PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

Facebook Share

26 September 2008

Autokrasi atau Demokrasi?

Dalam suasana politik semasa yang tidak menentu ini, pada satu masa saya terfikir, apakah salah dan silap dalam mentadbir urus negara ini. Ini hanya buah fikiran saya mengenai pentadbiran negara. Mungkin boleh digunakan dan mungkin juga tidak. Kali ini saya ingin mengupas perihal autokrasi dan demokrasi iaitu salah satu bentuk pemerintahan di dunia.

Autokrasi mengikut tafsiran di Wikipedia,

"An autocracy is a form of government in which the political power is held by a single self-appointed ruler"

Manakala demokrasi pula,

"Democracy is a form of government in which the supreme power is held completely by the people under a free electoral system"

Maksud mudah di sini adalah AUTOKRASI adalah satu bentuk pemerintahan secara 'kuku besi' iaitu segala keputusan adalah hak mutlak seseorang kepala negara dan DEMOKRASI pula adalah sistem pemerintahan yang memerlukan sokongan suara majoriti untuk memilih seorang ketua sebagai pemimpin sesebuah masyarakat. Mungkin ramai yang akan berkata, demokrasi adalah sistem yang paling sesuai diamalkan zaman ini.

Pada pandangan saya, di Malaysia ini kita perlukan lebih satu daripada sistem pemerintahan iaitu "Democracy Authoritarian" yang saya definisikan bahawa seseorang perlu dipilih untuk menjadi wakil mereka dan dilantik sebagai ketua untuk memimpin dan apa sahaja keputusan yang melibatkan hak penduduk majoriti atau peribumi tidak boleh dipersoalkan atau diganggu gugat oleh sesiapa yang berkepentingan. Mereka yang mempersoalkan hak peribumi perlu terus dihukum tanpa memerlukan prosiding yang panjang (contoh: ISA).

Kita boleh lihat sejak berakhir PRU-12, tiba-tiba sahaja muncul jaguh dari kaum masing-masing untuk menuntut 'hak' mereka di bumi bertuah ini. Jika sejarah (yang betul bukan sejarah yang direka-reka) dikaji secara mendalam, nescaya pihak ini tidak akan mengungkitnya. Yang menjadi masalah adalah mereka menolak bulat-bulat fakta sejarah dan mereka merasakan apa yang berlaku selepas merdeka itu lebih penting daripada apa yang berlaku sebelum merdeka.

Walaupun tiada istilah khusus untuk menggambarkan situasi "Democracy Authoritarian", kita boleh mengambil contoh ketika pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM ke-4. Tun telah mengambil langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih buruk walaupun keputusan yang dilakukannya mendapat tentangan daripada rakyat yang tidak mengerti hal sebenarnya.

Contoh peristiwa yang kita boleh lihat:

  1. Pengharaman UMNO Februari 1988. Tun menasihati Agong supaya memecat Ketua Hakim Negara ketika itu dan segala bentuk undang-undang dikawal supaya keadaan menjadi tenteram dan perbalahan tidak berpanjangan.
  2. Penggunaan ISA kepada individu yang mempunyai potensi mencetuskan huru-hara di dalam negara walaupun kata sesetengah pihak yang mereka ini tidak pernah ingin mengucar-kacirkan negara. (Operasi Lalang 1987 dan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim 1998)
  3. Tuntutan yang tidak dilayan oleh Tun daripada kaum-kaum lain yang mahukan "sesuatu" supaya mereka dapat lebih daripada apa yang dinikmati oleh peribumi. (Suqiu, dll.)

Apabila kita memberikan 'kebebasan' kepada rakyat untuk menentukan hala tuju negara, inilah yang akan terjadi seperti yang dilihat hari ini. Banyak perkara mula dipersoal tanpa pihak pemerintah melakukan sesuatu untuk membendungnya. Alasan "kita boleh duduk berbincang" tidak sepatutnya digunakan. Perbincangan tidak semestinya membuahkan hasil yang baik atau situasi menang-menang. Keputusan kadangkala nampak seperi berpihak kepada kita tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku kemudian, barangkali ia akan memihak kepada lawan.

Kebebasan ada hadnya. Islam memang menggalakkan kebebasan tetapi kebebasan yang terkawal. Inilah yang dimaksudkan dalam makna "Democracy Authoritarian". Saya harap pandangan ini dapat diperkatakan bersama.

1 comment:

Faizal Zakaria's Blog said...

Demokrasilah :-)



Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)





Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.