PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

20 April 2009

Segera Pinda Akta Pilihanraya

Salam muhibbah.

Sejak akhir-akhir, sudah berlaku trend yang mana sikap sesetengah ahli politik pembangkang yang begitu mudah untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atas faktor peribadi. Murah sungguh nilai mereka ini semua. Jika tahu anda bukan seorang yang boleh bekerja sebagai ahli politik, untuk apa menyertai pilihan raya?

Semuanya hanya mengikut telunjuk Anwar Ibrahim. Disuruh bertanding, bertanding. Disuruh letak jawatan, letak jawatan. Ini hanya menunjukkan perlakuan ahli-ahli di rimba sahaja. Jika mereka ikhlas berkhidmat untuk rakyat, sudah tentu mereka tidak akan melepaskan jawatan sesuka hati.

Kasihan saya kepada penyokong pembangkang yang membuta tuli dan menutup pintu hati mereka daripada melihat kejelikan pemimpin mereka yang sebenarnya tidak layak langsung memimpin sama sekali!

Saya sarankan kepada kerajaan agar meminda semula akta Pilihan Raya yang menetapkan bahawa satu-satu pilihan raya hanya boleh diadakan jika berlaku kematian sahaja. Jika ada yang melepaskan jawatan, calon yang mendapat undi kedua tertinggi pada pilihan raya sebelumnya secara automatik akan menggantikan pemegang jawatan terdahulu. Tidakkah ini tindakan yang adil kepada pengundi-pengundi?

Setiap calon mendapat undi-undi mereka. Sewajarnya mereka diberi hak untuk memegang jawatan jika yang lama melepaskan jawatan. Ini juga untuk memudahkan proses demokrasi tanpa perlu berbelanja lebih. Pembangkang juga sudah pasti kecut perut jika peraturan ini dimasukkan ke dalam akta. Sudah pasti mereka tidak akan melulu melepaskan jawatan yang disandang semata-mata untuk menunjukkan kepopularitian mereka.

Harapnya sesiapa yang membaca dapat menyebar luaskan fikiran saya ini kepada pihak yang berkenaan!

09 April 2009

Najib, segerakan PAS menyertai BN!

Salam pertemuan.

Umat Melayu berpecah, dan terus berpecah, dan terus berpecah, dan terus berpecah.

Bilakah agaknya Melayu akan BERSATU?

Bersatu mempertahankan Islam dan bangsa. Tun Razak pernah melakukannya. Dan kini, Najib anakandanya, dengarlah rintihan seorang yang sayang akan bangsanya ini. Bertindaklah segera wahai Najib! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Kita ajarkan Cina dan India yang semakin berani menuntut kuasa politik berlebihan. Sudah diberi betis, paha, hendak dada pula. Sehingga satu waktu, kepala Melayu pula dipancung habis-habisan. Yang akhirnya tiada lagi nama umat Melayu di dunia ini.

Jika hayat Tun Razak panjang pada waktu itu, barangkali pernikahan PAS dengan BN akan melahirkan "anak-anak Islami" yang sayang akan agama dan bangsanya. Sayangnya pernikahan PAS ketika itu disulami rasa cemburu berlebihan oleh bangsa lain hingga mencucuk-cucuk jarum mereka ke punggung dan bercerailah PAS dengan BN. Dan Tun Razak tidak sempat melihat kelahiran anak-anak Islami ini.

Tidak mustahil untuk PAS merujuk kembali dengan BN. Satukan kuasa Melayu. Biar Cina dan India tahu Melayu tidak malu untuk bersatu. Ini Malaysia, Tanah Melayu, bukan Tanah Cina atau Tanah India. Ini bumi Islami, bukan bumi Kristen atau Buddha atau Hindu. Hanya ada Satu Malaysia! Dan Satu Malaysia itu adalah Satu Melayu!

08 April 2009

Analisis PRK

Salam muhibbah.

Pertama kali, rasanya belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ke-6, DS Najib Tun Razak. Sesungguhnya perjalanan politik yang panjang telah mematangkan gaya kerja DS. Adalah diharapkan DS Najib dapat mengemudi Malaysia menjadi lebih aman dan makmur.

Tahniah juga kepada mereka yang terpilih pada pemilihan UMNO beberapa minggu lalu, walaupun semacam ada yang "tak kena" pada pemilihan sayap Pemuda. Percayalah pada taqdir Allah SWT. Allah jua yang memberi kuasa dan menarik kembali kuasa.

7 April 2009, rakyat di tiga kawasan pilihan raya telah selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing, dan kita juga sudah tahu keputusannya. Walaupun kita gembira di 'sana', namun janganlah terlalu bersedih di 'sini'. Banyak perkara yang harus kita renungi dan ambil tindakan segera.

Saya ingin membuat kesimpulan secara keseluruhan PRK kali ini. Tentu anda semua ingat, ketika Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, hampir seluruh rakyat Malaysia marah tidak terhingga sampaikan sanggup menyebarkan simpati Anwar kepada kanak-kanak di sekolah ketika itu. Dan kanak-kanak ketika itu, sudah pula menjadi seorang pengundi yang sah kali ini.

Kita marahkan pengundi muda kerana tidak memihak kepada kerajaan. Ya, inilah hasil penerapan simpati kepada Anwar, 11 tahun lalu. Hampir keseluruhan pengundi muda berpihak kepada pembangkang, walaupun mereka menerima bantuan daripada kerajaan, hasil cukai yang dibayar rakyat yang dipulangkan kepada mereka. Apa yang mereka lihat, BN itu jahat dan pembangkang adalah suci mulia bak kain putih walaupun telah kita dedahkan segalanya, namun mereka masih lagi cetek pemikiran dan tiadalah cerdik langsung.

Di semenanjung, UMNO dan BN secara total telah ditolak oleh pengundi muda hasil penyebaran dakyah kepada mereka waktu kanak-kanak, 11 tahun nan silam. Dan mereka akan terus berfikiran begitu sehingga akan datang. Inilah masalah yang perlu dilihat oleh UMNO dan BN jika mahu terus menjadi kerajaan di masa akan datang.

Di Sabah dan Sarawak, pengaruh Anwar tidak kuat. Justeru itu, BN akan dijangka bertapak kukuh di kedua-dua negeri tersebut untuk tempoh masa 30-40 tahun akan datang jika Semenanjung tidak bertukar pengaruh.

Parti-parti bukan Melayu telah berjaya meracuni fikiran kaum bukan Melayu. Tidak kira parti dari pihak kerajaan atau pembangkang, mereka telah menanam sifat kebencian terhadap dominasi politik Melayu sejak merdeka. Mereka ingin menukar dominasi itu menjadi seperti di Singapura. Bukan kerana mereka merasa ditindas, walaupun tidak ada penindasan kaum pendatang di Malaysia, tetapi lebih kepada kebencian kepada Islam dan Melayu. Mereka tidak mahu Melayu itu menjadi Islam, tetapi mahu mengKristiankan umat Melayu keseluruhannya.

Umat Melayu! Terutama yang menyokong pembangkang, sedarlah bahawa anda telah dikuda, dan akan terus dikuda dan akhirnya dibenam ke dalam muka bumi sehingga hendak menyuarakan hak sendiri pun akan dikira racist nanti di masa akan datang.

Janganlah lupa, Malaysian Malaysia sedang dalam pembikinan....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.