PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

There was an error in this gadget

28 February 2009

Krisis Perak boleh selesai jika...

1. Bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin menerima hakikat bahawa ALLAH SWT yang memberi kuasa kepada beliau dan menarik balik kuasa daripada beliau.

2. Berhenti berpolemik dan mengelirukan rakyat oleh DAP (Parti Komunis Malaysia)

3. Menerima qada' dan qadar bahawa perlakuan Nizar Jamaluddin selama menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Malaysia ini tidak diredhai oleh ALLAH.

4. MB baru, Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak memahami perlembagaan dan undang-undang.

5. Sesetengah rakyat Perak (daripada pembangkang- sebut 'pembangang') yang berlagak seolah-olah lebih bijak daripada Sultan Perak sendiri yang kita maklum, seorang pengamal undang-undang.

6. Berhenti menyatakan "penderhakaan".

7. Anwar Ibrahim tidak campur tangan dalam urusan ini.

26 February 2009

Singh is KING... !!!!


SINGH IS KING... !!!

KING APA??

KING KONG!


KING KONG kepala hotak kau, orang tengah hafal dialog, dia buat bising...

(ish... ish... ish... sekali filem Seniman Bujang Lapok daa...)



ha.. ha.. ha.. ha... ha...


23 February 2009

Ulama' tidak boleh jadi ahli politik

Salam muhibbah.

Ulama' atau maknanya "orang yang berilmu" atau makna dalam konteks hari ini, "orang yang arif dalam ilmu agama" adalah satu golongan yang istimewa kerana mereka ini menjadi tempat rujukan setiap orang di dalam sesuatu masyarakat Islam.

Ulama' yang kita faham hari ini dirujukkan kepada mereka yang mendalami ilmu agama dan sebagai pakar rujuk ketidakfahaman sesuatu amalan dalam agama Islam. Setiap daripada kita akan bertanya kepada mereka tentang sesuatu permasalahan.

Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, golongan Ulama' di beri taraf kedudukan yang tinggi iaitu sebaris dengan golongan bangsawan yang memerintah Melaka ketika itu. Peranan Ulama' pada zaman itu adalah mengajar ilmu agama kepada rakyat, dan juga menasihati pemerintah supaya tidak melanggar larangan Allah SWT. Mereka tidak terlibat di dalam pembentukan struktur pemerintahan atau menjadi laba kepada ekonomi wilayah ketika itu.

Malangnya ketika menuju akhir zaman, golongan Ulama' ini sudah mula mencampuri urusan politik yang kita faham, banyak rintangan dan ujian daripada Allah SWT. Ulama' juga seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan dosa. Ujian Allah SWT kepada ahli politik adalah seperti harta, kuasa dan wanita. Jika golongan Ulama' ini menjadi ahli politik, maka dia juga tidak terlepas daripada ujian tersebut.

Jika Ulama' kalah kepada ujian tersebut, ia akan mencetuskan persepsi di kalangan masyarakat yang melihat Ulama' itu sebenarnya memperalatkan ilmu agamanya bagi mencapai hasratnya. Sama juga dengan apa yang berlaku sekarang, tak perlu saya jelaskan lagi. Anda semua boleh menilainya.

Sewajarnya Ulama' tidak perlu mencampuri urusan politik. Cukup sekadar menasihati pemimpin dan cuba mempengaruhi pemimpin agar mematuhi perintah Allah SWT. Barulah masyarakat dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa penyalahgunaan ilmu agama untuk mencapai hasrat politik sesuatu individu.

22 February 2009

Politik itu tidak kotor

Salam.

Sesetengah orang (golongan muda kebanyakkannya) melihat politik itu sesuatu yang kotor, jijik, tidak bermaruah, tiada integriti dan sebagainya. Oleh itu, seboleh-bolehnya mereka mengelakkan diri daripada terlibat di dalam hal ini, malah membicarakan hal ini juga seolah-olah suram, jika di bandingkan dengan berbicara hal artis, fesyen, otomobil dan apa sahaja yang kena dengan gaya hidup muda.

Apa yang menyebabkan politik itu kotor?

Ianya dicorakkan sendiri oleh ahli politik itu sendiri. Politik adalah penting di dalam sesebuah organisasi masyarakat. Setiap komuniti masyarakat perlu ada pemimpin dan undang-undang supaya komuniti itu hidup dengan tersusun dan berdisiplin. Bagaimana sebuah negara boleh didirikan tanpa ada politik?

Politik itu sebahagian daripada ketamadunan manusia. Politik yang membentuk perlembagaan dan undang-undang. Politik juga menentukan hala tuju sesebuah negara, dan membawa sumber ekonomi yang mantap kepada rakyatnya.

Namun, politik yang kita lihat hari ini telah dicemari dengan ahli-ahli "politik" yang sebenarnya bukan ahli politik sejati, yang mana kebanyakkannya terlibat secara tidak langsung apabila menang dalam PRU. Jika kita kaji setiap ahli Parlimen dan DUN seluruh negara, cuba lihat siapakah yang benar-benar layak di dalam bidang ini?

Politik juga menjadi kotor apabila sesetengah golongan yang tidak mahu berhenti berpolitik, tidak mahu membuat kerja atau tidak tahu membuat kerja yang sepatutnya. Ia menimbulkan huru-hara politik kerana mereka ini dengan sengaja mencari kesalahan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Saya juga menyeru kepada golongan muda, jangan jauhkan diri daripada bidang politik ini. Sebagai generasi muda, kita akan memimpin generasi akan datang. Jika kita tidak memperoleh ilmu di dalam bidang ini, adakah kita layak untuk memimpin generasi depan?

15 February 2009

Marilah bersatu wahai PAS!

Salam,

Ini adalah satu seruan kepada ahli-ahli PAS yang masih sayang dengan perjuangan mereka. Marilah kita bersatu di bawah naungan Barisan Nasional. Demi kesucian agama Islam yang kita sama-sama cintai, perjuangan anda di dalam Barisan Nasional lebih bermakna daripada anda bersama Pakatan Rakyat yang tiadalah kukuh dan gagah seperti BN.

Saya tahu, ramai ahli-ahli PAS sejati yang kecewa kerana segelintir pemimpinnya yang mengagungkan Anwar Ibrahim lebih daripada pemimpin PAS sendiri. Ahli-ahli PAS sejati ini tidak sanggup melihat parti semakin menjadi caca marba. Maka ini adalah peluang terbaik anda untuk sama-sama bersatu padu di dalam BN supaya Islam dan Melayu lebih terbela.

12 February 2009

Sebuah lirik lagu kepada Pakatan Rakyat

Salam,

Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat, ini ada satu lagu yang sesuai untuk anda semua nyanyikan tatkala sunyi sepi tanpa dikelilingi Camry dan Kediaman Rasmi MB Perak. Hayati lirik ini betul-betul ini ye... dan jangan lupa nyanyi kuat-kuat kasi satu Perak dengar! Ye..ha!

Bunkface - Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh...

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O

11 February 2009

Melayu merusuh, Cina gembira

Salam.

Sedih apabila melihat bangsa Melayu telah menentang rajanya sendiri. Di kala kita mahukan keadaan aman dan sejahtera, tiba-tiba wujud pula satu puak yang kononnya Islamik, tetapi tidak mahu menerima takdir ALLAH SWT yang kerajaan 'pujaan' mereka telah tumbang. Kita tahu perusuh-perusuh ini terdiri daripada orang-orang yang tidak bijak pun, malah boleh kita katakan blogger-blogger pro-PR ini juga sebenarnya tidak cerdik mana pun, kecuali di bidang internet sahaja.

Tidakkah anda tahu bahawa "taat kepada pemimpin" itu adalah sesuatu yang WAJIB selagi mana pemimpin tersebut tidak menyuruh ke arah kemaksiatan? Pemimpin dalam konteks di Perak adalah Sultan Perak sebagai individu tertinggi di dalam sesebuah negeri. Adakah keputusannya itu menggalakkan ke arah keburukan? Baginda sebagai mantan Ketua Hakim Negara mestilah sangat arif dengan undang-undang berbanding dengan pencacai-pencacai jalanan yang sanggup berdemonstrasi bagaikan mereka lebih arif undang-undang daripada baginda sendiri.

Baginda sendiri bila melantik Nizar, baginda juga menggunakan kuasanya, bukan rakyat yang menentukan siapa MB mereka. Jangan nak kelentonglah, wahai Nizar! Kau bukan Menteri Besar Rakyat. Dan sesiapa yang memanggilnya dengan gelaran itu, berhentilah! Anda hanya cuba menampakkan kebodohan anda sendiri. Jika diikut perlembagaan, "parti yang mendapat majoriti rakyat" adalah yang layak menjadi kerajaan. Soalnya siapakah parti majoriti di Perak? SPR sendiri tidak pernah mengishtiharkan parti mana yang menang majoriti, tetapi jika cara Matematiknya:


Barisan Nasional sebagai parti yang sah adalah yang layak memerintah jika ikut budi bicara Sultan. Pakatan Rakyat tidak pernah wujud sebagai satu parti yang sah, dan boleh dikatakan pertubuhan haram. Sultan membuat keputusan ketika itu setelah yakin bahawa ADUN-ADUN PAS, PKR dan DAP boleh membentuk satu keputusan majoriti di Dewan lalu memperkenan pembentukan kerajaan. Itu pun tak mahu berterima kasih! Malah sanggup menderhaka pula!

Tatkala Melayu pencacai ini merusuh, golongan Cina DAP ini tidak pula turut serta. Di mana mereka? Tidakkah mereka 'sedih' melihat kejatuhan kerajaan pro-Cina mereka? Mereka ini tidak seperti pencacai ini, mereka terima hakikat bahawa kerajaan mereka sudah tumbang. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia bahawa bangsa Melayu ini bangsa yang bodoh, suka demonstrasi jika tak berpuas hati. Akhirnya Melayu merana, Cina bersuka ria.

08 February 2009

Sultan dan Kerajaan Negeri

Salam.

TAJUK 1: Mengapa Sultan mesti wujud

1. Menjadi payung kepada agama Islam dan bangsa Melayu daripada dimusnahkan secara halus oleh bangsa bukan Melayu/bukan Bumiputera/bukan Islam.

2. Menjadi pembuat keputusan jika terdapat perbalahan di antara rakyat negeri.

3. Pemegang amanah daripada Allah SWT supaya mengetuai bumi sesebuah negeri dan menguruskan bumi ini berlandaskan syariat.

TAJUK 2: Mengapa sesuatu kerajaan negeri perlu disanggah

1. Jika setiap tindak-tanduk lebih memberi kepentingan bangsa minoriti sesebuah negeri daripada tanggungjawab kepada bangsa majoriti.

2. Jika mereka asyik hendak menyalahkan orang lain kerana kelemahan pentadbiran sendiri.

3. Jika mereka asyik menuduh pihak lawan yang selalu 'mengganggu' pentadbiran mereka.

07 February 2009

Siapa lebih zalim dan kejam? (+Derhaka)

Salam.

Situasi politik yang sepatutnya aman, sedikit bergolak. Sebenarnya puak PAS lah yang cuba mewujudkan ketidakstabilan negeri. Katanya Islamik, tetapi tidak mahu menerima qada' dan qadar Allah SWT yang PAS sebenarnya tidak layak dan tidak mampu mentadbir negeri Perak. Maka Allah SWT Yang Maha Berkuasa telah mencabut kuasa memerintah daripada tangan orang PAS.

Dan orang-orang PAS yang ikut berdemonstrasi pada siang selepas solat Jumaat (6hb Februari), sebenarnya terdiri daripada orang-orang luar dan kesemuanya ada otak tetapi tidak ada akal. Akal yang mereka ada sebenarnya sudah dilitupi dengan kebodohan mereka sendiri. Mereka menganggap diri mereka pandai tetapi sebenarnya benak. Mereka kata mereka lebih faham agama Islam tetapi sebenarnya lebih Islam Politik ala-PAS daripada syariat Islam sebenar.

Mereka katakan BN tidak mengikut undang-undang kerana menerima sokongan ADUN Bebas (Yang sebenarnya mereka tidak lompat parti, tetapi keluar parti dan juga tidak masuk BN pun), tetapi adakah mereka juga mengikut undang-undang? Nizar telah dititah untuk meletak jawatan, tetapi tidak dipatuhi. Tidak dipatuhi maknanya melanggar undang-undang. Siapa yang lebih derhaka sekarang, Nizar dan balaci-balacinya (demonstrator PAS) atau BN?

Mereka marahkan BN kerana 'beli' ADUN PR. Tetapi kalau PR 'beli' ADUN BN, itu tidak mengapa. Kalau kita tanyakan hal ini kepada budak kecil pun, sudah pasti ia mengatakan bahawa itu tidak adil. Kata memperjuangkan keadilan tetapi tindakan itu tidak menunjukkan keadilan pun.

05 February 2009

Kasut dan pemimpin


Gambar hiasan semata-semata

Sejak akhir-akhir ini, trend membaling kasut kepada pemimpin yang tidak disukai semakin bercambah. Dua peristiwa yang membawa kepada aliran ini ialah:

1. Peristiwa di Iraq
Pembaling: Muntadar Al-Zeidi (wartawan)
Mangsa: George W. Bush (Presiden AS ke-43)

2. Peristiwa di UK
Pembaling: Seorang rakyat China
Mangsa: Wen Jiabao (PM China)

Mungkin kerana terlalu beremosi lantas mencantas pemikiran waras seseorang itu untuk membaling kasut kepada pemimpin yang dibencinya. Sebenarnya kita tidak harus menyalahkan pembaling tersebut ataupun mangsa tersebut. Hakikatnya ini adalah satu manifestasi ketidakpuasan hati seseorang. Tetapi apa yang boleh kita lakukan supaya menerangkan perkara ini kepada generasi muda agar mencari saluran yang betul jika kita berpuas hati terhadap seseorang pemimpin.

Walaupun kita tahu, sesetengah pemimpin yang tidak akan menerima apa-apa cadangan atau pandangan, tidak seharusnya kita menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Strategi dan pelaksanaan secara halus itu adalah lebih memberi kesan yang besar sebagai melawan tindakan pemimpin yang tidak wajar.

Contoh peristiwa: Buy British Last. Ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir pada tahun-tahun 80-an, kerana keceluparan PM British ketika itu, Margaret Treacher, Tun M bertindak memperkenal kempen Buy British Last. Dan hasilnya mengakibatkan PM British itu terpaksa memohon maaf atas keceluparan dan kebongkakannya.

Umat Islam terutamanya perlu merangka strategi berkesan, bukan dengan jalan kekerasan seperti pengebom berani mati atau berperang dengan membuta tuli sahaja. Walaupun ia lambat, tetapi ingatlah, kesannya cukup besar dan boleh mengubah sosio-politik dunia.

p/s: Agak-agak kalau kita ramai-ramai baling kasut ke arah Anwar Ibrahim, wajarkah?

04 February 2009

PERAK mencapai KEMERDEKAAN




Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Pada tarikh keramat ini, 4 Februari 2009, adalah tarikh KEMERDEKAAN Negeri Perak Darul Ridzuan untuk alaf baru ini apabila Penjajah Pakatan "Kelentong" Rakyat tumbang setelah 4 orang ADUN, 3 mengishtiharkan diri sebagai Bebas dan 1 berpatah balik dan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional untuk menubuhkan kerajaan baru yang berdaulat dan merdeka!

Kini kelebihan kepada Barisan Nasional dengan 3 kerusi majoriti menjadikan ADUN BN+ADUN Bebas=31 kerusi dan Pakatan Rakyat=28 kerusi. Sama-samalah kita berdoa agar kemerdekaan Perak ini kekal selamanya.

Tidak lupa juga kepada Paduka Seri Sultan yang telah menyedari hasrat rakyat Perak yang benci akan kejelikan pemimpin penjajah tersebut. Patik menjunjung kasih kepada duli Tuanku kerana berjaya memerdekakan Perak daripada komunis-komunis tersebut.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Sama-sama kita merayakan kemerdekaan negeri Perak ini dengan penuh rasa bangga dan ingatlah bahawa ALLAH SWT juga yang memberi kuasa dan Dia juga yang merampas kembali kuasa.

p/s: Seronoknya EXCO BN selepas ini dapat merasa Camry baru... hehehe... terima kasih Pakatan Rakyat!

Mengapa gelabah?

Ketika ADUN Bota menyertai PKR, MB Perak terus memuji tindakan ADUN berkenaan kerana kononnya "sedar akan keburukan BN" dan tindakan melompat ke dalam PKR adalah satu tindakan mulia kerana akan memperkukuh kerajaan Pakatan Rakyat.

Tapi, apabila berita 'angin' mengatakan 2 Exco PKR hendak melompat ke BN, terus kelam kabut dan menuduh BN membayar kedua-kedua Exco tersebut. Aneh, aneh. Alasan MB, BN cuba untuk menjatuhkan 'pilihan' rakyat dan tindakan BN sungguh kejam. Walhal belum lagi Exco tersebut menyatakan pendiriannya, tetapi suasananya kecoh seperti sudah tiba masa kejatuhan Pakatan Rakyat.

Kalau tindakan BN kejam untuk menjatuhkan 'pilihan' rakyat, bagaimana pula dengan tindakan Anwar untuk menjatuhkan BN? Bukankah BN juga adalah pilihan rakyat? "Oh, BN menang sebab pengundi hantu!" Pengundi hantu? Kalau begitu, PAS menang di KT dan PKR di PP juga mestilah sebab pengundi hantu! "Eh, tidak. Itu sebab pengundi sudah sedar kezaliman BN"

Kenyataan apa kah ini? Tidakkah tuan-tuan sedar yang pembangkang ini adalah jenis "lidah bercabang"? Bukan sahaja lidah bercabang, tetapi juga 'pakar' penglipurlara. Semua jenis tuduhan tanpa bukti sudah berani digembar-gemburkan. Tuan-tuan fahamkan, jika tuduhan tanpa bukti itu apa maknanya? Itu FITNAH!

Dan tuan-tuan juga faham apa akibatnya jika menabur FITNAH, bukan? Lihatlah di negeri Perak, cerita FITNAH-memfitnah mula timbul satu persatu. Nah, itulah akibatnya jika nafsu untuk menukar kerajaan menjadi raja di hati. Rasakan sendiri!

03 February 2009

Menjunjung Kasih Tuanku sempena Jubli Perak pemerintahan

Sultan Azlan Shah
Dimulakan dengan Ummu Kitab, Al-Fatihah.

Patik sebagai rakyat Tuanku ingin menyembah ucapan Tahniah patik kepada Tuanku atas kegemilangan pemerintahan selama 25 tahun Tuanku ditabal menjadi Sultan, Yang Dipertuan Negeri dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan serta jajahan takluknya.

Selama Tuanku bersemayam di takhta sejak 3 Februari 1984, Tuanku telah berusaha untuk memajukan negeri yang makmur ini agar setanding dengan negeri-negeri lain di dalam Persekutuan ini. Segala perancangan yang Tuanku berikan telah sedikit sebanyak dilaksanakan sebaik mungkin oleh pemimpin-pemimpin negeri sebelum ini.

Patik yang lahir dan membesar di negeri Tuanku merasa bangga atas pencapaian yang dinikmati oleh negeri kesayangan patik ini. Semoga Allah SWT memberi usia yang panjang serta minda yang sihat buat Tuanku agar terus menjadi ketua negeri selama mana yang Tuhan telah janjikan kepada Tuanku. Dan tidak lupa agar Tuanku terus menjadi payung kepada bangsa Melayu dan agama Islam di negeri ini daripada dihujani oleh pelampau dan anasir yang ingin memecah belah perpaduan seluruh umat Melayu Perak.

Patik juga berjanji untuk terus mempertahankan kedaulatan Tuanku serta membantu umat Melayu Perak agar bersama-sama Tuanku sebagaimana di amanah oleh Allah SWT kepada bangsa Melayu untuk menjaga bumi berdaulat ini.

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.