PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

11 May 2011

Negara Islam: Janji palsu PAS

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

1. Kita tahu masih banyak pihak yang mahukan perpaduan umat Melayu/Islam, tidak kira daripada fahaman 'kiri' atau fahaman 'kanan'. Malangnya cahaya yang nampak belum dapat digapai lagi kerana laluan ke situ dipenuhi onar dan duri.

2. PAS, seperti yang kita ketahui, sangat tegar dalam perjuangan 'negara Islam' nya. Pengisian untuk negara Islam ala PAS adalah dengan melaksanakan hukum hudud, yang sehingga ke hari ini, masih belum wujud di negeri tadbiran PAS waima buku pelaksanaannya pun.

3. PAS yang dahulu kita kenali, sangat berani untuk menegakkan negara Islam mereka tanpa rasa ragu-ragu dan tanpa tekanan mana-mana pihak. Tika itu, ramai umat Melayu/Islam berasa yakin dengan apa yang diuar-uarkan oleh PAS.

4. Tika ini, PAS yang kita kenali dulu telah berubah hampir 100%, dengan perjuangan negara Islam semakin lenyap dibaham rakan sekutu, DAP dan PKR, hampir apa sahaja isu berkaitan dengan agama Islam langsung tidak diselesaikan dengan baik. Kini, canangan "Negara Islam" hanya sekadar kata-kata penyedap mulut, bukan lagi sebagai ideologi parti.

5. Janji palsu mahu menubuhkan negara Islam hanya sekadar janji. PAS hanya mahukan kuasa sahaja untuk memerintah negara kerana mereka tahu kerajaan persekutuan terdapat banyak kelebihan untuk mereka kaut, harta, wang, kuasa dan segala-galanya. PAS kini hanya dihantui dengan bisikan halus syaitan yang menghasut "ulama" PAS untuk mengecapi nikmat duniawi yang selama ini mereka ketepikan.

6. Mahu menubuhkan negara Islam bukan hanya sekadar sedap di mulut, tetapi tindakan yang betul dan proaktif adalah cara sebenar memartabat negara Islam. Jika hanya sekadar slogan atau dicetak pada pelekat kenderaan, adakah kesan-kesan roh "negara Islam" itu akan meresap ke dalam masyarakat Melayu/Islam?

09 May 2011

Umat Islam Malaysia suka berpecah belah?

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

1. Suara-suara menuntut ke arah perpaduan umat Melayu/Islam semakin lantang kedengaran. Banyak pihak yang secara sukarela ingin membantu ke arah penyatuan umat Melayu/Islam di Malaysia.

2. Malangnya tindakan itu dipandang enteng oleh beberapa pihak yang berkepentingan. Sedih apabila mengenangkan perkara seperti ini. Hanya kerana ingin mencapai kekuasaan, perpaduan sesama Melayu/Islam langsung diketepikan.

3. Tindakan mereka yang menolak secara menyeluruh, perpaduan Islam hanya kerana perbezaan yang kecil, yang diperbesarkan, sedang persamaan antara kedua pihak tidak pula dijadikan sandaran untuk bersatu.

4. Diriwayatkan daripada Anas r.a: Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:  Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.

5. Apakah mereka tidak mahu melihat saudara sesama Islam saling menyayangi? Mereka lebih suka berjauhan dengan saudara seagama, yang sama menghadap kiblat, yang sama bersolat menyebut Allah SWT, sedang mereka mahu serapat yang boleh dengan mereka yang menyekutukan Allah, yang sering berdusta, yang langsung tidak beriman kepada Al-Quran?

08 May 2011

Agenda Kristian dan anak muda

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

1. Kita digemparkan dengan isu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Ikrar yang dilakukan oleh beberapa paderi utama di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang menyatakan hasrat mereka untuk menyebarluaskan lagi agama Kristian di Malaysia sehingga ke tahap meletakkannya di tangga teratas Perlembagaan.

2. Persoalannya di sini, tindakan mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa secara senyap mereka telah berjaya meluaskan fahaman agama ini ke serata pelusuk negara dan mereka berani mengisytiharkan usaha mereka itu.

3. Maka kita perlu lihat dari sudut tindakan pihak berkuasa Islam sendiri, adakah tindakan kita memadai untuk mengekang penyebaran agama lain terhadap umat Melayu kita? Melayu kini diancam penyebaran Kristian terhadap bangsa itu dan mereka telah berusaha sejak dahulu lagi.

4. Mudahnya penyebaran agama Kristian di kalangan anak muda tika ini ialah dengan menyelitkan unsur-unsur hendonisme ke dalam jiwa anak muda. Anak muda yang dahagakan kebebasan dan hiburan dilanyak dengan unsur melalaikan dan menjauhkan mereka daripada agama Islam sendiri.

5. Adakah salah kerajaan yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Tidak lain tidak bukan ia datang daripada keluarga sendiri. Jika keluarga tidak ambil pusing dengan situasi ini, tidak mustahil nasi akan menjadi bubur. Anak muda ini akan jauh daripada keluarga dan tidak mustahil bertukar agama.

6. Tindakan paderi-paderi ini yang berani bertindak sebegitu adalah disebabkan budaya masyarakat kini yang berpaksikan kepada Barat, dengan mengamalkan corak kehidupan Barat, khususnya di kota-kota besar telah membawa kepada gejala ini. Tambahan pula kita dimomokkan dengan hiburan melampau artis-artis tanah air.

7. Maka apakah usaha kita untuk membendung agenda ini daripada terus membarah dalam masyarakat? Usah kita menyalahkan pihak ini dan pihak itu sekiranya situasi ini tidak terkawal, muhasabah diri dan bersatulah Melayu untuk menjana kekuatan agar ancaman ini tidak menembusi tembok iman umat Melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.