PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

There was an error in this gadget

27 August 2008

Terima Kasih Permatang Pauh!

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Jutaan TAHNIAH kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh kerana telah membenarkan konsep Malaysian Malaysia diaplikasi ke pemerintahan Persekutuan. Hanya selangkah sahaja sebelum ia dipraktikkan. Justeru itu, saya mengharapkan wahai orang-orang kampung sekalian, bersedia untuk dipinggirkan, mungkin buat selama-lamanya...

Kepada mereka yang masih lagi taksub kepada perjuangan PKR, saya hanya mampu berdoa agar pintu hati anda terbuka dan masih belum terlambat untuk kembali bersama. Ingatlah kata pepatah, "Marahkan nyamuk, kelambu dibakar". Jangan hanya perkara yang kecil yang tidak kita sukai kita mahu menukar pemerintah yang sedia ada. Sesungguhnya tanpa pertolongan kalian, tidak mungkin Yahudi di luar sana dapat menerobos ke Malaysia.

Dan jika kepada mereka yang mahukan pemerintahan bercorak Islam di Malaysia, lupakan sahajalah kerana ia tak mungkin akan berlaku. Mustahil. Tak percaya? Terpulang pada anda untuk menilainya. Saya di sini hanya menasihat. Jangan "Sudah Terhantuk Baru Terngadah".

Saya tidak sanggup lagi untuk melihat apa yang berlaku seterusnya, di masa-masa akan datang. Sesungguhnya saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Moga-moga ALLAH SWT akan melindungi kehidupan saya hingga akhir hayat.

24 August 2008

Akibat tak sahut sumpah

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.


Gambar Hiasan: petikan daripada blog Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, ADUN Kubu Gajah.

Oleh: PROF. MADYA DR. MOHD. RADZI OTHMAN, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam (USM).
Sumber: Utusan Malaysia Online

PERISTIWA mubahalah atau sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini adalah sesuatu yang baru kepada umat Islam di Malaysia. Menurut tokoh agama, Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi Othman, beliau tidak pernah mendengar sumpah laknat dilakukan di negara ini.

Dalam temu bual dengan wartawan ZULKEFLI HAMZAH, AZMAN ANUAR dan ROKIAH ABDULLAH di pejabatnya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang Jumaat lalu, Dr. Mohd. Radzi menghuraikan secara terperinci mengenai mubahalah.

Pensyarah Jabatan Pengajian Islam itu telah 23 tahun berkhidmat di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin.

Berusia 57 tahun, Dr. Mohd. Radzi pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang selama 11 tahun. Sejak 23 tahun lalu, beliau ialah ahli Majlis Fatwa Perlis selain menjadi penasihat syariah Bank Rakyat.

Beliau juga menulis buku dalam bahasa Arab mengenai sejarah sahabat Nabi dan gerakan pembaharuan dalam Islam.

Dalam temu bual selama lebih satu jam itu, Dr. Mohd. Radzi menyifatkan sumpah laknat sebagai perkara serius kerana ia melibatkan maruah seseorang penganut Islam dan ia boleh membawa kepada pelbagai reaksi daripada masyarakat yang pelbagai pengetahuan dan latar belakang.

Katanya: “Tanggapan yang diberi pula datang dalam pelbagai bentuk. Saya khuatir perkara ini boleh membawa kekeliruan, perpecahan dan kekecohan kepada umat Islam. Penyelesaian secara mubahalah sesuatu yang jarang berlaku. Ia satu sejarah pada umat Islam di Malaysia.”

21 August 2008

Gelak Tawa Riang...

Harapan Baru(a) untuk Malaysia

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Ya, sokonglah saya untuk jadi PM... Harapan Baru Untuk Malaysia... dari Permatang Pauh ke Putrajaya..

Ye, Anwar kami sokong anda.... woooooo!!!


Harapan Baru(a) Untuk Malaysia!!!! yearghh!!

Inikah yang anda mahu? Pilihan di tangan anda!

*gambar-gambar tersebut adalah terjamin hakciptanya. anda dilarang untuk menggunakannya sebagai bahan promosi kempen pilihanraya... terima kasih

18 August 2008

Anwar akui tidak mampu tanggung perbelanjaan penyokong

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai dana yang cukup bagi menaja makan dan minum para penyokongnya yang hadir pada setiap ceramahnya.

“Puluhan ribu yang datang tetapi air pun tak ada. Saya tak mampu...Saya juga tidak mempunyai saham atau tanah,” katanya kepada kira-kira 100 orang di ceramahnya di Kampung Belah Dua, di Permatang Pauh di sini malam tadi.

Pada setiap ceramahnya, petugas PKR akan melakukan pungutan wang bagi menampung keperluan berkempen pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 26 Ogos ini.

Anwar yang sentiasa dilihat menaiki kereta jenis Mercedes S320 berwarna perang di setiap ceramahnya juga menafikan kenderaan itu adalah miliknya.

“Kereta saya naik itu bukan saya punya. Tapi pak (bapa) saya punya. Saya ni tiada apa-apa pun. Kalau tak percaya boleh tanya Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail- Presiden PKR).

Sementara itu, dalam sesi ceramahnya di Bukit Jelutong di Permatang Pasir dekat sini, Anwar menasihati penyokongnya agar tidak bertindak di luar batasan dan sentiasa memberikan kerjasama kepada polis. — Sumber Bernama

FikiranKami: Ceh, banyak la dia punya tak ada duit. Dari mana dia dapat biaya untuk taja calon-calon PKR PRU-12 yang lalu? Yang bertanding pun bukannya jenis bisnesman atau orang kaya, bekas posmen pun ada jugak bertanding atas tiket PKR. Posmen gajinya sampai berbelas-belas ribu ke???


Menentang Anwar adalah Jihad Fisabilillah!

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Salam sejahtera.

'Haiwan' seperti Encik Anwar bin Ibrahim ini adalah wajib diperangi oleh muslimin dan muslimat. Jihad fisabilllah. Ini kerana Encik Anwar bin Ibrahim ini telah mempersendakan agama Islam dan memperlekehkan hukum agama. 'Haiwan' ini juga seharusnya ditendang keluar dari negara yang aman dan makmur seperti Malaysia ini. Siap sedialah Permatang Pauh!

ALLAHUAKBAR!

13 August 2008

Selamat Menjadi Warganegara Republik Rakyat Malaysia

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Nasihat Kami kepada pengundi Permatang Pauh:
Jika anda rasakan lebih sesuai bersama Pakatan Rakyat aka Penipu Rakyat, saya ucapkan selamat menjadi warganegara Republik Rakyat Malaysia mulai 16 September 2008. Sesungguhnya cita-cita dan impian Parti Komunis Malaya untuk menubuhkan republik di Malaysia akhirnya tercapai melalui DAP (Parti Komunis Malaysia Baharu), PKR (Parti Kelentong Rakyat) dan PAS (Parti Cakap Putar Belit).

Jentera Pentadbiran Republik Rakyat Malaysia (RRM):

Presiden: Anwar Ibrahim
PM: Lim Kit Siang
TPM: Karpal Singh

Sultan-sultan dan raja-raja Melayu? Hilang taraf, jadi rakyat biasa.

12 August 2008

UiTM benteng terakhir bijak pandai Melayu


Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Tulisan:

MOHAMAD SOFEE RAZAK

Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Sumber: Utusan Malaysia Online 12 Ogos 2008

CADANGAN agar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera dengan peruntukan tempat sehingga 10 peratus adalah langkah terkebelakang dan cubaan untuk mencabar satu lagi antara hak keistimewaan Melayu. Kontrak sosial yang telah sekian lama terbina dan dipersetujui sejak penubuhannya pada tahun 1956 perlu dihormati dan dipertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Dalam hal yang melibatkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputra lain, sebarang kompromi tidak diperlukan. Ini adalah kerana UiTM adalah benteng terakhir institusi bijak pandai Melayu di negara kita di mana sejak sekian lama telah melahirkan ribuan jurutera, peguam, arkitek, akauntan, pengamal media, ahli perniagaan dan lain-lain lagi. Ramai di kalangan menteri Kabinet yang ada sekarang adalah graduan dan anak didik institusi keramat umat Melayu ini.

Cadangan untuk membawa masuk bukan bumiputera ke UiTM sebenarnya bukanlah perkara baru bahkan usaha ke arah itu telah bermula sebelum ini lagi. Desakan agar UiTM membuka pintu kepada bukan bumiputera kini giat dilakukan oleh golongan bukan Melayu dan orang Melayu sendiri yang tidak sensitif terhadap masa hadapan serta nasib bangsanya.

Tindakan ini sangat menyedihkan di samping membelakangkan falsafah serta objektif awal penubuhan UiTM selama 52 tahun dahulu.

Cadangan tersebut bersandarkan alasan bahawa 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing akan dapat mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajarnya.

Ia juga dianggap sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan bumiputera yang lebih berdaya saing.

Hakikatnya kesemua alasan itu adalah tidak bertanggungjawab memandangkan UiTM bukanlah baru sepuluh atau dua puluh tahun ditubuhkan.

Sesungguhnya dalam persaingan yang semakin hebat dan sengit ini, umat Melayu memerlukan sebuah institusi khusus dan khas untuk menjana pemikiran serta pendidikan yang mana perlu diakui oleh semua kaum lain di negara ini tanpa sebarang rasa iri hati atau cemburu dengan sedikit keistimewaan yang masih ada ini.

Sekiranya dibenarkan UiTM dibuka kepada bukan Melayu dikhuatiri akan menyekat hak dan peluang orang Melayu dan bumiputra lain ke universiti kelak.

Tidak mustahil kaum lain juga akan memohon kuota yang lebih daripada 10 peratus pada masa hadapan.

Keadaan ini sangat membimbangkan setelah sekian banyak institusi Melayu runtuh dan 'diMalaysiakan' demi persefahaman kaum dan timbang rasa yang wujud sejak sekian lama. Oleh itu, adalah diharapkan agar hak dan keistimewaan eksklusif UiTM tidak diganggu gugat oleh sesiapa pun dan biarkanlah institusi ini bergerak seperti mana biasa agar usaha memperkasa umat Melayu dapat dilaksanakan dengan penuh amanah, sistematik dan diiktiraf semua pihak.

Sesiapa sahaja boleh memberi seribu alasan untuk membuka pintu UiTM kepada bukan Melayu, namun apa yang pasti ialah cadangan dan saranan berkenaan boleh disifatkan sebagai satu perangkap intelektual untuk menggadaikan keistimewaan yang telah diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera.

Ia juga jelas membuktikan wujudnya kelompok yang memandang rendah dan tidak lagi menghormati apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan jika perkara ini dituruti.


Nukilan pagi selasa

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-51. Tema kemerdekaan tahun ini adalah “Perpaduan Teras Kejayaan”. Menyentuh perihal tema kemerdekaan tahun ini, saya ingin mengajak pembaca merenung sejenak apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Kita dapat lihat ada beberapa pihak dengan sengaja mencetuskan kontrovesi melalui pelbagai cara, sama ada yang besar ataupun kecil. Soal perpaduan ini seolah dipandang sepi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Saya bukanlah seorang ultra-nasionalis, tetapi saya juga berpandangan bahawa perpaduan antara kaum di Malaysia seolah-olah menjadi bahan uji kaji pihak tertentu. Isu-isu yang sensitif telah dibincangkan secara terbuka, dan banyak perkara yang sudah dipersetujui semua kaum dibangkitkan semula, malah diminta untuk mengkaji semula perkara itu. Tidakkah ini dilihat sebagai cuba ‘menangguk di air yang keruh’. Dalam keadaan politik yang tidak stabil ketika ini, seharusnya masalah remeh-temeh ini tidak perlu diutarakan.

Dari soal forum anjuran Majlis Peguam, kuota 10% bukan bumiputera di UiTM, dan isu hak asasi kaum minoriti yang dibesar-besarkan, membentuk satu tanggapan negatif dunia luar terhadap Malaysia.

Seharusnya perpaduan diterapkan semasa di bangku sekolah dan cara terbaik untuk memupuk perpaduan ini adalah dengan mewujudkan satu jenis sekolah sahaja dan cadangan ini telah dilaksana suatu ketika dulu tetapi tidak mendapat sambutan di kalangan bukan bumiputera. Saya amat hairan dengan perkembangan ini. Bagai ada agenda tersembunyi dalam minda mereka. Konsep “Sekolah Wawasan” adalah cara terbaik untuk meningkatkan perpaduan antara kaum, tetapi ia di salah anggap pula untuk mengasimilasikan bangsa lain menjadi bangsa Melayu.

Inikah sikap pemimpin-pemimpin berkenaan? Bercakap soal perpaduan bergegar-gegar tetapi apabila pelaksanaan, kosong. Setelah rancangan ini berjaya, barulah konsep “satu institusi pendidikan untuk perpaduan” boleh dilaksanakan di peringkat lebih tinggi lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.