PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

There was an error in this gadget

09 October 2008

Harapan Malaysia kini beralih kepada Najib Razak!

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.


Salam pertemuan.

Sebelum itu kita wajib berterima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan sesuatu yang berharga kepada kita. Oleh itu ucapkanlah kepada Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita kerana berani dan jujur untuk tidak lagi memegang jawatan itu selepas Mac 2009 nanti. Walaupun tempohnya singkat, tetapi ia tetap akan dicatat dalam sejarah Malaysia. Tak perlu risau.

Kita bukan anti Pak Lah tetapi kita mahukan sebuah pemerintahan yang tegas dan memastikan perlembagaan negara dijunjung setiap masa. Ini telah pun ditunjukkan oleh Yang Maha Esa pada PRU-12 lalu. Ia bagaikan satu 'signal' kepada kepimpinan sedia ada untuk berani berubah dan kembali kepada landasan perjuangan asal, memastikan hak bumiputera terpelihara dan juga kuasa politik tetap berada di tangan bumiputera.

Kita harus akur dengan takdir yang telah dikurniakan oleh Maha Esa. Jika tuhan masih mahu mengekalkan pemimpin tersebut, maka pemimpin tersebut akan tetap berada diposisinya sehingga sampai waktunya. Begitu juga dengan apa yang berlaku kini. Terimalah hakikatnya, bahawa Pak Lah telah diberi 'alamat' oleh Allah untuk segera berundur daripada posisinya. Jika Pak Lah rasakan beliau masih boleh terus memimpin, tak perlulah beliau membuat pengumuman kelmarin. Tak perlu salahkan mereka yang mendesak atau yang berusaha untuk menjatuhkan beliau.

Kini harapan kita kepada Dato' Najib Razak. Kita doakan supaya beliau dapat memacu negara ini untuk lebih mara ke hadapan di samping tidak meninggalkan nilai-nilai tradisi ketimuran. Marikah kita bersatu untuk memastikan Dato' Najib dapat memimpin negara ini dengan aman dan tenang seperti apa yang berlaku ketika pemerintahan Tun Razak (1970-1976).

Harapan KAMI supaya Dato' Najib dapat menjadi seorang pemimpin yang lembut budi bicara tetapi tegas dalam tindakannya supaya keselamatan negara tidak tergugat oleh pihak-pihak yang cemburu dengan keamanan negara ini.

KAMI SOKONG DATO' SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK HUSSIEN!



p/s: Jangan lupa nyanyikan lagu Sudirman - Warisan

2 comments:

sumandak bayu said...

Sokongan yang tak berbelah bagi perlu jika nak pastikan pemimpin kita berada diposisi yang sepatutnya....

GAP KEMBALI said...

salam fikirankami
harap boleh menulis emal kepada gap..ada pelawaan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.