PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

There was an error in this gadget

26 September 2008

Autokrasi atau Demokrasi?

Dalam suasana politik semasa yang tidak menentu ini, pada satu masa saya terfikir, apakah salah dan silap dalam mentadbir urus negara ini. Ini hanya buah fikiran saya mengenai pentadbiran negara. Mungkin boleh digunakan dan mungkin juga tidak. Kali ini saya ingin mengupas perihal autokrasi dan demokrasi iaitu salah satu bentuk pemerintahan di dunia.

Autokrasi mengikut tafsiran di Wikipedia,

"An autocracy is a form of government in which the political power is held by a single self-appointed ruler"

Manakala demokrasi pula,

"Democracy is a form of government in which the supreme power is held completely by the people under a free electoral system"

Maksud mudah di sini adalah AUTOKRASI adalah satu bentuk pemerintahan secara 'kuku besi' iaitu segala keputusan adalah hak mutlak seseorang kepala negara dan DEMOKRASI pula adalah sistem pemerintahan yang memerlukan sokongan suara majoriti untuk memilih seorang ketua sebagai pemimpin sesebuah masyarakat. Mungkin ramai yang akan berkata, demokrasi adalah sistem yang paling sesuai diamalkan zaman ini.

Pada pandangan saya, di Malaysia ini kita perlukan lebih satu daripada sistem pemerintahan iaitu "Democracy Authoritarian" yang saya definisikan bahawa seseorang perlu dipilih untuk menjadi wakil mereka dan dilantik sebagai ketua untuk memimpin dan apa sahaja keputusan yang melibatkan hak penduduk majoriti atau peribumi tidak boleh dipersoalkan atau diganggu gugat oleh sesiapa yang berkepentingan. Mereka yang mempersoalkan hak peribumi perlu terus dihukum tanpa memerlukan prosiding yang panjang (contoh: ISA).

Kita boleh lihat sejak berakhir PRU-12, tiba-tiba sahaja muncul jaguh dari kaum masing-masing untuk menuntut 'hak' mereka di bumi bertuah ini. Jika sejarah (yang betul bukan sejarah yang direka-reka) dikaji secara mendalam, nescaya pihak ini tidak akan mengungkitnya. Yang menjadi masalah adalah mereka menolak bulat-bulat fakta sejarah dan mereka merasakan apa yang berlaku selepas merdeka itu lebih penting daripada apa yang berlaku sebelum merdeka.

Walaupun tiada istilah khusus untuk menggambarkan situasi "Democracy Authoritarian", kita boleh mengambil contoh ketika pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM ke-4. Tun telah mengambil langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih buruk walaupun keputusan yang dilakukannya mendapat tentangan daripada rakyat yang tidak mengerti hal sebenarnya.

Contoh peristiwa yang kita boleh lihat:

  1. Pengharaman UMNO Februari 1988. Tun menasihati Agong supaya memecat Ketua Hakim Negara ketika itu dan segala bentuk undang-undang dikawal supaya keadaan menjadi tenteram dan perbalahan tidak berpanjangan.
  2. Penggunaan ISA kepada individu yang mempunyai potensi mencetuskan huru-hara di dalam negara walaupun kata sesetengah pihak yang mereka ini tidak pernah ingin mengucar-kacirkan negara. (Operasi Lalang 1987 dan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim 1998)
  3. Tuntutan yang tidak dilayan oleh Tun daripada kaum-kaum lain yang mahukan "sesuatu" supaya mereka dapat lebih daripada apa yang dinikmati oleh peribumi. (Suqiu, dll.)

Apabila kita memberikan 'kebebasan' kepada rakyat untuk menentukan hala tuju negara, inilah yang akan terjadi seperti yang dilihat hari ini. Banyak perkara mula dipersoal tanpa pihak pemerintah melakukan sesuatu untuk membendungnya. Alasan "kita boleh duduk berbincang" tidak sepatutnya digunakan. Perbincangan tidak semestinya membuahkan hasil yang baik atau situasi menang-menang. Keputusan kadangkala nampak seperi berpihak kepada kita tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku kemudian, barangkali ia akan memihak kepada lawan.

Kebebasan ada hadnya. Islam memang menggalakkan kebebasan tetapi kebebasan yang terkawal. Inilah yang dimaksudkan dalam makna "Democracy Authoritarian". Saya harap pandangan ini dapat diperkatakan bersama.

23 September 2008

Surat Pakatan Rakyat kepada Pak Lah!

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas. Dipetik daripada blog YB Zulkifli Noordin, MP Kulim-Bandar Baru

Inilah surat yang didakwa oleh Anwar Ibrahim yang kononnya "meminta" Pak Lah untuk segera memberikan kuasa pemerintahan Persekutuan kepada pakatan haram ini. Kalau anda tak faham Bahasa Melayu harap minta tolong daripada penterjemah ya! Surat ini memerlukan pemikiran tahap tinggi untuk memahaminya!

22 September 2008

KEMPEN SATU HARI TANPA BICARA POLITIK!

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.


Dengan ini saya menyeru kepada semua rakan-rakan blogger supaya dapat sama-sama menjayakan kempen ini. Mari kita berhenti bicara politik untuk satu hari setiap minggu.

18 September 2008

Berhenti Berpolitik, Bekerja lah...

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.



Kepada semua ahli politik yang telah memenangi kerusi masing-masing dalam PRU-12 Mac 2008 yang lalu, sudah-sudahlah berpolitik, tak perlu lagi mempersoalkan siapa yang menang dan siapa yang kalah. Lebih baik anda semua bekerja untuk rakyat yang telah memilih anda. Bukan kemaruk nak berkuasa. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan Mubarak ini, banyak-banyakkanlah ibadah, tak perlu keluar pelbagai alasan.

Titik!

17 September 2008

Hentikan sengketa - Raja Muda Perak

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

--- : : : ---

IPOH 16 Sept. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini menyeru barisan pemimpin negara supaya berhenti bersengketa sesama mereka dan menumpukan perhatian kepada usaha-usaha pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.

Titah baginda, dalam dunia yang kini menghadapi iklim ekonomi suram dengan kenaikan harga minyak dan makanan, memerlukan pemimpinnya memastikan bekalan makanan terjamin, meningkatkan produktiviti, menyakinkan pelabur dan mewujudkan pekerjaan baru untuk meringankan tanggungan rakyat.

''Ini merupakan cabaran besar kepada mana-mana kerajaan sekalipun. Ia tidak akan dicapai melalui retorik politik semata-mata.

''Ia tidak akan dicapai sekiranya di kalangan barisan kepimpinan, baik yang berada di dalam atau di luar kerajaan terus bersengketa,'' titah baginda.

Berita selanjutnya >>

DAULAT TUANKU!

16 September 2008

Selamat Hari Malaysia

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Salam muhibbah.

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan semoga berbahagia dan hidup harmoni di Hari Penubuhan Persekutuan Malaysia yang telah selamat ditubuhkan tepat hari ini, 45 tahun lalu. Dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (kemudian keluar dari Malaysia untuk menubuhkan Republik Cina di Asia Tenggara), negara yang kita cintai ini telah menambah kuantiti dan komposisi rakyatnya.

Penulis dengar berita yang hari yang penuh indah ini akan berlaku pertukaran kerajaan. Sehingga entri ini ditulis, nampaknya belum ada tanda-tanda ke arah itu. Em, perlukah rasanya penulis mengucapkan "Selamat Menyambut Kerajaan Baru?" kepada penyokong Pakatan Rakyat a.k.a. Pakatan "Penipu" Rakyat? Tak perlu kot.

Kita selalu dimomok dengan laungan demokrasi, tetapi nampaknya orang yang suka melaungkan demokrasi ingin memilih jalan tidak demokrasi untuk menjadi pemerintah. Haha. Tuhan tak suka orang yang melakukan tindakan terburu-buru, tambahan pulak bulan Al-Mubarak ni. Jadi nasihat saya kepada 'mereka' ini, sabar-sabarlah ye. Lebih baik penuhkan bulan barakah ini dengan amal ibadat, sekurang-kurangnya sebagai persediaan untuk PRU-13 nanti!

14 September 2008

16 September...

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

13 September 2008

Yang Remeh Temeh

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.


Hayatilah
lagu Pak Pandir ini... Siapa yang makan cili terasalah pedasnya :-)

Yang Remeh Temeh by Pak Pandir


Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku

Tiga Ditahan ISA

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Tiga orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga tengah malam ini dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Berita Selanjutnya>>

KAMI: Akhirnya tindakan tegas telah pun dilakukan oleh KDN demi keamanan dan kestabilan di Malaysia. Saya tidak faham mengapa orang mengatakan akta ISA itu tidak berperikemanusiaan. Bayangkan jika tidak ada ISA, negara sudah huru-hara, dengan cara apakah lagi untuk mententeramkan keadaan? Walaupun ia dikatakan "disalahguna" oleh kerajaan, MENCEGAH itu lebih baik daripada MENGUBATI.

12 September 2008

Kepentingan Bahasa Mandarin

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.


Salam Muhibbah.

Artikel kali ini saya tuliskan berdasarkan perkembangan semasa yang memerlukan orang-orang Melayu bertindak. Kita tidak perlu bertindak ganas, tetapi dengan cara yang lembut dan berhemah.

Di sini saya ingin mencadangkan, dan diharapkan sesiapa sahaja membawa cadangan saya ini ke pihak yang berkenaan untuk berbuat sesuatu untuk menjayakannya. Orang Melayu wajib mempelajari bahasa keempat iaitu samada Mandarin atau Tamil. Sebab kita sudah ada bahasa pertama (Melayu), kedua (Inggeris), ketiga (Arab) jadi orang Melayu perlukan satu lagi bahasa komunikasi.

Saya lebih teruja untuk mencadangkan bahasa Mandarin daripada Tamil kerana populasi orang-orang Cina di Malaysia agak tinggi berbanding orang India. Dan kebanyakan orang-orang Cina ini terlibat dalam sektor-sektor utama, ekonomi, dan lain-lain. Malahan yang jual telefon bimbit atau komputer pun kebanyakannya orang Cina.

Kefasihan di dalam Mandarin akan membantu orang Melayu mengetahui taktik penjual-penjual ini daripada menipu. Sekurang-kurangnya kita sebagai orang Melayu dapat 'membalas' semula taktik tipu mereka ini. Selain daripada itu, kepentingan Mandarin ini juga penting untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dengan lebih jelas kepada masyarakat Cina.

Saya tertarik dengan kebolehan calon PRK Permatang Pauh BN, Datuk Ariff Shah Omar Shah yang fasih berbahasa Mandarin ini. Saya terfikir alangkah baiknya jika semua AP Melayu dapat bertutur sedemikian. Orang-orang Cina ini lebih selesa jika kita berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa mereka.

Ini bukan bermakna kita harus meminggirkan bahasa Melayu. Dalam kita berkomunikasi dengan orang Cina, kita juga boleh memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam bahasa Melayu.

Dan saya harap cadangan saya ini dapat dilakukan oleh badan-badan NGO Melayu seperti GPMS, ProWARIS, PPIM, dan sebagainya. Mereka boleh mengadakan kelas-kelas tuisyen kepada orang-orang Melayu di luar bandar atau juga di bandar tidak kira tua atau yang muda supaya kita sama-sama dapat berbicara dalam Mandarin agar masalah komunikasi atau penyampaian tidak berkesan kepada masyarakat Cina dapat diatasi.

11 September 2008

Harga sebuah perjuangan

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum, digantung haknya sebagai ahli selama tiga tahun.

Dengan pergantungan tersebut, segala jawatan yang dipegangnya di dalam UMNO gugur selain hilang kelayakan bertanding dalam apa-apa jawatan parti.

Berita selanjutnya>>

KAMI: Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh seorang pejuang terhadap tindakannya yang ingin mempertahankan hak bumiputera di negara ini. Salahkah kenyataan beliau? Adakah buku sejarah yang mengatakan bahawa kaum Cina sebelum merdeka adalah penduduk peribumi di Tanah Melayu ini? Saya cabar sesiapa yang boleh mengemukakan bukti bahawa orang Cina adalah penduduk asal di tanah ini sejak wujudnya kerajaan Melayu Hindu di Asia Tenggara ini hinggalah permulaan Kesultanan Melayu.


07 September 2008

Buang Masa?

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Hidup di akhir zaman

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Salam perjuangan.

Sedih apabila mengenangkan hal-hal yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Undang-undang diperlekehkan, Islam diperkecilkan, Melayu dan Bumiputera lain diusik-usik hingga menerbitkan api kecil, keinginan untuk berkuasa (gila kuasa), dan sebagainya menampakkan bahawa sesungguhnya janji ALLAH SWT itu adalah benar dan kita sedang menghampiri kehancuran dunia tempat kita diami ini.

Apa jua tindakan kita (menyedarkan rakyat Malaysia terutama orang Melayu) untuk memahami apa yang berlaku walaupun tidak berkesan, tetapi janganlah kita berputus asa. Perjuangan sememangnya belum selesai. Walaupun janji ALLAH semakin hampir (kiamat) dan tanda-tanda ke arahnya semakin jelas, namun seharusnya itu tidak mematahkan semangat kita untuk terus menyatakan kebenaran dan terus menjaga kesucian agama Islam dan martabat bangsa di tanah ini.

Hidup di akhir zaman seperti sesungguhnya memang mencabar, dan barangkali kita juga terfikir mengapa tindakan aku tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan?

Dan sekarang kita hanya menanti apa yang akan berlaku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.