PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

11 May 2011

Negara Islam: Janji palsu PAS

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

1. Kita tahu masih banyak pihak yang mahukan perpaduan umat Melayu/Islam, tidak kira daripada fahaman 'kiri' atau fahaman 'kanan'. Malangnya cahaya yang nampak belum dapat digapai lagi kerana laluan ke situ dipenuhi onar dan duri.

2. PAS, seperti yang kita ketahui, sangat tegar dalam perjuangan 'negara Islam' nya. Pengisian untuk negara Islam ala PAS adalah dengan melaksanakan hukum hudud, yang sehingga ke hari ini, masih belum wujud di negeri tadbiran PAS waima buku pelaksanaannya pun.

3. PAS yang dahulu kita kenali, sangat berani untuk menegakkan negara Islam mereka tanpa rasa ragu-ragu dan tanpa tekanan mana-mana pihak. Tika itu, ramai umat Melayu/Islam berasa yakin dengan apa yang diuar-uarkan oleh PAS.

4. Tika ini, PAS yang kita kenali dulu telah berubah hampir 100%, dengan perjuangan negara Islam semakin lenyap dibaham rakan sekutu, DAP dan PKR, hampir apa sahaja isu berkaitan dengan agama Islam langsung tidak diselesaikan dengan baik. Kini, canangan "Negara Islam" hanya sekadar kata-kata penyedap mulut, bukan lagi sebagai ideologi parti.

5. Janji palsu mahu menubuhkan negara Islam hanya sekadar janji. PAS hanya mahukan kuasa sahaja untuk memerintah negara kerana mereka tahu kerajaan persekutuan terdapat banyak kelebihan untuk mereka kaut, harta, wang, kuasa dan segala-galanya. PAS kini hanya dihantui dengan bisikan halus syaitan yang menghasut "ulama" PAS untuk mengecapi nikmat duniawi yang selama ini mereka ketepikan.

6. Mahu menubuhkan negara Islam bukan hanya sekadar sedap di mulut, tetapi tindakan yang betul dan proaktif adalah cara sebenar memartabat negara Islam. Jika hanya sekadar slogan atau dicetak pada pelekat kenderaan, adakah kesan-kesan roh "negara Islam" itu akan meresap ke dalam masyarakat Melayu/Islam?

09 May 2011

Umat Islam Malaysia suka berpecah belah?

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

1. Suara-suara menuntut ke arah perpaduan umat Melayu/Islam semakin lantang kedengaran. Banyak pihak yang secara sukarela ingin membantu ke arah penyatuan umat Melayu/Islam di Malaysia.

2. Malangnya tindakan itu dipandang enteng oleh beberapa pihak yang berkepentingan. Sedih apabila mengenangkan perkara seperti ini. Hanya kerana ingin mencapai kekuasaan, perpaduan sesama Melayu/Islam langsung diketepikan.

3. Tindakan mereka yang menolak secara menyeluruh, perpaduan Islam hanya kerana perbezaan yang kecil, yang diperbesarkan, sedang persamaan antara kedua pihak tidak pula dijadikan sandaran untuk bersatu.

4. Diriwayatkan daripada Anas r.a: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:  Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.

5. Apakah mereka tidak mahu melihat saudara sesama Islam saling menyayangi? Mereka lebih suka berjauhan dengan saudara seagama, yang sama menghadap kiblat, yang sama bersolat menyebut Allah SWT, sedang mereka mahu serapat yang boleh dengan mereka yang menyekutukan Allah, yang sering berdusta, yang langsung tidak beriman kepada Al-Quran?

08 May 2011

Agenda Kristian dan anak muda

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

1. Kita digemparkan dengan isu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Ikrar yang dilakukan oleh beberapa paderi utama di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang menyatakan hasrat mereka untuk menyebarluaskan lagi agama Kristian di Malaysia sehingga ke tahap meletakkannya di tangga teratas Perlembagaan.

2. Persoalannya di sini, tindakan mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa secara senyap mereka telah berjaya meluaskan fahaman agama ini ke serata pelusuk negara dan mereka berani mengisytiharkan usaha mereka itu.

3. Maka kita perlu lihat dari sudut tindakan pihak berkuasa Islam sendiri, adakah tindakan kita memadai untuk mengekang penyebaran agama lain terhadap umat Melayu kita? Melayu kini diancam penyebaran Kristian terhadap bangsa itu dan mereka telah berusaha sejak dahulu lagi.

4. Mudahnya penyebaran agama Kristian di kalangan anak muda tika ini ialah dengan menyelitkan unsur-unsur hendonisme ke dalam jiwa anak muda. Anak muda yang dahagakan kebebasan dan hiburan dilanyak dengan unsur melalaikan dan menjauhkan mereka daripada agama Islam sendiri.

5. Adakah salah kerajaan yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Tidak lain tidak bukan ia datang daripada keluarga sendiri. Jika keluarga tidak ambil pusing dengan situasi ini, tidak mustahil nasi akan menjadi bubur. Anak muda ini akan jauh daripada keluarga dan tidak mustahil bertukar agama.

6. Tindakan paderi-paderi ini yang berani bertindak sebegitu adalah disebabkan budaya masyarakat kini yang berpaksikan kepada Barat, dengan mengamalkan corak kehidupan Barat, khususnya di kota-kota besar telah membawa kepada gejala ini. Tambahan pula kita dimomokkan dengan hiburan melampau artis-artis tanah air.

7. Maka apakah usaha kita untuk membendung agenda ini daripada terus membarah dalam masyarakat? Usah kita menyalahkan pihak ini dan pihak itu sekiranya situasi ini tidak terkawal, muhasabah diri dan bersatulah Melayu untuk menjana kekuatan agar ancaman ini tidak menembusi tembok iman umat Melayu.

15 April 2011

10 April 2011

SPRM: Ada dalang menghalang siasatan rasuah?


Sejak Badan Pencegah Rasuah (BPR) dinaik taraf ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009, telah banyak usaha pembanterasan rasuah dilakukan. Dengan diberi kuasa yang lebih dan organisasi yang profesional, SPRM telah membantu menyelesaikan banyak kes-kes rasuah, kecil mahupun berprofil tinggi.

Malangnya akhir-akhir ini, SPRM telah dipalit dengan catatan duka kerana 'dituduh' menyebabkan kematian saksi-saksi penting. Seperti Ahmad Sarbani dan Teoh Beng Hock. Jika diperhatikan, kematian mereka ada kaitan dengan kes yang berprofil tinggi. Kematian mereka juga sehingga kini masih diragui dan masih dalam siasatan.

Di sini, bukanlah saya mahu mempersoalkan kematian mereka, tetapi apa yang boleh rakyat perhatikan, terdapat 'tangan-tangan' yang cuba menghalang SPRM melaksanakan tugas dengan berkesan. Kita sedia maklum, banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh SPRM. Maka ini mendatangkan kegusaran dan kegelisahan kepada 'dalang-dalang' berprofil tinggi. Khuatir jika mereka tertangkap, lalu usaha mensabotaj SPRM ini dijalankan secara 'tangan belakang'.

Secara rasional dan logik akal fikiran, adakah perlu SPRM 'membunuh' saksi penting jika mereka diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kes? Tetapi wajarkah jika 'dalang-dalang' ini membunuh saksi-saksi ini kerana takut rahsia mereka akan terbongkar? Inilah yang sepatutnya rakyat fikir. Logikanya mudah. Mestilah orang yang bersalah akan sedaya upaya mempertahankan kesalahannya daripada terbongkar.

Janganlah kita tertipu dengan usaha-usaha pihak tertentu cuba memburuk-burukkan SPRM. Kita harus serius dan tegas dalam membanteras rasuah. Bukankah ini juga yang dicanang oleh pembangkang? Nah, sewajarnya mereka memberikan kerjasama yang erat dengan SPRM untuk mencegah rasuah daripada berleluasa. Namun, tidakkah anda terfikir mengapa pembangkang selalu menuduh SPRM yang bukan-bukan? Fikir-fikirkanlah...

05 April 2011

Kes Bunuh Murid: Oh, sekolah PAS rupanya!

KANGAR: PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kematian seorang pelajar tujuh tahun kelmarin yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin, berkata pihaknya juga memohon maaf kepada guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Selanjutnya, sila klik pautan ini: PAS mohon maaf kematian Saiful Syazani
Sumber: Berita Harian Online

KAMI: Insiden yang mencalar kredibiliti pendidik. Malang sungguh kepada seorang pendidik yang sanggup bertindak kejam sedemikian. Patutlah pendidiknya boleh bertindak sebegitu. Tengoklah siapa pengelolanya.

26 March 2011

Video Seks: Tubuh Suruhanjaya Siasatan!

1. Selepas gempar dengan pendedahan video seks melibatkan pemimpin kanan pembangkang (maaf tidak boleh disebut nama beliau kerana video tersebut tidak dipertonton kepada umum), kini terbit suara-suara yang mendesak penubuhan RCI (Royal Commission Investigation) untuk mendedahkan kebenarannya.

2. Video tersebut telahpun disahkan ketulenannya (dengan izin Allah SWT atas solat hajat puak2 PAS), hanya pihak polis tidak mahu membongkarkan lagi siapa pelakunya. Biarkan sahaja polis menjalankan siasatan terperinci.

3. Pembangkang kini asyik berkokok menyatakan kesalahan mengedarkan video lucah tersebut tetapi tidak pula membincangkan isu moral pelakunya. Masalahnya di sini adalah moral pelakunya, bukan pengedarnya.

4. Jika sebelum ini puak pembangkang mendesak penubuhan RCI terhadap kes-kes seperti VK Lingam, Teoh Beng Hock, mengapa pula kali ini mereka diam? Sudah terkena batang hidung sendiri? Ingat kata pepatah Melayu, "Diam tanda setuju"

5. Diamnya mereka adalah tanda yang mereka mengakui pelaku di dalam video seks tersebut adalah salah seorang pemimpin pembangkang yang mereka sanjungi. Nah sekarang terpulang kepada anda semua, bagaimana hendak menilai sikap "double standard" mereka.

6. Justeru sebagai rakyat marhaen, kita harus mendesak kerajaan menubuhkan RCI untuk memastikan siasatan terperinci terhadap pelaku di dalam video tersebut adalah benar pemimpin tersebut atau tidak. Kita perlu suruhanjaya yang bebas untuk menyiasat sang pelaku tersebut.

7. Di sini saya pautkan FB menyokong penubuhan RCI: Suruhanjaya Siasatan DiRaja Video Seks. Harap rakan-rakan dapat menyokong desakan ini demi menegakkan kebenaran!

17 March 2011

Anwar kecut telor!

DNA punya pasal, habis kecoh satu negara.
Apa susah, beri sahaja dan selesai kes.
Kata mahu selesaikan kes dengan cepat.

Hari tu kata tak sah ambil DNA, tapi tak pula nafikan DNA itu dia punya.
Jadi sekarang serah saja DNA dan kita buktikan kebenaran.
Jika benar tak bersalah, apa mahu takut.

Pepatah Melayu menyebut- "Berani kerana benar, takut kerana salah"

Kata orang: "Berani buat, berani tanggung" - "Berani menjubor orang, berani mengaku"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.