PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

There was an error in this gadget

11 March 2009

Mengapa saya membantah PPSMI (Siri 2)

Salam muhibbah.

Untuk siri ini, saya ingin menyeru kepada mereka yang pro-PPSMI supaya meneliti kajian yang telah dilakukan oleh ahli-ahli akademik, sejak bermula pengenalan PPSMI pada 2003 yang lalu hingga ke hari ini.

(Jika anda berminat untuk membaca E-Book "Mengapa Kami Bantah!", sila muat turun melalui imej yang disediakan di bahagian atas blog)

Antara kajian-kajian yang dilakukan (dipetik daripada blog Faisal Tehrani):

1. Kajian Akademik

2. Profesor Shaharir Md. Zain

3. Bahasa Melayu untuk Sains, Matematik tetap realistik

4. Profesor-Profesor Melayu dalam Bidang Sains yang Menentang PPSMI

5. Kosmologi Bahasa

6. Menjawab Gabungan Pro PPSMI.

Anda juga boleh membaca memorandum mengenai bantahan PPSMI oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dengan meninjau pautan ini:


Saya membantah bukan secara melulu, tetapi melalui pengalaman saya sendiri ketika melakukan latihan perguruan di sekolah-sekolah, bandar dan luar bandar. Saya dapati keputusan Sains dan Matematik sangat mengejutkan. Jika di bandar, memang keputusan sangat 'memberangsangkan' tetapi jika di luar bandar, ia amat 'menyedihkan'.

Keputusan Sains dan Matematik
Gambar yang saya paparkan ini adalah keputusan Darjah 5 sebuah sekolah rendah luar bandar di Perak. Lihat bahagian yang dimerahkan itu. Anda boleh membuat kesimpulan sendiri. Ini baru satu contoh, banyak lagi yang saya dapatkan, yang saya menemuramah guru-guru yang mengajar sendiri Sains dan Matematik di sekolah tersebut.

Saya bukan lah anti Bahasa Inggeris, tetapi saya yakin, kita tidak perlukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tetapi hanya bahasa komunikasi. Jika kita mahukan Bahasa Melayu menjadi antara bahasa pertuturan terbesar di dunia, mulakan dengan penterjemahan ilmu-ilmu ke dalam BM. Tidak mustahil suatu hari nanti, Bahasa Melayu akan menjadi rujukan utama dunia, seperti yang pernah dilalui ketika zaman kegemilangan tamadun Melayu satu ketika dahulu.


4 comments:

Panglima Perang Cyber said...

saya mohon mengalirkan hits pembaca ke sini untuk penjelasan isu PPSMI..

Saya sokong PPSMI harus dihentikan.

awang kata said...

Yang menyokong PPSMI diteruskan, diminta merujuk dan menelaah hujah-hujah ilmuan bahasa muktabar kita.

Tetap menyokong PPSMI dihapuskan.

mimpi916 said...

PPSMI kan dwi bahasa - BM dan BI

Kalau dah Dwi.. maknanya boleh pilih nk yang mana..

Tapi bagi kelas yang lemah pelajarnya.. guru terus guna BM..

Selalunya sekolah2 yang tip top seperti sekolah tempat pelajar (NUR) mendapat 20A tu.. sekolah tersebut guna 100% BI.

Jangan ambil risiko untuk jawab soalan.. dah tau lemah BI, jawab ikut BM.

sismimi said...

cikgu-cikgu diluar bandar lebih mengetahui keadaan sebenar terutama sekali cikgu2 di sabah dan sarawak. tersepit.. kalau cikgu mengajar guna bi dalam sains dan matematik semua pelajar tidak faham dan akibatnya gagal dalam pep awam spt upsr/pmr. bila ini berlaku, cikgu yang kena marah dan jawab jika sekolah prestasi rendah dilawat oleh pegawai.. untuk selamatkan diri, cikgu2 kebanyakkan sekolah luar bandar (hampir semua)akan diarah oleh GB atau Pengetua untuk mengajar sains dan matematik dalam BM sepenuhnya, kecuali daily lesson plan di tulis dalam bi sebagai bukti kononya.. ini adalah untuk mengelak prestasi sekolah jatuh teruk. GB/Pegetua selamat, guru selamat, sekolah pun selamat dari dimarah, dilawat, dipantau jika result tidak jatuh teruk. Prestasi sekolah pun naik, pkt negeri pun naik, pkt kebangsaan pun naik kononnya. Bahkan byak kali kita dengar pelajar yang tidak pandai membaca dan menulis boleh lulus sains dan matematik sedangkan ujian/pep pkt sekolah dapat 0-10 markah ja. guru2terkejut tapi suka. syukur kerana pelajar2 ni ( tak tahu apa2) boleh menyumbang kepada peratus kelulusan sekolah kononnyalah.. peratus naik, semua selamat. memang hairan dan ajaiblah sekarang ni. tak tahulah berapa markah lulus dlm pep awam.. penggunaan ict utk p&p dalam ppsmi ni juga ada lucunya.. banyak sekolah di sabah dan sarawak dibekalkan dengan peralatan ini. tapi di sekolah tidak ada bekalan elektrik. ada yang guna generator tapi di catu khas untuk menerangi kuaters guru2 pd waktu malam sahaja.. diesel habislah, tiada peruntukkan utuk beli diesellah, geran belum adalalah, bekalan diesel tak cukuplah, generator rosaklah dan sebagainya. ada sekolah yang bekalan elektrik hanya untuk pelabat am sahaja. sebab di blok kelas tiada pendawaian(wiring). maka banyak barang ict spt lcd, labtop, troli dan lain2 rosak dalam kabinet almari sekolah oleh lipas, semut dan tikus.. sepatutnya kerajaan sediakan kemudahan asas ini dulu.. budak sekolah pandai lagi berfikir. ada pelajar sekolah pedalaman sarawak tanya GB "kenapa kerajaan bagi semua barang ini ict kalau dah tahu sekolah kita tidak ada bekalan elektrik" kementerian sepatutnya laksanakan ppsmi ini dengan betul. berpijak di bumi nyata. tak payah sorok-sorok.. kalau keputusan pelajar teruk akibat ppsmi, terimalah.. kalau nak teruskan biar buat betul-betul. jangan seleweng. kalau tak dapat laksana, mansuhkan saja. jangan jadikan duit yang banyak yang telah di belanja untuk ppsmi ini sebagai dalil untuk teruskan tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak bangsa kita itu yang lebih penting dari duit.. fikir-fikirkanlah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.