PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

There was an error in this gadget

17 August 2009

Budi Bahasa Budaya Kita

Hadith :

Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar.” Para sahabat bertanya:”Adakah orang yang mencaci ibu bapanya?” Jawab Rasulullah s.a.w ,:”Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lalu orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula.”
(Muslim)

Huraian

Dalam kehidupan ini kita selalu ingin menjadi yang terbaik sehingga kita lupa bahawa kita telah menjangkau batasan orang yang baik-baik. Selaku seorang yang beragama Islam kita hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik. Hormati orang lain sebagaimana kita mahu diri kita dihormati. Orang yang biadap memiliki tiga ciri iaitu fikirannya buruk, ucapannya kasar dan perilakunya jahat. Orang demikian cenderung melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Mereka tidak pandai menghormati orang dan suka mencaci maki orang tanpa menyedari bahawa kata-kata itu akan kembali kepada diri mereka sendiri mahupun ibu bapa mereka. Lebih dari itu mereka juga sebenarnya telah mencemarkan identiti sebagai seorang Islam yang sentiasa menyuruh umatnya agar berbudi bahasa dan berakhlak mulia.

Sumber dipetik daripada JAKIM Online

09 August 2009

Bangun dan runtuhnya sebuah tamadun


Salam muhibbah.

Ketegangan nampaknya semakin menjadi-jadi. Pelbagai isu, tidak kira sensitif atau tidak sudah dilaung-laungkan dan diulang-ulangkan bagaikan tiada noktah. Sebagai seorang yang cerdik dan pandai, perkara seperti ini tidak perlu disebut. Dibimbangi ia akan meruntuhkan sebuah negara yang telah susah payah dibina oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini. Membina sebuah negara memerlukan 100 tahun tetapi meruntuhnya hanyalah sekelip mata.

Sejarah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia Islam tidak datang dari luar tetapi dari DALAM sendiri. Pengkhianatan, gila kuasa, rasuah, menipu, menabur fitnah, menggunakan ilmu yang ada untuk kepentingan sendiri, dan lain-lain lagi adalah punca utama sesebuah tamadun itu lenyap dan musnah.

Empayar Turki Othmaniah musnah kerana Mustafa Kamal Attaturk, Empayar Melayu Melaka dihancurkan kerana pembelotan, Kesultanan Filipina dimurtadkan kerana pengaruh Sepanyol dan wang. Mahukah Malaysia menjadi seperti itu?

PERPADUAN adalah amat penting di kalangan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam dan Melayu sendiri. Adakah oleh sebab hal-hal kecil, kita berbalah sesama sendiri? Sudahlah pengkhianat bangsa jelas bebas bergerak ke sana ke mari, kita pula mencari salah untuk membuktikan kita yang betul. Apakah makna semua ini? Jelas ia akan membawa kepada kehancuran umat Islam.

Jika anda ikhlas untuk menyelamatkan Islam dan Melayu di Malaysia ini, sama-samalah kita berdoa dan berhajat kepada ALLAH SWT agar dilindungi dari segala bala dan bencana. Sepatutnya doa perpaduan umat Islam dimasukkan ke dalam khutbah Jumaat agar semua umat Islam mengaminkan kerana ia melambangkan penyatuan umat Islam dalam memohon hajat kepada ALLAH SWT.

06 August 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Dipetik daripada Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 6 Ogos — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :

  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Pengarang: Kepada umat Melayu, fikir-fikirkan titah Raja Dr. Nazrin Shah ini.

01 August 2009

Demonstrasi: Apakah sudah hilang budaya Melayu kita?

Salam sejahtera.

Sudah lama saya berehat daripada menulis entri baharu. Maafkan saya kerana kesibukan yang melanda. Bukan berhenti berblogging, cuma menyelesaikan masalah yang patut diselesaikan.

Berita demonstrasi yang diuar-uarkan melalui media massa, cukup mengecewakan saya. Terlintas di minda saya, 'Apakah sudah hilang budaya orang Melayu yang katanya bagaikan duri tajam disulam madu?' Beginikah caranya orang Melayu melampiaskan perasaan tidak puas hati mereka?

Mungkin orang Melayu tidak tahu budaya demonstrasi adalah ciptaan Yahudi untuk mengucar-ngacirkan ketenteraman awam. Bangsa Yahudi akan menghantar ejen-ejen mereka di merata dunia untuk mencipta satu gelombang atas nama "RAKYAT" supaya kelihatan bahawa rakyat terseksa akibat sikap pemerintah. Cuba anda sebagai rakyat Malaysia, senaraikan keseksaan yang berlaku ke atas warganegara Malaysia yang dilakukan oleh pemerintah.

Demonstrasi, tidak kira pro-ISA atau anti-ISA tidak sepatutnya berlaku kerana ia mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan. Malah saya pasti tidak ada langsung kebaikan yang akan kita dapati hasil demonstrasi ini. Masalah utama yang pastinya berlaku adalah menyusahkan orang awam dan peniaga. Inikah yang dikatakan "menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat?" yang dilaung-laung pembangkang?

Di mana letaknya kepentingan orang awam dan peniaga yang berada di sekitar kawasan demonstrasi? Di mana hak mereka untuk berjalan dan berniaga secara aman di kawasan itu? Ini sahaja sudah menafikan hak mereka, persetankan sahaja pihak yang kononnya memperjuangkan hak rakyat. Rakyat ditipu lagi dan terus ditipu. Hanya yang bijak akan buka mata sementara yang tuli akan terus terpejam matanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.