
PENAFIAN (DISCLAIMER)
Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.
Yang Mengikuti
28 October 2010
PAS oh PAS
31 August 2010
Allah peliharalah Malaysia!
Salam Kemerdekaan!
1. Bagi pihak blog ini, saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada.
2. Ingatlah pepatah ini, "Di mana bumi ku pijak, di situ langit ku junjung". Lahirnya kita di negara ini dan Insya-Allah di sini kita juga akan bersemadi.
3. Tetaplah merdeka wahai negaraku. Pertahankan ia kerana merdeka kita ini tidak akan kekal selamanya jika kita leka.
29 August 2010
Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
-
Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
-
Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
- Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.
- Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)
- Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:
“Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)
28 June 2010
Daftarkan pengundi Melayu
Baru-baru ini timbul isu pengundi Melayu kurang didaftarkan berbanding pengundi bukan Melayu. Apakah ini kebetulan atau ia sengaja dirancang? Kita sedar iklim politik Malaysia kini dalam keadaan tidak menentu. Kuasa politik orang Melayu kini sedang terancam dengan jelasnya. Jika tiada langkah segera mengatasinya, ia hanya akan tinggal sejarah.
Kuasa pengundi bukan Melayu akan melenyapkan pengaruh politik orang Melayu di buminya sendiri. Kesedaran anak-anak muda Melayu mengenai hal politik ini masih lagi kurang. Malah ada yang menganggap politik itu tidak penting. Pemikiran inilah yang harus pemimpin-pemimpin Melayu sedarkan. Bukan semua anak muda di luar sana tahu selok-belok politik. Mereka hanya mendengar hal-hal politik ini dalam situasi yang negatif, menyebabkan mereka berfikiran sedemikian.
Pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat akar umbi wajib mendekati anak-anak muda ini dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mendaftar sebagai pengundi. Jangan biarkan mereka tergapai-gapai mencari pertolongan dan akhirnya mendekati pembangkang kerana tindakan agresif mereka mencari pengundi-pengundi baru. UMNO tidak boleh mengharapakan pengundi tegar dan pengundi lama untuk terus berkuasa.
10 June 2010
Tun M berjihad di Gaza, Anwar buat apa?
1. Selama ini mungkin rakyat Malaysia tidak tahu mengenai Perdana Global Peace Organisation yang dinaungi oleh Tun Dr. Mahathir, mantan PM.
2. Apabila isu yang melibatkan Palestin, barulah organisasi ini timbul di media massa (PGPO). PGPO adalah sebuah pertubuhan yang membantu mana-mana individu atau organisasi lain yang suka rela untuk membantu rakyat Palestin. Ibaratkan seperti orang tengah.
3. PGPO telah berusaha sebaik mungkin untuk meringankan beban rakyat Palestin di masa kedukaan mereka dijajah oleh Yahudi Israel ini. Sekurang-kurangnya kita tahu Tun M yang mempelopori usaha ini.
4. Mana pula usaha Anwar? Apakah organisasi yang dinaungi Anwar yang berusaha menyelamatkan rakyat Palestin? Sila senaraikan jika ada. Apa yang didapati banyak kaitan Anwar dengan organisasi yang secara terang-terang menindas rakyat Palestin. Sila rujuk laman sesawang AIDC
6. Anwar pejuang Islam? Saya dengan sepenuh hati tidak akan percaya. Malah saya mengagumi Tun M yang semakin sibuk membantu sejak bersara daripada PM.
7. Jika anda seorang pengagum Anwar, fikirkan semula.
25 April 2010
Nampaknya Samy V perlu mengotakan janjinya

1. Tahniah saya ucapkan kepada Barisan Nasional menerusi calonnya P. Kamalanathan kerana berjaya merampas kerusi Parlimen yang dipinjamkan sebentar kepada PKR.
2. BN menang dengan majoriti 1725 menewaskan calon PKR, Zaid Ibrahim. Ini menegaskan bahawa kemenangan PKR ketika PRU 2008 hanya berdasarkan sentimen sahaja. Pengundi Hulu Selangor masih tetap bersama BN.
3. Oh sebelum terlupa, elok kita imbas kembali janji-janji Samy Vellu ketika mengulas mengenai PRK Hulu Selangor ini:
"Saya memikirkan untuk bersara lebih awal jika calon BN memenangi PRK ini...."4. Kemenangan ini juga membuktikan bahawa bukan parti MIC yang tidak disukai, tetapi Samy V yang sudah hilang taringnya, kerana terlalu lama menjadi Presiden MIC. Oleh itu wajarlah beliau melepaskan jawatannya. Berilah peluang kepada muka baru.

5. Teruskan bekerja! Jangan alpa dan lalai. Tahniah juga kepada krew BN di Hulu Selangor yang tidak putus-putus bekerja dengan kuat!
19 April 2010
Junjung Kasih Tuanku Sultan Perak
Patik merafak sembah tahniah di atas hari keputeraan Tuanku. Patik doakan agar Tuanku selamat dan sejahtera, makmur dan bahagia serta semoga Allah melindungi negeri kesayangan patik ini dengan limpah kurnia dan keamanan sentiasa.
Patik juga mendoakan agar Tuanku sihat sentiasa agar dapat mentadbir negeri ini dengan jayanya. Sesungguhnya Tuanku lah pemimpin yang adil lagi bijaksana. Moga kejayaan dan kegemilangan Empayar Melaka suatu ketika dahulu dapat diteruskan lagi oleh Tuanku sebagai waris kesultanan Melayu Melaka.
Allah SWT telah mentakdirkan Tuanku sebagai pemerintah bagi negeri yang mewah ini dan Tuanku telah menjalankan amanah Tuanku dengan sebaik mungkin. Patik sangat-sangat menjunjung daulat Tuanku sebagai pemerintah yang adil dan bijaksana. Patik juga menjunjung kasih yang amat tinggi kerana Tuanku telah memayungi rakyat Tuanku dengan jayanya.
Sekian, sembah tahniah daripada patik, rakyat Tuanku.
01 April 2010
Antara BERUK dan KATAK

Salam sejahtera.
2. Kali ini Dewan Undangan Negeri digegarkan lagi dengan tindakan beberapa haiwan yang biasa kita lihat di dalam zoo, kini berubah bentuk seperti manusia dan menyamar sebagai "wakil rakyat". Hakikatnya mereka tidak mewakili rakyat, mewakili diri mereka sendiri.
3. Dahulu kita hanya dipamerkan haiwan katak sahaja, kali ini "zoo" ditambah pula dengan haiwan baharu, iaitu beruk. Malangnya beruk-beruk ini sangat banyak, melebihi jumlah katak yang ada.
4. Antara dua jenis haiwan ini, anda fikir yang manakah memberikan manfaat? Katak, dikatakan orang jika katak bersuara, hujan akan turun. Hujan, bukankah itu tandanya rahmat? Menyuburkan bumi, mengamankan persekitaran. Beruk pula? Jika beruk yang bersuara, sudah pasti menimbulkan rasa kurang senang sekelilingnya. Dan bayangkan pula beruk ini berkumpul beramai-ramai, wah sudah pasti lebih kecoh dibuatnya.
5. Itulah senario yang berlaku di "zoo" istimewa ini. Nampaknya beruk-beruk ini sudah mengambil alih peranan katak. Akhirnya katak yang ingin menurunkan rahmat Tuhan tadi tidak dapat menjalankan peranan nya, sebaliknya beruk-beruk ini cuba menghalang rahmat Tuhan itu.
6. Jadi, pada hemat anda, haiwan manakah yang lebih berjasa di "zoo" istimewa ini?
Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.


