PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

23 February 2009

Ulama' tidak boleh jadi ahli politik

Salam muhibbah.

Ulama' atau maknanya "orang yang berilmu" atau makna dalam konteks hari ini, "orang yang arif dalam ilmu agama" adalah satu golongan yang istimewa kerana mereka ini menjadi tempat rujukan setiap orang di dalam sesuatu masyarakat Islam.

Ulama' yang kita faham hari ini dirujukkan kepada mereka yang mendalami ilmu agama dan sebagai pakar rujuk ketidakfahaman sesuatu amalan dalam agama Islam. Setiap daripada kita akan bertanya kepada mereka tentang sesuatu permasalahan.

Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, golongan Ulama' di beri taraf kedudukan yang tinggi iaitu sebaris dengan golongan bangsawan yang memerintah Melaka ketika itu. Peranan Ulama' pada zaman itu adalah mengajar ilmu agama kepada rakyat, dan juga menasihati pemerintah supaya tidak melanggar larangan Allah SWT. Mereka tidak terlibat di dalam pembentukan struktur pemerintahan atau menjadi laba kepada ekonomi wilayah ketika itu.

Malangnya ketika menuju akhir zaman, golongan Ulama' ini sudah mula mencampuri urusan politik yang kita faham, banyak rintangan dan ujian daripada Allah SWT. Ulama' juga seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan dosa. Ujian Allah SWT kepada ahli politik adalah seperti harta, kuasa dan wanita. Jika golongan Ulama' ini menjadi ahli politik, maka dia juga tidak terlepas daripada ujian tersebut.

Jika Ulama' kalah kepada ujian tersebut, ia akan mencetuskan persepsi di kalangan masyarakat yang melihat Ulama' itu sebenarnya memperalatkan ilmu agamanya bagi mencapai hasratnya. Sama juga dengan apa yang berlaku sekarang, tak perlu saya jelaskan lagi. Anda semua boleh menilainya.

Sewajarnya Ulama' tidak perlu mencampuri urusan politik. Cukup sekadar menasihati pemimpin dan cuba mempengaruhi pemimpin agar mematuhi perintah Allah SWT. Barulah masyarakat dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa penyalahgunaan ilmu agama untuk mencapai hasrat politik sesuatu individu.

4 comments:

PaKMie said...

Asalamualaikum shabat...

Pas dia mencampor adukkan agama dgn politik. Pas suka mempergunakan agam dalam politiknya.

Umno meletakkan Agama Islam di atas sekali. Agama Islam tdk boleh dipertikaikan lagi oleh sesiapa, al quraan dan hadis menjadi pegangan umat islam.

Pas mencampur adukkan dgn politiklah byk menjuruskan perpecahan umat islam di Malaysia hari ini...

OK sahabat selamat berjuangan demi agama, bangsa dan negara...

Razif AR Al-Marbawi said...

terima kasih PakMie

singamaraja said...

Auuum!

Sepatutnya ulama lah yang sesuai jadi ahli politik

azlishukri said...

huraian yang tepat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.