PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

16 January 2011

Hak dan Azan


Salam sejahtera.

1. Semakin hari semakin banyak pencabulan hak terhadap umat Islam di negara kita ini. Bermula dengan isu kalimah ALLAH hingga aduan kepada laungan azan.

2. Jika alasan hak peribadi dijadikan perkara utama, jadi mengapa hak untuk melaungkan azan, memanggil umat Islam bersolat dinafikan? Jika berbicara soal "hak sama rata", maka hak azan juga perlu diberi keutamaan. Jangan berbicara soal hak jika tidak faham apa makna sebenar hak tersebut.

3. Lihatlah tatkala umat Islam berpecah belah, bukan Islam sewenang-wenangnya bertindak luar batasan apabila mengadu tentang lantangnya bunyi azan. Apakah wajar tindakan beliau mengadu hal perkara tersebut?

4. Saya tidak membicarakan dari konteks agama tetapi lebih kepada aspek undang-undang dan perlembagaan. Soal bicara agama Islam ini sudah termaktub di dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, menyatakan Islam sebagai agama rasmi. Maka sudah tentulah agama Islam mempunyai HAKnya untuk melebarkan syiar Islam di atas bumi Malaysia.

5. Malah agama lain juga turut mempunyai HAK yang sama tetapi telah dijelaskan bahawa agama lain TIDAK dibenarkan menyebarkan ajaran agama lain terhadap umat Islam. Sudah pasti cara menghidupkan amalan agama telah jelas dinyatakan.

6. Apakah perasaan penganut agama lain jika kita mempersoalkan tindakan kuil atau gereja yang menggunakan cara masing-masing untuk memanggil umatnya bersembahyang? Sudah tentu isu itu akan diperbesarkan walhal jika kita bertoleransi, sudah tentu tidak menjadi suatu perkara yang boleh diperdebatkan.

7. Apakah tindakan wajar yang boleh diambil oleh si pengadu? Adalah baik sekiranya beliau memahami dan berbincang dengan jawatankuasa masjid untuk mencari jalan penyelesaiannya. Bukan dengan sewenang 'memerintah'kan azan diperlahankan. Baik juga sekiranya jawatankuasa masjid menerangkan hal sebenar syariat azan tersebut.

8. Umat Islam yang lain jangan pula melatah.

1 comment:

AbangRM said...

Saya bukan anti masjid...bagi saja azan tidak menjadi masalah...yang menjadi masalahnya bila kuliah agama yang sebahagian besarnya menyerang , dan memfitnah kerajaan dan individu tertentu menggunakan corong-corong masjid...bagi saya cukuplah ceramah menggunakan speaker dalam sahaja...kalau tak percaya siasatlah sendiri...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.