PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

There was an error in this gadget

31 January 2011

Victory is ours!


Salam tahniah kepada parti Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan pertambahan majoriti. Sekalung tahniah kepada calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim kerana dipilih oleh penduduk Tenang sebagai wakil mereka. Berikut analisa ringkas PRK DUN Tenang:

N.05 Tenang
Peratusan Keluar Mengundi: 67%
Jumlah Keseluruhan Pengundi: 14,573
BN: 6,699
PAS: 2,992
Majoriti: 3,707
Undi Rosak: 142

29 January 2011

Selamat Mengundi untuk DUN Tenang


Salam 1Malaysia.

Pihak FikiranKami ingin mengucapkan selamat membuang undi kepada semua pengundi sah di dalam kawasan DUN Tenang. Pilihlah calon yang berkeyakinan, berkaliber, berkemampuan, menarik hati dan yang terbaik.

Usah gentar dan takut untuk keluar membuang undi. Negara kita punya undang-undang. Jika terdapat sesiapa yang berlaku kasar dan samseng, usah ragu, lapor sahaja kepada pihak berkuasa.


26 January 2011

Selangor Oh Selangor......Pindaan Gagal


Selangor Oh Selangor......Pindaan Gagal

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Muhibbah & Salam 1Malaysia.....

Tanggal 24 Jaunari 2011 satu sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor telah diadakan bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan semula kuasa perlantikkan 3 pegawai kanan kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri & Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan serta Menteri Besar...

Setelah draf Pindaan dibaca & dibentangkan, satu perbahasan telah diadakan dimana berlakunya pertikaman lidah antara pembangkang negeri serta kerajaan negeri....Pembangkang negeri yang diketuai oleh Datuk Mohamed Satim Diman (BN-Seri Serdang) telah mengetuai pembahas-pembahas bagi menolak pindaan tersebut...antara alasan penolakan draf pindaan tersebut ialah:

1-Pindaan ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
2-Pindaan ini bermotifkan politik

Pindaan ini dilakukan selepas pihak kerajaan negeri tidak bersetuju dengan perlantikkan Datuk Khusrin Munawir sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru berkuatkuasa 1 Januari yang lalu....

Namun, setelah dibahaskan dengan panjang lebar pindaan ini gagal kerana pihak kerajaan negeri gagal mendapatkan sokongan 2/3 ahli dewan.....dimana mengikut peraturan mesyuarat dewan..sesuatu pindaan perlembangan Tubuh Negeri haruslah mendapatkan 2/3 ahli dewan yang menyokong...

Persoalannya sekarang:

Mengapakah baru sekarang mahu membuat pindaan tersebut?

Apakah Kerajaan Negeri tidak tahu yang mereka tidak mempunyai majoriti 2/3 ahli dewan?

Mengapakah Barisan Nasioanal yang dituduh tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu?

Dimanakah silapnya perlantikkan Datuk Khusrin Munawir sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru?

sama-samalah kita berfikir....

22 January 2011

Sidang DUN Selangor: Raja akan dipaksa!


Salam muhibbah.

Sidang DUN Selangor yang akan diadakan pada Isnin ini bakal menjadi satu malapetaka jika bersidang kerana jika Kerajaan Selangor mendapat undi majoriti pindaan perlembagaan negeri, kuasa Sultan dalam menentukan SUK negeri akan dipindahkan kepada Menteri Besar. Dalam erti kata lain, MB akan ada kuasa penuh untuk mencadangkan SUK.

Teman bukanlah orang arif dalam undang-undang, tetapi jika ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah ke Blog YB Zulkifli Noordin sini.

Cita-cita DAP untuk menghapuskan kuasa Sultan semakin membara!

19 January 2011

Kronologi Hidup



1. Sewaktu lahir, di hospital kerajaan - dibina oleh BN

2. Sewaktu belajar, di sekolah kerajaan - dibina oleh BN

3. Sewaktu sambung pengajian, di universiti - dibina oleh BN

4. Sewaktu mula bekerja, kerja dengan kerajaan - kerajaan BN

5. Sewaktu pencen kerajaan, terima pencen - kerajaan BN

Soalan cepumas. Adakah terdapat sumbangan parti PAS/PKR/DAP dalam kelima-lima kenyataan di atas? Hadiahnya ialah seketul karipap sumbangan Pak Syeikh.

16 January 2011

Hak dan Azan


Salam sejahtera.

1. Semakin hari semakin banyak pencabulan hak terhadap umat Islam di negara kita ini. Bermula dengan isu kalimah ALLAH hingga aduan kepada laungan azan.

2. Jika alasan hak peribadi dijadikan perkara utama, jadi mengapa hak untuk melaungkan azan, memanggil umat Islam bersolat dinafikan? Jika berbicara soal "hak sama rata", maka hak azan juga perlu diberi keutamaan. Jangan berbicara soal hak jika tidak faham apa makna sebenar hak tersebut.

3. Lihatlah tatkala umat Islam berpecah belah, bukan Islam sewenang-wenangnya bertindak luar batasan apabila mengadu tentang lantangnya bunyi azan. Apakah wajar tindakan beliau mengadu hal perkara tersebut?

4. Saya tidak membicarakan dari konteks agama tetapi lebih kepada aspek undang-undang dan perlembagaan. Soal bicara agama Islam ini sudah termaktub di dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, menyatakan Islam sebagai agama rasmi. Maka sudah tentulah agama Islam mempunyai HAKnya untuk melebarkan syiar Islam di atas bumi Malaysia.

5. Malah agama lain juga turut mempunyai HAK yang sama tetapi telah dijelaskan bahawa agama lain TIDAK dibenarkan menyebarkan ajaran agama lain terhadap umat Islam. Sudah pasti cara menghidupkan amalan agama telah jelas dinyatakan.

6. Apakah perasaan penganut agama lain jika kita mempersoalkan tindakan kuil atau gereja yang menggunakan cara masing-masing untuk memanggil umatnya bersembahyang? Sudah tentu isu itu akan diperbesarkan walhal jika kita bertoleransi, sudah tentu tidak menjadi suatu perkara yang boleh diperdebatkan.

7. Apakah tindakan wajar yang boleh diambil oleh si pengadu? Adalah baik sekiranya beliau memahami dan berbincang dengan jawatankuasa masjid untuk mencari jalan penyelesaiannya. Bukan dengan sewenang 'memerintah'kan azan diperlahankan. Baik juga sekiranya jawatankuasa masjid menerangkan hal sebenar syariat azan tersebut.

8. Umat Islam yang lain jangan pula melatah.

11 January 2011

Alangkah bagusnya...


Salam muhibbah.

1. Lihat seketika gambar di atas. Perhatikan kemesraan antara Datuk Misbun Sidek dan Datuk Lee Chong Wei. Jika kita kerap menonton perlawanan badminton negara, pasti tidak akan terlepas kelihatan Chong Wei akan berterima kasih kepada Misbun setelah menjuarai sesuatu kejohanan.

2. Makna tersirat yang boleh kita dapati di sini ialah, walaupun kita berbeza bangsa, agama dan budaya, tidak pernah menjadi masalah besar apabila sesuatu kejayaan dikongsi bersama. Malah kita boleh saling bermesra dan bertegur sapa dengan aman dan tenteram di Malaysia.

3. Inilah sebenarnya yang kita perlukan, iaitu setiap bangsa di Malaysia saling memahami mengapa mereka hidup di bumi bertuah ini. Setiap tanah air ada pemimpinnya, dan pemimpinnya adalah bangsa Melayu. Tidak bermakna bangsa lain menjadi 'hamba'.

4. Bangsa Melayu adalah untuk memimpin negara, disamping dibantu oleh bangsa lain kerana kita memerlukan pemimpin bangsa lain untuk mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan bangsa mereka. Cukup-cukuplah dengan cubaan untuk menaikkan bangsa lain menjadi pemimpin utama negara kerana belum pasti kita akan harmoni dan aman seperti ketika ini.

5. Alangkah bagusnya jika gambar di atas adalah gambar pemimpin pembangkang dan kerajaan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.