PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

16 September 2009

Edisi Hari Malaysia


Salam pertemuan.

Selamat menyambut Hari Malaysia ke-46. Dengan terbentuknya Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura telah merdeka dari penjajahan British sebelum akhirnya Singapura keluar dari Malaysia kerana pemimpin-pemimpin Cina PAP dengan sikap chauvinis mereka tidak boleh menerima konsep Ketuanan Melayu di Malaysia.

Setelah 46 tahun terbentuknya Malaysia, rakyat seharusnya sedar bahawa inilah masa terbaik untuk meningkatkan keupayaan diri, menambah pendapatan, menggali ilmu pengetahuan dan berbagai faedah lain lagi. Malangnya bangsa Melayu khususnya, masih dibuai lena mimpi yang indah dengan berasa selesa, malah perkara yang paling diutamakan oleh pak lebai, tok guru, ataupun rakyat marhaen yang lain adalah POLITIK.

Kita suka mendengar siapa yang berkuasa, siapa yang hilang kuasa, siapa yang bersalah, siapa yang rasuah, siapa yang ada skandal seks hingga kita lupa bahawa Allah SWT telah banyak memberi peluang dan ruang untuk orang Melayu berjaya selain daripada bidang politik. Cuba anda telaah segenap ilmu yang ada di alam internet ataupun di mana-mana khutub khanah di seluruh penjuru negara, berapa orangkah anak Melayu yang berjaya di dalam kajian ilmu?

Di Barat, mereka bertungkus lumus mengkaji ilmu pengetahun tetapi di sini, kita bertungkus lumus menjatuhkan saudara kita sendiri demi kepentingan orang lain yang bukan saudara kita langsung. Kita lebih pentingkan keinginan mereka daripada keinginan saudara kita sendiri.

Kita selalu bangga menceritakan kejayaan umat Islam dahulu kala dalam mengkaji pelbagai cabang ilmu, sedangkan apabila di dalam realiti, anak-anak muda di ajar benci-membenci satu sama lain, membenci sesama bangsa, menolak mereka yang tidak sefahaman atas dasar POLITIK. Pemikiran mereka dibelenggu dengan momokan dan fitnah memfitnah antara sesama umat hingga menyebabkan bicara soal POLITIK lebih membara daripada membincangkan ilmu yang baru.

Jangan pula di suatu hari, kita digelar bangsa POLITIK ataupun mungkin kata-kata Hang Tuah akhirnya luput begitu sahaja dek kerana mengejar POLITIK. Tidak bolehkah kita berhenti berpolitiking dan membuat kerja? Jika tiada politiking, Malaysia akan melahirkan cerdik pandai dan cendekiawan Islam yang berjaya dalam ilmu-ilmu pengetahuan dan tidak mustahil dunia akan memandang Malaysia sebagai negara pengeluar cendekiawan, bukan pengeluar 'cendawan'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.