PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

30 November 2010

Anwar: Anugerah, Ujian atau BALA?


Salam perpaduan.

1. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya, kerajaan prihatin BN akan memberi bantuan khas kewangan kali kedua untuk kakitangan kerajaan sebanyak RM500 pada 1 Disember ini.

2. Ingatlah, jadilah insan yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja rahmat yang dianugerahkan oleh-Nya. Jangan menjadi seperti 'Singa yang mengigit tuannya'.

3. Ini juga adalah satu anugerah Tuhan yang tidak terkira jika kita menjadi insan bersyukur. Rezeki yang walaupun 'ala kadar' tetapi akan menjadi lebih bermakna kerana ia akan diberkati oleh-Nya.

4. Bak kata Wan Azizah, Anwar adalah anugerah Tuhan. Oh, sungguh saya hairan. Adakah Tuhan menganugerahkan pemimpin yang rosak moralnya dan kotor pemikirannya, menjadi ikutan rakyat Malaysia? Itukah dikatakan anugerah Tuhan?

5. Jeliknya pengikut tegar PKR ini, akan sentiasa bersetuju secara membuta tuli hatta perkara seperti ini pun kanak-kanak juga boleh membezakan baik dan buruk.

6. Mungkin juga Tuhan 'menghantar' Anwar sebagai ujian kepada Wan Azizah khasnya dan rakyat Malaysia, amnya. Ujian sejauh mana Wan Azizah dapat menjalani kehidupan bersama Anwar dan juga ujian kepada rakyat, sejauh mana penerimaan terhadap Anwar.

7. Atau mungkin juga Anwar telah 'dikirim' oleh Tuhan sebagai BALA kepada Malaysia, khasnya kepada ISLAM kerana selama ini orang-orang Melayu/Islam telah berpecah-belah akibat fanatik kepada fahaman masing-masing. Inilah masa terbaik untuk umat Melayu/Islam bersatu dan berpadu menentang fahaman sesat yang melanda masyarakat.

8. Anugerah Tuhan yang sebenarnya kepada kemakmuran Malaysia ini ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad. Jika tidak kerana beliau, barangkali Malaysia masih ketinggalan jauh di belakang negara-negara yang lebih dahulu mencapai kemerdekaan.

9. Dan ini juga adalah Ujian besar buat DS Najib untuk memastikan Malaysia terus aman, harmoni dan damai serta perpaduan rakyat semakin erat tanpa digugat oleh Anwar Ibrahim.

22 November 2010

Konvensyen Barisan Nasional: Satu Era Baharu


Logo Barisan Nasional, kemungkinan akan diberi nafas baharu

Salam 1Malaysia,

1. Tahniah kepada pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang telah sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN tempoh hari. Kedengarannya, banyak perubahan yang akan dilakukan demi kelangsungan parti pemerintah.

2. Sehingga kini, tiada mana-mana parti yang menunjukkan kemampuan mentadbir urus negara dengan baik selain daripada Barisan Nasional. Jika ada yang mengatakan BN tidak pernah berbuat apa-apa untuk negara, saya rasakan adalah molek jika orang tersebut menikam lidahnya sendiri. Jelas dan terang nyata lagi bersuluh.

3. PAS yang diberi peluang oleh Allah SWT untuk memerintah Kelantan sejak 1990, sehingga kini tidak dapat menyelesaikan masalah airnya sendiri. Malang sekali apabila kerajaan Kelantan berjanji akan menyelesaikan masalah air pada 2027. Di mana letaknya logik untuk tempoh sepanjang itu untuk membekalkan air bersih ke Kelantan? Selama ini, rakyat Kelantan berwuduk menggunakan air yang tidak rawat dengan sempurna?

4. Terbukti bahawa BN adalah kerajaan terbaik yang pernah Allah SWT berikan rahmat-Nya, hingga rakyat hidup di bumi bertuah ini dengan aman dan sentosa.

5. Konvensyen BN yang dijadualkan pada 28hb November ini, amat ditunggu-tunggu. Tiba masanya kini, BN berubah ke satu tahap yang lebih relevan dan moden sesuai dengan masa yang sering berubah. Jikalau boleh, konvensyen seperti ini haruslah kerap diadakan, jika tidak, dalam masa 2 tahun sekali. Ibarat kita sering menziarahi keluarga, pertemuan yang kerap antara pemimpin BN akan dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama parti komponen.

6. Masih banyak perkara yang perlu dihalusi oleh DS Najib dan TS Muhyiddin dalam memacu BN ke arah lebih progresif, dinamik dan berkaliber. Dari isu sekecil-kecil hingga membawa kepada isu hasutan perkauman, inilah yang harus dititik beratkan oleh mereka. Hukuman kepada mereka yang benar-benar bersalah, wajarlah lebih tegas dan saksama.

17 November 2010

Salam Aidil Adha!


Selamat menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Adha yang mulia. Dengan ini saya menyeru kepada semua, agar sama-sama kita bermuhasabah diri dan memperbetulkan segala kesilapan yang telah kita lakukan selama ini. Moga dengan keberkatan Hari Raya ini, Allah SWT akan merahmati semua Muslimin dan Muslimat di seluruh tanah air.

Salam ikhlas,
Admin.

13 November 2010

Terima kasih Zaid Ibrahim!


Salam muhibbah.

1. Pertama sekali kita sebagai bangsa yang bersopan santun, hendaklah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Zaid Ibrahim.

2. Langkah beliau yang menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR telah berjaya membuka pekung di dada parti tersebut.

3. Secara tidak langsung, penafian yang dilakukan mereka untuk menutup kelemahan PKR telah dinafikan sendiri oleh perilaku Zaid Ibrahim.

4. Jika tidak kerana Zaid, sudah pasti rakyat percaya PKR adalah parti paling suci dan murni di Malaysia ini. Malah dikatakan parti paling 'demokratik'.

5. Percayalah, parti yang hanya bertunjangkan cita-cita untuk menaikkan individu untuk jawatan PM adalah sia-sia belaka kerana tidak melambangkan satu organisasi yang boleh rakyat harapkan untuk dinaungi.

6. Seperti kata Azmin tempoh hari yang menyatakan Tun Dr M sebagai pemimpin yang tersungkur, nah! Yang hampir tersungkur sekarang ialah Anwar dan kekasih gelapnya, Azmin.

7. PKR akan lebih cepat rebah daripada waktu yang dijangka akan rebah akibat ditumbangkan oleh ahli-ahlinya sendiri.

11 November 2010

Fahami maksud tersirat Perlembagaan

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KEBELAKANGAN ini pihak tertentu mempersoalkan apa yang ada dan tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut satu artikel dari sebuah akhbar bukan berbahasa Malaysia yang dipetik oleh Utusan Malaysia beberapa hari lalu, penulisnya menulis, “walaupun kuota 30 peratus bumiputera dapat dihapuskan melalui undang-undang yang jelas, bidang-bidang yang dikuasai oleh orang Melayu langsung tidak terjejas”.

Beliau pasti pencapaian orang Melayu sudah melebihi kuota 30 peratus. Pendapatnya jelas menganggap sistem kuota tidak ada kena-mengena dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Perlembagaan, tulis beliau, langsung tidak ada perkataan ‘kuota’ dalam fasal-fasal yang terkandung. Sistem ini dikatakan hanya dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dalam perancangan pembangunan ekonomi mereka. Sebab itu kata penulis tersebut, isu-isu mengenai kuota boleh dibincangkan di khalayak umum.

Sama ada sistem kuota mahu dihapuskan atau tidak, semua kuasa itu ada di tangan kerajaan. Lebih tepat boleh disebut bahawa kuasa itu terletak di tangan UMNO. Persoalan yang dibangkitkan oleh penulis tersebut amat jelas, jika ia bukan tersurat dalam kitab Perlembagaan maka dasar yang dilaksana oleh kerajaan tidak mempunyai merit untuk dipertimbangkan atau dilaksanakan.

Walaupun justifikasi kepada peruntukan kuota itu berdasarkan konsep affirmative action iaitu dasar digubal oleh pihak kerajaan adalah untuk membela orang Melayu agar menjadi golongan kelas menengah mahupun mewah setanding kaum lain pasca Dasar Ekonomi Baru.

Maka mengapa pihak yang mengkritik soal kuota 30 peratus memejam mata azab penghinaan akibat penjajahan barat, timur dan utara yang ditanggung selama 446 tahun akibat diskriminasi tersirat penjajah hingga meletakkan orang Melayu jauh ketinggalan berbanding bangsa lain yang pandai berniaga di bumi emas ini.

Perlembagaan yang disebut dan disentuh (terutama Artikel 153 hak istimewa orang Melayu) merupakan ibu segala undang-undang dan ia digarap demikian rupa sebagai sumber perundangan kepada undang-undang dalam bentuk akta yang diwartakan setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Kita jangan terlalu taksub dengan ayat-ayat yang digubah sebagai Perlembagaan dengan membacanya dengan mata kasar lalu melupakan maksud tersirat di sebalik hak asasi sebagai seorang rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia kita bebas mendapatkan ilmu dan maklumat, mengadakan persatuan, berhimpun secara aman dan banyak lagi namun harus diingat ia mempunyai batasan-batasan dalam undang-undang dalam bentuk Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi selain Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Walaupun kita berhak untuk berhimpun tetapi atas dasar memelihara keamanan dan keharmonian kita diwajibkan mendapat permit sebelum mengadakan perhimpunan daripada pihak Polis Diraja Malaysia. Syarat ini tidak pula wujud secara tersurat dalam Perlembagaan, yang ada hanya menyatakan hak asasi tetapi tidak pula digariskan pantang-larangnya secara tuntas.

Apa yang tersurat dalam Perlembagaan hanyalah semangatnya sahaja yang tersirat dan hanya dapat diterjemahkan oleh penggubal undang-undang di bawah konsep dan falsafah penafsiran perundangan tersendiri.

Sumber: Utusan Malaysia Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.