Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.
Kemenangan Barack Obama pada pilihan raya Presiden A.S. memberi impak besar khususnya negara yang berbilang kaum kerana mereka menganggap dalam demokrasi, sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin tertinggi (Perdana Menteri, Presiden). Begitu juga di Malaysia dan Singapura, seolah-olah membangkitkan semangat di kalangan kaum minoriti.
Di Singapura, PM Lee menegaskan negara itu belum bersedia untuk berPMkan kaum minoriti. Itu pun bergantung kepada populariti dan kelayakan calon itu di kemudian hari. Tidak mustahil Singapura akan ada PM Melayu atau India, tetapi itu hanya khayalan indah di siang hari. Hakikatnya situasi politik di negara itu, ditambah dengan komposisi kaum majoriti yang semakin bertambah akan menyukarkan kaum minoriti menjadi PM. (Singapura giat menambah kaum majoriti yang dibawa khas daripada Hong Kong, China dan Taiwan, supaya jawatan PM kekal kepada bangsa itu)
Di Malaysia pula, kedengaran suara-suara ahli Parlimen berkulit putih melaung-laungkan supaya Malaysia mengikut contoh ‘demokrasi’ A.S. yang membolehkan kaum minoriti menjadi Presiden. Amerika dengan Malaysia itu samakah?
Amerika merdeka daripada British sejak 200 tahun lebih, Malaysia pula baru sahaja 51 tahun merdeka daripada penjajah sama. Amerika sudah menerima kemasukan pendatang (kulit hitam, Latin, dll) sejak ia merdeka dan kebanyakan mereka sudah berasimilasi dengan budaya tempatan. Malaysia pula walaupun sudah didatangi kaum lain sejak tahun-tahun 1800, mereka tidak pernah berasimilasi dengan budaya Melayu. Masing-masing kekal dengan elemen ke’bangsa’an. Sedang Amerika pun menghadapi masalah pertelagahan kaum (mereka bijak menyembunyikannya), inikan pula Malaysia yang masih longgar perpaduan antara kaum. Dapatkah orang Melayu menerima orang Cina menjadi PM sebagaimana khuatirnya orang Cina Singapura terhadap orang Melayu Singapura untuk menjadi PM di sana?
Kaum minoriti harus menerima hakikat bahawa mereka sememangnya berpeluang menjadi PM tetapi itu pun jika perpaduan antara kaum terlalu erat, orang Melayu sudi berPMkan bukan Melayu dan bukan Melayu pula telah berasimilasi ke dalam kelompok Nusantara (sama dengan orang Melayu sehingga tidak nampak nilai bangsa asalnya).
Bersediakah wahai bangsa Melayu?

1 comment:
Sayang hari ini Melayu dah lupa tempat mereka. Kita macam kena minta keistimewaan padahal negara ni Tanah Melayu tanah kita.
Masa PR13 hari tu ramai kawan2 saya kata nak undi PR tak kira DAP ke apa ke, Saya kata kalau Byk Kafir dalam parlimen kepentingan Islam dan Melayu akan terabai dia orang kata peduli nak denda UMNO.
Hari ni kwn2 tu dah menyesal. Walaupun begitu pemimpin UMNO harus ambil iktibar tentang kekalahan lalu. Kita harus buat perubahan tetapi segala yang diperjuangkan harus diteruskan. Dasar DEB kenapa nak hapus, sebab hari ni semua kata DEB tak baik. Kita pemimpin UMNO harus tentukan kejayaan nya. Bira orang Melayu pula yang kaya 60%, Hari ni orang terkaya China dan India.
Saya syorkan PR14 nanti kita undi Melayu, pilihan pertama Umno, kedua PAS. Lain tak boleh pakai.
Wassalam.
Post a Comment