PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

There was an error in this gadget

22 February 2009

Politik itu tidak kotor

Salam.

Sesetengah orang (golongan muda kebanyakkannya) melihat politik itu sesuatu yang kotor, jijik, tidak bermaruah, tiada integriti dan sebagainya. Oleh itu, seboleh-bolehnya mereka mengelakkan diri daripada terlibat di dalam hal ini, malah membicarakan hal ini juga seolah-olah suram, jika di bandingkan dengan berbicara hal artis, fesyen, otomobil dan apa sahaja yang kena dengan gaya hidup muda.

Apa yang menyebabkan politik itu kotor?

Ianya dicorakkan sendiri oleh ahli politik itu sendiri. Politik adalah penting di dalam sesebuah organisasi masyarakat. Setiap komuniti masyarakat perlu ada pemimpin dan undang-undang supaya komuniti itu hidup dengan tersusun dan berdisiplin. Bagaimana sebuah negara boleh didirikan tanpa ada politik?

Politik itu sebahagian daripada ketamadunan manusia. Politik yang membentuk perlembagaan dan undang-undang. Politik juga menentukan hala tuju sesebuah negara, dan membawa sumber ekonomi yang mantap kepada rakyatnya.

Namun, politik yang kita lihat hari ini telah dicemari dengan ahli-ahli "politik" yang sebenarnya bukan ahli politik sejati, yang mana kebanyakkannya terlibat secara tidak langsung apabila menang dalam PRU. Jika kita kaji setiap ahli Parlimen dan DUN seluruh negara, cuba lihat siapakah yang benar-benar layak di dalam bidang ini?

Politik juga menjadi kotor apabila sesetengah golongan yang tidak mahu berhenti berpolitik, tidak mahu membuat kerja atau tidak tahu membuat kerja yang sepatutnya. Ia menimbulkan huru-hara politik kerana mereka ini dengan sengaja mencari kesalahan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Saya juga menyeru kepada golongan muda, jangan jauhkan diri daripada bidang politik ini. Sebagai generasi muda, kita akan memimpin generasi akan datang. Jika kita tidak memperoleh ilmu di dalam bidang ini, adakah kita layak untuk memimpin generasi depan?

4 comments:

AZEMI AB LATIF said...

Salam perjuangan...

Golongan muda lah eset penting negara. Mundurnya golongan ini bermakna Mundurlah Pemerintahan sesebuah negara itu.

Corak pendekatan yg lebih tersusun harus dibuat oleh kerajaan. Memberi kefahaman dgn tidak tertumpu kpd Badan2 Kerajaan sahaja. Apa perancangan dan hala tuju Negara patut diberi pendedahan sejelas2nya kpd golongan ini. Ia sebagai pelapis kpd pemimpin yg ada pada hari ini...
Asalamualaikum...Pakmie.blogspot.com

sumandak bayu said...

Salam bro,

Ramai golongan belia meluat dengan politik semasa di negara kita... mereka banyak menuding bahawa ikut je politik akan kena label 'HIPOKRIT'....

Tapi dorang tak pikir sebenarnya politik MEMANG TAK SALAH... yang salah adalah individu tertentu... mereka berpolitik untuk kepentingan diri... bukan untuk bela rakyat...

Diharap golongan belia ni jan la menjauhkan diri dari dunia politik sebab dengan bidang ni la kita akan tau hak kita dan dapat membela bangsa, agama dan negara kita...

Tapi perlu jga diingati sebelum menceburi bidang politik... perhatikan kiri dan kanan ANDA macam melintas JALAN RAYA.... nanti mati katak susah lagi heheheh

aL-MaRBaWi said...

sewajarnya pihak atasan UMNO dan BN melihat situasi ini dan kembali menjadi parti yang "mesra orang muda"

Panglima Perang Cyber said...

Saya ada salin artikel menarik tuan blog di blog saya.

Saya juga turut memasukkan blog saudara dalam list BPN.

Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.