PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

11 November 2008

Pelan peralihan perlu dikaji semula

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Pelan peralihan kuasa Wanita UMNO masih tetap dalam perancangan asal iaitu pada Jun 2009, seperti yang dimaklumkan oleh Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz. Sementara itu Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil masih mengharap pelan dapat diselaraskan dengan sayap induk UMNO yang lain. Pada pandangan peribadi saya, saya bersetuju dengan Shahrizat kerana agak kurang relevan untuk seorang Ketua memegang jawatan selama tiga bulan dan memangku untuk tiga tahun.

“Masih ada perjuangan belum selesai,” Kalau itu dijadikan alasan, Pak Lah atau Mahathir juga ada perjuangan yang belum selesai, tetapi apabila usia telah menjangkau ke peringkat ‘emas’, tidakkah ia lebih baik diwariskan kepada golongan muda. Tetapkanlah dan terangkanlah perjuangan yang belum selesai itu kepada pewaris dan sama-samalah bersetuju untuk meneruskan agenda itu. Bukan dengan alasan seperti itu yang menyebabkan kita ‘perlu’ atau ‘wajib’ memegang jawatan. Kasar bicara, “Peganglah kuasa sampai mati” tetapi itu bukanlah amalan masyarakat Melayu. Betulkan jika saya salah.

Justeru itu, Rafidah perlu melepaskan jawatan Ketua yang telah disandang sejak sekian lama, kerana saya pasti ada perjuangan yang telah berjaya dan masih banyak lagi yang belum mencapai kejayaannya. Shahrizat boleh dan mampu menyambung perjuangan itu. Tidak ada cacat celanya jika Rafidah lepaskan kuasa lebih awal secara terhormat ketika saat dikenang dengan jasa, daripada dijatuhkan dengan hina atau mungkin lebih teruk daripada itu.

2 comments:

sumandak bayu said...

Salam Bro....

Setiap pemimpin atas sebabnya kenapa dan mengapa merea tak nak berganjak begitu juga yang nak berganjak..... Dunia politik sukar untuk kita selami dan fahami... terlalu dalam ilmu yang perlu kita gunakan rasanya sedalam laut Cgina Selatan kot....

Tapi macam Tok Tiger (blog Dunia Tiger) kata kalo ada calon yang sesuai dapat tanding beliau ape salahnya... setiap pertandingan bukan membawa sebarang anasir yang negatif.........demi parti dan perjuangan parti...itu yang lebih utama.....

Pernah juga Sumandak melihat TS Rafidah dan Shahrizat memang jauh beza cara kepimpinan mereka... tapi kata tok guru Sumandak kita jangan sekali-kali membuat perbezaan ke atas corak kepimpinan sesorang kerana manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri..... KITA RENUNGI bersama Bro

Razif AR Al-Marbawi said...

betul apa yang sumandak katakan, dan ini cuma pandangan peribadi saya sahaja.

terpulang kepada kita untuk mentafsir tindakan yang mereka lakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.