PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

11 November 2010

Fahami maksud tersirat Perlembagaan

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KEBELAKANGAN ini pihak tertentu mempersoalkan apa yang ada dan tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut satu artikel dari sebuah akhbar bukan berbahasa Malaysia yang dipetik oleh Utusan Malaysia beberapa hari lalu, penulisnya menulis, “walaupun kuota 30 peratus bumiputera dapat dihapuskan melalui undang-undang yang jelas, bidang-bidang yang dikuasai oleh orang Melayu langsung tidak terjejas”.

Beliau pasti pencapaian orang Melayu sudah melebihi kuota 30 peratus. Pendapatnya jelas menganggap sistem kuota tidak ada kena-mengena dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Perlembagaan, tulis beliau, langsung tidak ada perkataan ‘kuota’ dalam fasal-fasal yang terkandung. Sistem ini dikatakan hanya dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dalam perancangan pembangunan ekonomi mereka. Sebab itu kata penulis tersebut, isu-isu mengenai kuota boleh dibincangkan di khalayak umum.

Sama ada sistem kuota mahu dihapuskan atau tidak, semua kuasa itu ada di tangan kerajaan. Lebih tepat boleh disebut bahawa kuasa itu terletak di tangan UMNO. Persoalan yang dibangkitkan oleh penulis tersebut amat jelas, jika ia bukan tersurat dalam kitab Perlembagaan maka dasar yang dilaksana oleh kerajaan tidak mempunyai merit untuk dipertimbangkan atau dilaksanakan.

Walaupun justifikasi kepada peruntukan kuota itu berdasarkan konsep affirmative action iaitu dasar digubal oleh pihak kerajaan adalah untuk membela orang Melayu agar menjadi golongan kelas menengah mahupun mewah setanding kaum lain pasca Dasar Ekonomi Baru.

Maka mengapa pihak yang mengkritik soal kuota 30 peratus memejam mata azab penghinaan akibat penjajahan barat, timur dan utara yang ditanggung selama 446 tahun akibat diskriminasi tersirat penjajah hingga meletakkan orang Melayu jauh ketinggalan berbanding bangsa lain yang pandai berniaga di bumi emas ini.

Perlembagaan yang disebut dan disentuh (terutama Artikel 153 hak istimewa orang Melayu) merupakan ibu segala undang-undang dan ia digarap demikian rupa sebagai sumber perundangan kepada undang-undang dalam bentuk akta yang diwartakan setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Kita jangan terlalu taksub dengan ayat-ayat yang digubah sebagai Perlembagaan dengan membacanya dengan mata kasar lalu melupakan maksud tersirat di sebalik hak asasi sebagai seorang rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia kita bebas mendapatkan ilmu dan maklumat, mengadakan persatuan, berhimpun secara aman dan banyak lagi namun harus diingat ia mempunyai batasan-batasan dalam undang-undang dalam bentuk Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi selain Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Walaupun kita berhak untuk berhimpun tetapi atas dasar memelihara keamanan dan keharmonian kita diwajibkan mendapat permit sebelum mengadakan perhimpunan daripada pihak Polis Diraja Malaysia. Syarat ini tidak pula wujud secara tersurat dalam Perlembagaan, yang ada hanya menyatakan hak asasi tetapi tidak pula digariskan pantang-larangnya secara tuntas.

Apa yang tersurat dalam Perlembagaan hanyalah semangatnya sahaja yang tersirat dan hanya dapat diterjemahkan oleh penggubal undang-undang di bawah konsep dan falsafah penafsiran perundangan tersendiri.

Sumber: Utusan Malaysia Online

1 comment:

Mordecai Kucai said...

Kalau kita baca hak orang Melayu dalam perlembagaan ianya memaksudkan memberi bahagian dari perniagaan, pelajaran dan lain lain.

Memang perkataan kuota tiada. Lagi pun perkataan Melayu 'Kuota' tu pun belum lahir lagi pada 1957.

Kandungan perlembagaan mengenai Hak Melayu menyebut pembahagian itu. Cuma nya bagaimana ianya di kuatkuasakan terserah pada kerajaan.

Seperti juga kalau kita kaji Hak Melayu dalam perlembagaan Singapura ada tapi kerajaan dia buat dek jer. Tak laksanakan.

Tak tau lah mengapa tak da orang Melayu Singapura bangun saman kerajaan Singapura tu.

China ni dia bermimpi lagi konon China pandai Melayu bodoh.

Zaman dah berlalu. Tengok lah bagaimana otak Melayu Mahathir bedal otak China Sabah masa pilihanraya hari dulu dulu dimana parti Sabah itu belot di saat terakhir.

Tengok macam mana Mahathir kerjakan China tu. Sampai UMNO dan BN masuk Sabah.

Tolong sikit... jangan bermimpi wahai kaum China

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.