PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

There was an error in this gadget

18 August 2008

Anwar akui tidak mampu tanggung perbelanjaan penyokong

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai dana yang cukup bagi menaja makan dan minum para penyokongnya yang hadir pada setiap ceramahnya.

“Puluhan ribu yang datang tetapi air pun tak ada. Saya tak mampu...Saya juga tidak mempunyai saham atau tanah,” katanya kepada kira-kira 100 orang di ceramahnya di Kampung Belah Dua, di Permatang Pauh di sini malam tadi.

Pada setiap ceramahnya, petugas PKR akan melakukan pungutan wang bagi menampung keperluan berkempen pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 26 Ogos ini.

Anwar yang sentiasa dilihat menaiki kereta jenis Mercedes S320 berwarna perang di setiap ceramahnya juga menafikan kenderaan itu adalah miliknya.

“Kereta saya naik itu bukan saya punya. Tapi pak (bapa) saya punya. Saya ni tiada apa-apa pun. Kalau tak percaya boleh tanya Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail- Presiden PKR).

Sementara itu, dalam sesi ceramahnya di Bukit Jelutong di Permatang Pasir dekat sini, Anwar menasihati penyokongnya agar tidak bertindak di luar batasan dan sentiasa memberikan kerjasama kepada polis. — Sumber Bernama

FikiranKami: Ceh, banyak la dia punya tak ada duit. Dari mana dia dapat biaya untuk taja calon-calon PKR PRU-12 yang lalu? Yang bertanding pun bukannya jenis bisnesman atau orang kaya, bekas posmen pun ada jugak bertanding atas tiket PKR. Posmen gajinya sampai berbelas-belas ribu ke???


2 comments:

Dr.Siddiq Azani said...

saudara, saya menjemput saudara untuk menyertai chatroom kedai kopi yang terdapat di blog saya.

http://bicarapenulis.blogspot.com/

copy chatroom itu dan tampal di blog saudara, seterusnya mendaftar sebagai ahli di chatango.com. saudara boleh terus chat dari blog saudara kemudiannya.

aL-MaRBaWi said...

terima kasih dr siddiq... saya hargai jemputan saudara itu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.