PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

There was an error in this gadget

30 November 2008

Hormat boleh, percaya jangan!

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Akhir-akhir ini nampaknya golongan Cina sudah mula melaungkan suara mereka mengenai Ketuanan Melayu. Tak kira parti DAP, Gerakan atau MCA. Nada mereka hampir serupa. Inilah akibat kelemahan kuasa politik orang Melayu sejak berlalunya PRU-12 Mac lalu. Inilah akibat jika orang-orang Melayu PKR dan PAS berbangga dengan merosotnya pengaruh UMNO, lalu mereka seperti tidak endah sahaja apabila kaum imigran mula mempersoal sejarah rantau ini.

Situasi ini mengakibatkan saya membuat satu kesimpulan. Kaum imigran ini boleh kita HORMAT, tetapi PERCAYA, jangan sekali-kali. Kerana apabila kita sudah mula meletakkan kepercayaan terhadap mereka, bukan setakat tidak mahu bersyukur, malah jauh sekali untuk mengakui bahawa orang Melayu sememangnya TUAN bagi tanah ini sejak berkurun-kurun nan lalu.

Di sini saya ingin menyeru kepada seluruh Muslimin dan Muslimat terutama orang Melayu, jangan lagi PERCAYA kepada kaum imigran, hanya perlu HORMAT sahaja. Kalau anda berurusan di mana-mana premis imigran ini, hentikanlah. Sokonglah bangsa dan agama sendiri, walaupun anda bersengketa dengan saudara sendiri. Satu ringgit yang anda sumbangkan di premis bangsa sendiri akan mengukuhkan lagi ekonomi orang Islam dan seterusnya membantu umat Islam berjaya di masa hadapan. Sampaikanlah seruan saya kepada semua umat Islam terutama MELAYU.

Jangan Mudah Lupa!

24 November 2008

Solat atau Yoga?

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Bersolat ganti beryoga untuk jaga kesihatan

Dipetik daripada Utusan Malaysia Online

SAMA ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman berkenaan.

Kalau masih ada pihak yang mempertikaikan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa amalan senaman berkenaan haram, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa yang mempertikainya sedang terlena dalam kejahilan yang teramat sangat.

Cuba perhatikan kenapa alim ulama kebanyakannya lebih lanjut usianya. Jarang benar guru-guru sekolah pondok umpamanya mati pada usia masih muda gara-gara diserang sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Kebanyakan mereka mati kerana sakit tua.

Antara rahsianya adalah kerana mereka banyak sembahyang sunat selain daripada sembahyang wajib lima waktu sehari semalam. Alim ulama akan tidur selepas Isyak dan akan bangun selepas pukul 12.00 tengah malam melakukan sembahyang malam.

Mereka akan tidur sekejap sebelum masuk waktu Subuh. Sebaik-baik sahaja bangun dari tidur, mereka akan sembahyang sunat Fajar, sunat Subuh dan tidur sekejap untuk kemudiannya akan bangun dan menunaikan sembahyang sunat Dhuha.

Rukun sembahyang yang rata-rata melibatkan kegunaan anggota badan itu sendiri lebih bersifat kepada gerakan senaman sama ada rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, bersimpuh ketika membaca tahyat, malah ketika berpaling kanan kiri ketika memberi salam.

Semalas-malas umat Islam menunaikan sembahyang yakni dengan hanya menunaikan sembahyang fardu sahaja pun, mereka akan melakukan 17 rukuk, 17 iktidal, 68 kali sujud, 32 bersimpuh dan 10 paling muka ke kanan dan 10 paling muka ke kiri.

Kebanyakan alim ulama akan memastikan jumlah sembahyang yang dilakukan adalah 50 rakaat sehari semalam bila dicampur jumlah sembahyang sunat dan fardu. Lazimnya sembahyang sunat dilakukan sebanyak dua rakaat.

Maknanya setiap hari mereka melakukan 50 rukuk, 50 iktidal, 318 sujud 164 kali bersimpuh, 76 memalingkan muka ke kanan dan 76 lagi memalingkan muka ke kiri.

Dengan sebanyak itu pergerakan anggota badan dilakukan, maka ia sudah lebih daripada cukup bagi tujuan senaman untuk kesihatan badan.

Lagi pun dengan memperbanyakan sembahyang, bukan sahaja badan akan sihat tetapi akan mendapat pahala berganda di samping otak dan dada akan menjadi lapang.

Antara tujuan direnggangkan waktu-waktu sembahyang juga adalah untuk mengingatkan kita bahawa pemikiran dan badan perlukan rehat.

Kebanyakan alim ulama juga suka berkebun, memancing dan pelbagai aktiviti berbentuk riadah, seperti menunggang kuda, menembak dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sedemikian juga ada kaitan dengan penjagaan kesihatan, kerehatan mental dan fizikal serta kawalan perbelanjaan harian.

Kenapa kita mesti ikut tatacara untuk kesihatan badan yang bertentangan dengan Islam? Kenapa kita tidak 'fotostat' kehidupan alim ulama ke dalam kehidupan kita. Bukankah alim ulama juga mencontohi kehidupan Rasulullah SAW ke dalam kehidupan mereka. Memilih kehidupan yang bercanggah dengan sunnah bermakna kita memilih kecelakaan.

RAMLI ABDUL HALIM

Kota Bharu, Kelantan

p/s: Ada umat Islam yang ingin membantah fakta ini?


22 November 2008

Satukan sahaja PKR dan DAP

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.


Salam muhibbah.

Kita lihat sejak akhir-akhir ini, kerap kita mendengar isu-isu yang sedikit sebanyak 'menggegar' arena politik tanah air. Suhu panas politik tidak pula menunjukkan tanda-tanda menurun, malah semakin dipetik suis nya untuk menghangatkannya kembali.

Tidakkah anda hairan dengan sikap Pakatan Rakyat yang berjaya menguasai beberapa negeri, tetapi berlagak seperti pembangkang lagi? Kuasa sudah berada di tangan, gunakanlah sebaik mungkin, bukan dengan menyalahkan kerajaan terdahulu. Jika dulu tak boleh, bolehkan sekarang.

Jika kita amati dengan teliti, setiap isu yang dibangkitkan, tidak kira PKR atau DAP, adalah hampir menyerupai antara satu sama lain. Yang pasti, pokoknya adalah "Tiada Ketuanan Melayu" atau formula mudah:

(PKR+DAP)=PAP Singapura=Malaysian Malaysia=Malayan Union=[TIADA]Ketuanan Melayu

Justeru itu, adalah lebih baik kedua parti ini bergabung untuk sama-sama menyuarakan pendapat yang sama. Sama-samalah menuju "kesamarataan" yang kabur tanggapannya oleh mereka. Lebih-lebih lagi apabila bersuara di Parlimen, kelihatan sama sahaja keduanya. Hendak membezakannya pun membuat fikiran saya pening.

Ini yang perlu kita khuatirkan sekarang. Lebih-lebih lagi puak-puak PAS yang menyokong kedua parti ini. Tinggalkan sahaja Pakatan Temberang itu. Sudah terang, jelas lagi nyata, jika mereka menentang Ketuanan Melayu ini bermakna mereka menentang Ketuanan Islam. Sanggupkah kamu (PAS), melihat Islam dihina dan diperlekehkan?

Usah tertipu dan terpesona dengan segelintir pemimpin Cina yang melaungkan beberapa potong ayat Al-Quran atau menyebut "Amar Ma'aruf, Nahi Mungkar". Adakah mereka ikhlas mengeluarkan kenyataan itu atau sekadar ayat mengambil hati orang PAS? Adakah apabila mereka bersuara sebegitu, mereka lebih baik daripada orang Islam UMNO sendiri? Adakah mereka itu akan terbuka pintu hati untuk memeluk agama Islam?

Inilah realiti permainan orang bukan Islam untuk menjatuh dan memecah belah umat Islam sendiri. Jika kita lihat, banyak kajian yang dilakukan oleh sarjana Barat, mencari fakta, mencari tanda untuk membuatkan umat Islam semakin ragu dengan ajaran Islam hari demi hari. Hakikatnya yang bukan Islam seperti yang saya sebutkan tadi, wajiblah kita mengelaknya daripada berkawan dengan mereka. Kelak nanti memakan diri.

20 November 2008

Jangan Jadi Bangsa Bertolak Ansur

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Lihat sahaja keadaan masa kini, orang Melayu sudah mula diperlekeh, di hina, dipermainkan. Apa sahaja yang berkaitan dengan bumiputera, akan disentuh sedalam-dalamnya. Di mana silapnya? Pemimpin-pemimpin Melayu bukan sahaja mendiamkan diri, malah mengiyakan sahaja perilaku bangsa-bangsa pendatang ini.

Semakin hari kita semakin layu, ditundukkan oleh pemimpin Melayu kita sendiri. Kita mengimpikan sebuah KESATUAN umat seperti yang berjaya digerakkan oleh Almarhum Dato’ Onn Jaafar ketika menentang penubuhan Malayan Union, 1946. Di waktu itu, kita bertegas untuk menyelamatkan maruah bangsa kita. Ke mana hilangnya KETEGASAN itu?

Bangsa-bangsa pendatang ini perlu diberi pengetahuan mendalam mengenai hal keistimewaan peribumi Nusantara ini, bukannya nilai kesamarataan yang dilaung-laung oleh mereka. Tiada kesamarataan di negara ini. Orang Melayu tetap penghuni asal rantau ini dan bangsa yang bukan dalam rumpun Melayu tidak berhak mempersoal mengapa rumpun Melayu perlu mendapat keistimewaan.

Kita perlu TEGAS dalam hal ini, jangan jadi bangsa yang terlalu bertolak ansur seperti mana pemimpin terdahulu yang ‘terpaksa’ bersetuju denga syarat pra-kemerdekaan yang dikenakan oleh penjajah. Ketika itu kita terpaksa bertolak-ansur demi mendapat kemerdekaan. Sekarang apabila sudah merdeka melewati setengah abad, adakah kita perlukan sifat tolak ansur ini lagi? Sudah tentu tidak. Bangsa lain sudah mula ‘pijak kepala’ orang Melayu.

Di mana pahlawan-pahlawan Melayu sejati? Muncullah kamu, selamatkan maruah bangsa Melayu! Persetankan kritikan-kritikan yang melemahkan perjuangan kamu! Ini negara Melayu, wajib kita mempertahankannya daripada dikuasai orang lain. INGAT, terlepasnya kuasa politik kita di sini bermakna agama Islam terancam.

Mahukah kamu melihat agama suci kita ini musnah di bumi ini? Ini seruan JIHAD, bukan untuk berperang untuk berbunuh-bunuhan, bersengketa, bercakaran, tetapi JIHAD untuk menyedarkan orang Melayu supaya bersatu mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

13 November 2008

Bersediakah wahai bangsa Melayu?

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.



Kemenangan Barack Obama pada pilihan raya Presiden A.S. memberi impak besar khususnya negara yang berbilang kaum kerana mereka menganggap dalam demokrasi, sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin tertinggi (Perdana Menteri, Presiden). Begitu juga di Malaysia dan Singapura, seolah-olah membangkitkan semangat di kalangan kaum minoriti.

Di Singapura, PM Lee menegaskan negara itu belum bersedia untuk berPMkan kaum minoriti. Itu pun bergantung kepada populariti dan kelayakan calon itu di kemudian hari. Tidak mustahil Singapura akan ada PM Melayu atau India, tetapi itu hanya khayalan indah di siang hari. Hakikatnya situasi politik di negara itu, ditambah dengan komposisi kaum majoriti yang semakin bertambah akan menyukarkan kaum minoriti menjadi PM. (Singapura giat menambah kaum majoriti yang dibawa khas daripada Hong Kong, China dan Taiwan, supaya jawatan PM kekal kepada bangsa itu)

Di Malaysia pula, kedengaran suara-suara ahli Parlimen berkulit putih melaung-laungkan supaya Malaysia mengikut contoh ‘demokrasi’ A.S. yang membolehkan kaum minoriti menjadi Presiden. Amerika dengan Malaysia itu samakah?

Amerika merdeka daripada British sejak 200 tahun lebih, Malaysia pula baru sahaja 51 tahun merdeka daripada penjajah sama. Amerika sudah menerima kemasukan pendatang (kulit hitam, Latin, dll) sejak ia merdeka dan kebanyakan mereka sudah berasimilasi dengan budaya tempatan. Malaysia pula walaupun sudah didatangi kaum lain sejak tahun-tahun 1800, mereka tidak pernah berasimilasi dengan budaya Melayu. Masing-masing kekal dengan elemen ke’bangsa’an. Sedang Amerika pun menghadapi masalah pertelagahan kaum (mereka bijak menyembunyikannya), inikan pula Malaysia yang masih longgar perpaduan antara kaum. Dapatkah orang Melayu menerima orang Cina menjadi PM sebagaimana khuatirnya orang Cina Singapura terhadap orang Melayu Singapura untuk menjadi PM di sana?

Kaum minoriti harus menerima hakikat bahawa mereka sememangnya berpeluang menjadi PM tetapi itu pun jika perpaduan antara kaum terlalu erat, orang Melayu sudi berPMkan bukan Melayu dan bukan Melayu pula telah berasimilasi ke dalam kelompok Nusantara (sama dengan orang Melayu sehingga tidak nampak nilai bangsa asalnya).

Bersediakah wahai bangsa Melayu?

11 November 2008

Pelan peralihan perlu dikaji semula

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Pelan peralihan kuasa Wanita UMNO masih tetap dalam perancangan asal iaitu pada Jun 2009, seperti yang dimaklumkan oleh Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz. Sementara itu Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil masih mengharap pelan dapat diselaraskan dengan sayap induk UMNO yang lain. Pada pandangan peribadi saya, saya bersetuju dengan Shahrizat kerana agak kurang relevan untuk seorang Ketua memegang jawatan selama tiga bulan dan memangku untuk tiga tahun.

“Masih ada perjuangan belum selesai,” Kalau itu dijadikan alasan, Pak Lah atau Mahathir juga ada perjuangan yang belum selesai, tetapi apabila usia telah menjangkau ke peringkat ‘emas’, tidakkah ia lebih baik diwariskan kepada golongan muda. Tetapkanlah dan terangkanlah perjuangan yang belum selesai itu kepada pewaris dan sama-samalah bersetuju untuk meneruskan agenda itu. Bukan dengan alasan seperti itu yang menyebabkan kita ‘perlu’ atau ‘wajib’ memegang jawatan. Kasar bicara, “Peganglah kuasa sampai mati” tetapi itu bukanlah amalan masyarakat Melayu. Betulkan jika saya salah.

Justeru itu, Rafidah perlu melepaskan jawatan Ketua yang telah disandang sejak sekian lama, kerana saya pasti ada perjuangan yang telah berjaya dan masih banyak lagi yang belum mencapai kejayaannya. Shahrizat boleh dan mampu menyambung perjuangan itu. Tidak ada cacat celanya jika Rafidah lepaskan kuasa lebih awal secara terhormat ketika saat dikenang dengan jasa, daripada dijatuhkan dengan hina atau mungkin lebih teruk daripada itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.