PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

There was an error in this gadget

18 March 2009

Berhenti rehat

Salam pertemuan.

Terima kasih kepada pengunjung yang sudi datang ke blog yang tidak seberapa ini. Dalam masa 2 hingga 3 minggu ini, saya akan meluangkan masa untuk berehat seketika daripada menghantar entri baharu di blog ini. Ini kerana saya ingin membuat persiapan sebelum menjalani latihan praktikal perguruan di sekolah pada bulan April ini. Praktikal itu akan saya jalani di salah sebuah sekolah rendah di kawasan Hulu Klang, Selangor.

Juga saya ingin memerhati perkembangan politik semasa yang semakin hari semakin mendebarkan. Rumusan akan saya tuliskan setelah selesai Pemilihan UMNO hujung bulan ini dan setelah Pak Lah menyerahkan kuasa kepada Najib.

Jika ingin bertanya atau berkongsi pendapat, luahkan di kotak sembang, atau chatroll BPN, atau YM sahaja saya di: ajib0413_perak(at)yahoo.com

11 March 2009

Mengapa saya membantah PPSMI (Siri 2)

Salam muhibbah.

Untuk siri ini, saya ingin menyeru kepada mereka yang pro-PPSMI supaya meneliti kajian yang telah dilakukan oleh ahli-ahli akademik, sejak bermula pengenalan PPSMI pada 2003 yang lalu hingga ke hari ini.

(Jika anda berminat untuk membaca E-Book "Mengapa Kami Bantah!", sila muat turun melalui imej yang disediakan di bahagian atas blog)

Antara kajian-kajian yang dilakukan (dipetik daripada blog Faisal Tehrani):

1. Kajian Akademik

2. Profesor Shaharir Md. Zain

3. Bahasa Melayu untuk Sains, Matematik tetap realistik

4. Profesor-Profesor Melayu dalam Bidang Sains yang Menentang PPSMI

5. Kosmologi Bahasa

6. Menjawab Gabungan Pro PPSMI.

Anda juga boleh membaca memorandum mengenai bantahan PPSMI oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dengan meninjau pautan ini:


Saya membantah bukan secara melulu, tetapi melalui pengalaman saya sendiri ketika melakukan latihan perguruan di sekolah-sekolah, bandar dan luar bandar. Saya dapati keputusan Sains dan Matematik sangat mengejutkan. Jika di bandar, memang keputusan sangat 'memberangsangkan' tetapi jika di luar bandar, ia amat 'menyedihkan'.

Keputusan Sains dan Matematik
Gambar yang saya paparkan ini adalah keputusan Darjah 5 sebuah sekolah rendah luar bandar di Perak. Lihat bahagian yang dimerahkan itu. Anda boleh membuat kesimpulan sendiri. Ini baru satu contoh, banyak lagi yang saya dapatkan, yang saya menemuramah guru-guru yang mengajar sendiri Sains dan Matematik di sekolah tersebut.

Saya bukan lah anti Bahasa Inggeris, tetapi saya yakin, kita tidak perlukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tetapi hanya bahasa komunikasi. Jika kita mahukan Bahasa Melayu menjadi antara bahasa pertuturan terbesar di dunia, mulakan dengan penterjemahan ilmu-ilmu ke dalam BM. Tidak mustahil suatu hari nanti, Bahasa Melayu akan menjadi rujukan utama dunia, seperti yang pernah dilalui ketika zaman kegemilangan tamadun Melayu satu ketika dahulu.


10 March 2009

Mengapa saya membantah PPSMI (Siri 1)

Salam pertemuan.

Kebanyakan blog yang saya jenguk, banyak yang menyokong PPSMI. Saya pula sebaliknya. Saya membantah PPSMI tetapi tidak menyokong demonstrasi jalanan yang tidak terkawal. Masih ada ruang untuk menyatakan ketidakpuasan hati kita, tetapi saya pasti ruang untuk itu semakin mengecil kerana kepentingan sesuatu pihak.

Saya tidak mahu bertengkar dengan mereka yang menyokong PPSMI kerana masing-masing ada pendapat tersendiri. Begitu juga saya, secara peribadi, saya AMAT tidak menyokong PPSMI. Mengapa? Di sini saya nyatakan sebab-sebabnya (saya sependapat dengan Datuk A. Samad Said):

Hayati sikap Datuk A. Samad Said ini (dipetik daripada blog Faisal Tehrani):

1. Setiap orang melayu yang mencintai bahasanya harus membuang undi menyanggah pucuk pimpinan yang tidak melestarikan bahasa ibundanya. Ertinya kalau dimana-mana pun kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu mengucupkan bahasanya. Kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita.

2. Saya juga kecewa dengan kenyataan Menteri Pelajaran yang mengatakan dia malu bila pejuang bahasa pergi ke jalanan dan seharusnya menggunakan lorong-lorong tertentu. Pejuang bahasa memilih jalanan kerana sudah tidak ada lagi lorong-lorong yang boleh dimasuki.

3. Saya fikir pemimpin tertentu sahaja begini. Yang saya dengar kalangan akar umbi Umno juga menolak PPSMI. Tetapi bila yang berkuasa terlalu diberi kuasa maka jadinya pucuk pimpinan sentiasa benar. Pucuk pimpinan tidak bersedia untuk berkompromi. Saya fikir penghakisan pengaruh Umno antara sebabnya saya fikir kerana mereka terlalu bertelinga satu dan mereka terlalu berlidah dua.

Oleh kerana persidangan Agung Umno semakin hampir, setiap pemimpin Umno tidak mahu tersilap. Kalau tersilap mereka akan tersingkir lebih awal. Mereka mahu masuk dalam lingkungan itu hingga Mac. Di situ kita boleh lihat wajah sebenar mereka ini. Beruntunglah kalau benar-benar politik rasuah itu dapat disisihkan. Saya mahu lihat yang bukan RM200 ditangkap tetapi yang berjuta ringgit. Yang tangkap jumlah kecil ini cuma wayang gambar tetapi saya mahu lihat yang besar-besar juga ditangkap.

4. Memang ini penghinaan. Bukan saja penghinaan saya fikir ketidakyakinan dan tidak bersedia memartabatkan bahasa oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Kalau orang lain atau bangsa lain tidak berbuat begitu, saya tidak kisah dan saya boleh tidur dengan lena. Tetapi yang mengecewakan saya adalah pemimpin Melayu itu sendiri tidak yakin dengan bahasanya.

5. Jadi memang sesuatu sudah terbuku di hati, sudah tetap mahu dilaksanakan supaya bahasa Inggeris itu dijadikan bahasa pengantar. Kalau Menteri Pelajaran kata ada lorong untuk diusahakan sebenarnya lorong itu sudah lama tiada maka sebab itu kami pergi ke jalanan.

6. Kalau dalam Gapena, saya fikir akhir-akhir agak samar. Saya tidak tahu apakah Gapena benar-benar menyokong perjuangan bahasa ini. Terakhir saya dengar Gapena mahu menyaman kerajaan. Saya tidak pasti sama ada itu satu pengucapan yang serius atau tidak. Memang tidak ternampak tokoh-tokoh Gapena berada di tempat-tempat yang sepatutnya. Contohnya di Sogo, saya tidak nampak, mungkin ada di belakang-belakang, saya tidak tahu tapi sepatutnya mereka ke depan.

Saya fikir penyertaan Gapena yang agak total perlu kerana mereka adalah gabungan penulis-penulis Melayu. Kalau tidak ke depan maka ia semacam ada yang tidak kena kerana mereka adalah induk jadi mereka perlu lebih ke depan.

Saya dengan rasa penuh hormat terhadap Professor Ismail Hussein dan rakan-rakannya menyatakan sikapnya dengan jelas dan total. Mereka mahu melestarikan bahasanya atau tidak.

7. Malah ketika dibawah pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, beliau tidak cuba melestarikan bahasa. Dan itu tidak dilakukan. Dan saya tidak tahu apakah yang sudah tersusup dalam hati nurani mereka hingga mereka tidak percaya kepada bahasa mereka sendiri. Dikatakanlah bahawa bahasa Melayu itu kuat.

Pertanyaan saya, apakah yang dilakukan oleh elita kuasa Melayu ini untuk menguatkan bahasa Melayu? Apa yang saya nampak mereka semakin menguncupkan bahasa dan menghala kepada penazak bahasa dan akhirnya akan menjadi pengubur bahasa. Yang salah terbukti elita kuasa Melayu ini kerana tidak berusaha melestarikan bahasa Melayu. Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini.

- Datuk A. Samad Said.

BERSAMBUNG...

08 March 2009

Ulang Tahun Pertama PRU: Akibat Kuasa

Salam pertemuan.

Hari ini genaplah setahun berlalunya PRU yang berlangsung pada 8 Mac 2008. Hari di mana pemerintah telah dinafikan majoriti dua pertiga dan ketika itu 5 negeri parti pemerintah terlepas ke tangan pembangkang, mewujudkan kekalutan sehingga hari ini.

Penafian majoriti 2/3 dan kekalahan 5 negeri, menunjukkan bahawa politik tolak ansur yang diamalkan pemimpin tertinggi, tidak menjamin kestabilan politik. Akibat politik tolak ansur, banyak pihak cuba menimbulkan kegelisahan, menyentuh isu sensitif, mewujudkan kekacauan dan menganggu ketenteraman awam. Pemimpin yang bertolak ansur, tidak layak menjadi pemimpin tertinggi di negara ini.

UMNO/BN WAJIB bermuhasabah diri, mencari kelemahan agar diperbaiki, bukan dengan menuding jari kepada orang lain, terutama yang datang dari komponen BN. Setelah lebih 50 tahun merdeka, rakyat tidak perlu disogok dengan isu yang sama. Dan cara berkempen juga tidak harus yang sama. Pendekatan 'remaja' adalah sesuatu yang harus BN lakukan demi survival politiknya.

Akibat kemaruk kuasa, semua perbuatan dihalalkan. Walaupun mengaku diri sebagai seorang 'Muslim yang baik', hakikatnya agama diperguna agar semua perbuatan dilindungi, waima ia terang-terang tidak menggambarkan Muslim sejati. Ahli-ahli politik ini, hanya tahu berpolitiking, dan cuba melindungi ketidakupayaannya menjalankan tugas dengan baik. Apabila ditanya mengenai kemajuan yang dibawa, ia jelas tidak adil kepada semua pihak. Malah, rakyat cuba dipesong ke isu yang lain hingga menenggelamkan isu sebenar.

Harapan saya, agar semua sentimen politik ini dihentikan. Bersyukurlah dengan keamanan yang ada sekarang. Puaskah diri ini jika melihat negara kacau bilau? Rakyat bermusuh sesama sendiri? Tolonglah, saya merayu kepada semua, hentikanlah keadaan tidak tenteram ini!

p/s: Punca utama kekalutan ini tidak lain tidak bukan, Anwar Ibrahim! Manusia yang WAJIB dihapuskan di muka bumi Malaysia ini!


01 March 2009

Apabila ALLAH dijual kepada agama Kristian


Salam.

Terkejut juga dengan keputusan KDN yang membenarkan penggunaan ALLAH di dalam agama Kristian di Malaysia ini. Sungguh, Islam semakin dicabar dan tercabar. Apa tindakan kita, orang Islam?

KDN wajib bertegas untuk tidak membenarkan langsung penggunaan ALLAH pada agama Kristian. Ini akan menimbulkan kekeliruan. Tambahan pula jika ada pengedaran kitab-kitab Kristian kepada anak-anak muda secara 'sembunyi'. Anak-anak muda yang belum pandai membanding beza pasti melihat Kristian dan Islam itu sama. Ini boleh menimbulkan bahaya.

Walaupun syarat untuk penggunaan mestilah ditulis "Untuk Penganut Agama Kristian", pendakwah-pendakwah Kristian ini bukanlah bodoh. Dengan daya tipu mereka, mereka boleh menggunakan bermacam-macam cara, antaranya seperti yang saya sebutkan tadi. Kita tidak tahu kesan yang akan berlaku akibat daripada tindakan ini. Boleh jadi lebih bahaya.

Penganut Kristian mestilah faham, situasi di Malaysia dan di Arab tidak sama. Di Arab sana, memanglah mereka menggunakan istilah ALLAH di dalam Bible mereka. Arab Kristian tidak berpegang kepada Katolik atau Protestan. Mereka adalah penganut Kristian Ortodoks ataupun Kristian Syria yang sangat berbeza dengan dua mazhab terbesar dunia itu. Di Malaysia boleh dikatakan hampir tiada mereka yang menganut Ortodoks ataupun Syriac.

Ia bukan alasan ALLAH eksklusif untuk orang Islam, tetapi ia untuk mengelakkan sebarang salah faham dan kekeliruan antara agama. Inilah perancangan Kristian untuk memurtadkan orang Melayu di Malaysia kerana mereka sudah mengkaji, cara 'mengelirukan' adalah cara sesuai untuk memurtadkan orang Melayu di Malaysia.

Wahai saudara-saudaraku, hebatkanlah tentangan terhadap dakyah Kristian ini! Musnahkan hasrat mereka untuk memurtadkan orang Melayu!

ALLAHUAKBAR!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.