh menerima konsep Ketuanan Melayu di Malaysia.

Setelah 46 tahun terbentuknya Malaysia, rakyat seharusnya sedar bahawa inilah masa terbaik untuk meningkatkan keupayaan diri, menambah pendapatan, menggali ilmu pengetahuan dan berbagai faedah lain lagi. Malangnya bangsa Melayu khususnya, masih dibuai lena mimpi yang indah dengan berasa selesa, malah perkara yang paling diutamakan oleh pak lebai, tok guru, ataupun rakyat marhaen yang lain adalah POLITIK.

Kita suka mendengar siapa yang berkuasa, siapa yang hilang kuasa, siapa yang bersalah, siapa yang rasuah, siapa yang ada skandal seks hingga kita lupa bahawa Allah SWT telah banyak memberi peluang dan ruang untuk orang Melayu berjaya selain daripada bidang politik. Cuba anda telaah segenap ilmu yang ada di alam internet ataupun di mana-mana khutub khanah di seluruh penjuru negara, berapa orangkah anak Melayu yang berjaya di dalam kajian ilmu?

Di Barat, mereka bertungkus lumus mengkaji ilmu pengetahun tetapi di sini, kita bertungkus lumus menjatuhkan saudara kita sendiri demi kepentingan orang lain yang bukan saudara kita langsung. Kita lebih pentingkan keinginan mereka daripada keinginan saudara kita sendiri.

Kita selalu bangga menceritakan kejayaan umat Islam dahulu kala dalam mengkaji pelbagai cabang ilmu, sedangkan apabila di dalam realiti, anak-anak muda di ajar benci-membenci satu sama lain, membenci sesama bangsa, menolak mereka yang tidak sefahaman atas dasar POLITIK. Pemikiran mereka dibelenggu dengan momokan dan fitnah memfitnah antara sesama umat hingga menyebabkan bicara soal POLITIK lebih membara daripada membincangkan ilmu yang baru.

Jangan pula di suatu hari, kita digelar bangsa POLITIK ataupun mungkin kata-kata Hang Tuah akhirnya luput begitu sahaja dek kerana mengejar POLITIK. Tidak bolehkah kita berhenti berpolitiking dan membuat kerja? Jika tiada politiking, Malaysia akan melahirkan cerdik pandai dan cendekiawan Islam yang berjaya dalam ilmu-ilmu pengetahuan dan tidak mustahil dunia akan memandang Malaysia sebagai negara pengeluar cendekiawan, bukan pengeluar 'cendawan'.

17 August 2009

Budi Bahasa Budaya Kita

Hadith :

Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar.” Para sahabat bertanya:”Adakah orang yang mencaci ibu bapanya?” Jawab Rasulullah s.a.w ,:”Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lalu orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula.”
(Muslim)

Huraian

Dalam kehidupan ini kita selalu ingin menjadi yang terbaik sehingga kita lupa bahawa kita telah menjangkau batasan orang yang baik-baik. Selaku seorang yang beragama Islam kita hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik. Hormati orang lain sebagaimana kita mahu diri kita dihormati. Orang yang biadap memiliki tiga ciri iaitu fikirannya buruk, ucapannya kasar dan perilakunya jahat. Orang demikian cenderung melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Mereka tidak pandai menghormati orang dan suka mencaci maki orang tanpa menyedari bahawa kata-kata itu akan kembali kepada diri mereka sendiri mahupun ibu bapa mereka. Lebih dari itu mereka juga sebenarnya telah mencemarkan identiti sebagai seorang Islam yang sentiasa menyuruh umatnya agar berbudi bahasa dan berakhlak mulia.

Sumber dipetik daripada JAKIM Online

09 August 2009

Bangun dan runtuhnya sebuah tamadun


Salam muhibbah.

Ketegangan nampaknya semakin menjadi-jadi. Pelbagai isu, tidak kira sensitif atau tidak sudah dilaung-laungkan dan diulang-ulangkan bagaikan tiada noktah. Sebagai seorang yang cerdik dan pandai, perkara seperti ini tidak perlu disebut. Dibimbangi ia akan meruntuhkan sebuah negara yang telah susah payah dibina oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini. Membina sebuah negara memerlukan 100 tahun tetapi meruntuhnya hanyalah sekelip mata.

Sejarah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia Islam tidak datang dari luar tetapi dari DALAM sendiri. Pengkhianatan, gila kuasa, rasuah, menipu, menabur fitnah, menggunakan ilmu yang ada untuk kepentingan sendiri, dan lain-lain lagi adalah punca utama sesebuah tamadun itu lenyap dan musnah.

Empayar Turki Othmaniah musnah kerana Mustafa Kamal Attaturk, Empayar Melayu Melaka dihancurkan kerana pembelotan, Kesultanan Filipina dimurtadkan kerana pengaruh Sepanyol dan wang. Mahukah Malaysia menjadi seperti itu?

PERPADUAN adalah amat penting di kalangan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam dan Melayu sendiri. Adakah oleh sebab hal-hal kecil, kita berbalah sesama sendiri? Sudahlah pengkhianat bangsa jelas bebas bergerak ke sana ke mari, kita pula mencari salah untuk membuktikan kita yang betul. Apakah makna semua ini? Jelas ia akan membawa kepada kehancuran umat Islam.

Jika anda ikhlas untuk menyelamatkan Islam dan Melayu di Malaysia ini, sama-samalah kita berdoa dan berhajat kepada ALLAH SWT agar dilindungi dari segala bala dan bencana. Sepatutnya doa perpaduan umat Islam dimasukkan ke dalam khutbah Jumaat agar semua umat Islam mengaminkan kerana ia melambangkan penyatuan umat Islam dalam memohon hajat kepada ALLAH SWT.

06 August 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Dipetik daripada Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 6 Ogos — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :

  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Pengarang: Kepada umat Melayu, fikir-fikirkan titah Raja Dr. Nazrin Shah ini.

01 August 2009

Demonstrasi: Apakah sudah hilang budaya Melayu kita?

Salam sejahtera.

Sudah lama saya berehat daripada menulis entri baharu. Maafkan saya kerana kesibukan yang melanda. Bukan berhenti berblogging, cuma menyelesaikan masalah yang patut diselesaikan.

Berita demonstrasi yang diuar-uarkan melalui media massa, cukup mengecewakan saya. Terlintas di minda saya, 'Apakah sudah hilang budaya orang Melayu yang katanya bagaikan duri tajam disulam madu?' Beginikah caranya orang Melayu melampiaskan perasaan tidak puas hati mereka?

Mungkin orang Melayu tidak tahu budaya demonstrasi adalah ciptaan Yahudi untuk mengucar-ngacirkan ketenteraman awam. Bangsa Yahudi akan menghantar ejen-ejen mereka di merata dunia untuk mencipta satu gelombang atas nama "RAKYAT" supaya kelihatan bahawa rakyat terseksa akibat sikap pemerintah. Cuba anda sebagai rakyat Malaysia, senaraikan keseksaan yang berlaku ke atas warganegara Malaysia yang dilakukan oleh pemerintah.

Demonstrasi, tidak kira pro-ISA atau anti-ISA tidak sepatutnya berlaku kerana ia mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan. Malah saya pasti tidak ada langsung kebaikan yang akan kita dapati hasil demonstrasi ini. Masalah utama yang pastinya berlaku adalah menyusahkan orang awam dan peniaga. Inikah yang dikatakan "menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat?" yang dilaung-laung pembangkang?

Di mana letaknya kepentingan orang awam dan peniaga yang berada di sekitar kawasan demonstrasi? Di mana hak mereka untuk berjalan dan berniaga secara aman di kawasan itu? Ini sahaja sudah menafikan hak mereka, persetankan sahaja pihak yang kononnya memperjuangkan hak rakyat. Rakyat ditipu lagi dan terus ditipu. Hanya yang bijak akan buka mata sementara yang tuli akan terus terpejam matanya.

29 May 2009

Komunis dan Parti Cina


Salam muhibbah.

Sejarah adalah fakta yang tidak boleh diubah. Sejarah sebagai peristiwa yang dirakamkan dalam pelbagai bentuk seperti penceritaan lisan, rekod bertulis, rakaman video, dan lain-lain. Dalam menghadapi 52 tahun kemerdekaan negara, adalah satu usia muda sesebuah negara untuk melupakan peristiwa yang berlaku ketika itu. Adakah generasi yang hidup 52 tahun lalu sudah melupakan peristiwa pahit pada waktu itu? Sudah tentu tidak!

Sedih apabila pelbagai pihak yang sengaja membutakan sejarah walhal ada dikalangan mereka sendiri yang pernah hidup di zaman penuh kegawatan itu. Adakah kerana semata-mata mahukan undi dan kuasa pemerintahan, maka segala cara digunakan walaupun tidak mengira sensitiviti pihak lain?

Wajarkah Komunis yang pernah menganggu gugat ketenteraman negara (Darurat, 1948-1960 dan Insurgensi, 1960-1989) diangkat sebagai pejuang kemerdekaan? Saya mahu tanya kepada pengagung mereka, apakah JASA mereka terhadap penduduk dan rakyat ketika itu? Adakah mereka bersama-sama membangunkan taraf hidup dan sosial penduduk? Adakah mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara?

Saya cukup kecewa dengan semua parti-parti Cina di Malaysia kerana masih mengagungkan Komunis dan Chin Peng sendiri. Adakah kerana sifat kemanusiaan (kenyataan Hock Nan) maka Chin Peng seharusnya dibawa pulang? Chin Peng bukannya hidup melarat di luar sana. Malah dia sendiri hidup tenang dan damai. Apa pula tujuannya pulang ke Malaysia?

Sudah tentulah apabila Chin Peng pulang, maka berbondong-bondong kaum Cina mengangkat dia sebagai wira mereka. Dan mereka akan menuntut ilmu daripada Chin Peng bagaimana hendak memusnahkan penguasaan orang Melayu di Malaysia daripada politik dan ekonomi supaya orang Melayu dibuang jauh-jauh ke dalam hutan dan orang Cina akan mentadbir Tanah Melayu ini!

Mahu kerajaan memaafkan mereka? Mereka sepatutnya memohon maaf kepada semua anggota polis dan tentera yang terkorban atau tercedera akibat perbuatan zalim mereka dahulu. Cari kesemua anggota yang masih hidup atau pergi ke pusara mereka yang terkorban dan mohon maaf kepada mereka dahulu baru layak meminta kerajaan memaafkan golongan Komunis ini.

02 May 2009

Geng Influenza A H1N1

Salam muhibbah.

Sempena dengan kedatangan wabak baru yang melanda dunia ini (secara ringkasnya selesema BABI), saya nak namakan kumpulan Erdogan serta juak-juaknya (PAS dan PKR) sebagai "GENG INFLUENZA A H1N1" sebab sifat mereka sangat serupa dengan cara merebaknya virus yang ditakuti ketika ini.

Sekian, terima kasih.

p/s: Harap rakan blogger pro BN dan pro BPN dapat sebarkan. Harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.