PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

16 October 2009

PAS wajar disenarai kumpulan pengganas

Salam 1Malaysia.

Maaf kerana jarang berblog. Sibuk dengan urusan pelajaran dan praktikal. Kali ini saya ingin mengupas ringkas sahaja mengenai parti PAS ini.

Kita telah lihat beberapa pilihan raya kecil yang berlaku sebelum ini, terutama yang ditandingi oleh parti PAS, jelas menampakkan sifat dan akhlak ahli-ahli dan penyokong PAS yang sebenar. Mereka cuma berselindung di sebalik perkataan "Islam" pada nama parti tersebut. Menariknya pula, sesetengah orang menyokong parti ini kerana jelas tertulis "Islam" pada parti itu. Menulis nama "Islam" tidak menggambarkan bahawa mereka benar-benar memperjuangkan Islam.

Saya ingin bertanya kepada penyokong-penyokong PAS, apakah sumbangan dan jasa mereka kepada Islam di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka? Jika saya ingin senaraikan kesalahan dan ketidakcekapan PAS memerintah, memang agak panjang senarainya. Pembaca boleh ke blog Panglima Perang Cyber, dan lihat kepada rakan-rakan beliau yang lain yang telah membongkar rahsia PAS.

Saya juga ingin menyeru kepada kerajaan agar menyenaraikan parti PAS sebagai kumpulan pengganas, kerana jelas dan terang lagi bersuluh perbuatan mereka yang ganas. Lihat sahaja di mana-mana PRK sebelum ini. Tidak pernah seorang Islam melancarkan jihad kepada saudara Islam yang lain melainkan puak Syiah dan mereka yang mengasingkan diri daripada kelompok ahli Sunnah Wal Jamaah. PAS juga jelas membawa fahaman Syiah atas tindakan 'jihad' mereka itu.

Berhati-hati lah apabila berjumpa dengan ahli atau penyokong PAS kerana jika anda jelas seorang ahli UMNO, tidak mustahil anda akan diserang atau dicederakan atas nama 'jihad Isle PAS'.

p/s: Pagi ini saya akan ke PWTC untuk mendengar persidangan UMNO. Saya juga akan berada di Majlis Makan Tengah Hari UMNO Bahagian Padang Rengas pada tengah hari ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.