Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.
Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-51. Tema kemerdekaan tahun ini adalah “Perpaduan Teras Kejayaan”. Menyentuh perihal tema kemerdekaan tahun ini, saya ingin mengajak pembaca merenung sejenak apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Kita dapat lihat ada beberapa pihak dengan sengaja mencetuskan kontrovesi melalui pelbagai cara, sama ada yang besar ataupun kecil. Soal perpaduan ini seolah dipandang sepi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Saya bukanlah seorang ultra-nasionalis, tetapi saya juga berpandangan bahawa perpaduan antara kaum di Malaysia seolah-olah menjadi bahan uji kaji pihak tertentu. Isu-isu yang sensitif telah dibincangkan secara terbuka, dan banyak perkara yang sudah dipersetujui semua kaum dibangkitkan semula, malah diminta untuk mengkaji semula perkara itu. Tidakkah ini dilihat sebagai cuba ‘menangguk di air yang keruh’. Dalam keadaan politik yang tidak stabil ketika ini, seharusnya masalah remeh-temeh ini tidak perlu diutarakan.
Dari soal forum anjuran Majlis Peguam, kuota 10% bukan bumiputera di UiTM, dan isu hak asasi kaum minoriti yang dibesar-besarkan, membentuk satu tanggapan negatif dunia luar terhadap Malaysia.
Seharusnya perpaduan diterapkan semasa di bangku sekolah dan cara terbaik untuk memupuk perpaduan ini adalah dengan mewujudkan satu jenis sekolah sahaja dan cadangan ini telah dilaksana suatu ketika dulu tetapi tidak mendapat sambutan di kalangan bukan bumiputera. Saya amat hairan dengan perkembangan ini. Bagai ada agenda tersembunyi dalam minda mereka. Konsep “Sekolah Wawasan” adalah cara terbaik untuk meningkatkan perpaduan antara kaum, tetapi ia di salah anggap pula untuk mengasimilasikan bangsa lain menjadi bangsa Melayu.
Inikah sikap pemimpin-pemimpin berkenaan? Bercakap soal perpaduan bergegar-gegar tetapi apabila pelaksanaan, kosong. Setelah rancangan ini berjaya, barulah konsep “satu institusi pendidikan untuk perpaduan” boleh dilaksanakan di peringkat lebih tinggi lagi.

No comments:
Post a Comment