PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

11 May 2011

Negara Islam: Janji palsu PAS

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

1. Kita tahu masih banyak pihak yang mahukan perpaduan umat Melayu/Islam, tidak kira daripada fahaman 'kiri' atau fahaman 'kanan'. Malangnya cahaya yang nampak belum dapat digapai lagi kerana laluan ke situ dipenuhi onar dan duri.

2. PAS, seperti yang kita ketahui, sangat tegar dalam perjuangan 'negara Islam' nya. Pengisian untuk negara Islam ala PAS adalah dengan melaksanakan hukum hudud, yang sehingga ke hari ini, masih belum wujud di negeri tadbiran PAS waima buku pelaksanaannya pun.

3. PAS yang dahulu kita kenali, sangat berani untuk menegakkan negara Islam mereka tanpa rasa ragu-ragu dan tanpa tekanan mana-mana pihak. Tika itu, ramai umat Melayu/Islam berasa yakin dengan apa yang diuar-uarkan oleh PAS.

4. Tika ini, PAS yang kita kenali dulu telah berubah hampir 100%, dengan perjuangan negara Islam semakin lenyap dibaham rakan sekutu, DAP dan PKR, hampir apa sahaja isu berkaitan dengan agama Islam langsung tidak diselesaikan dengan baik. Kini, canangan "Negara Islam" hanya sekadar kata-kata penyedap mulut, bukan lagi sebagai ideologi parti.

5. Janji palsu mahu menubuhkan negara Islam hanya sekadar janji. PAS hanya mahukan kuasa sahaja untuk memerintah negara kerana mereka tahu kerajaan persekutuan terdapat banyak kelebihan untuk mereka kaut, harta, wang, kuasa dan segala-galanya. PAS kini hanya dihantui dengan bisikan halus syaitan yang menghasut "ulama" PAS untuk mengecapi nikmat duniawi yang selama ini mereka ketepikan.

6. Mahu menubuhkan negara Islam bukan hanya sekadar sedap di mulut, tetapi tindakan yang betul dan proaktif adalah cara sebenar memartabat negara Islam. Jika hanya sekadar slogan atau dicetak pada pelekat kenderaan, adakah kesan-kesan roh "negara Islam" itu akan meresap ke dalam masyarakat Melayu/Islam?

2 comments:

Razif AR Al-Marbawi said...

wa'alaikumsalam.

terima kasih atas keprihatinan anda.
marilah sama-sama kita berjuang menegakkan kebenaran!

-Admin-

nonbal said...

Memang benar, isu negara islam dan hukum hudud hanyalah merupakan senjata pas untuk memancing undi semata-mata, mereka telah menang 2 negeri, namun bayang hudud pun belum menjelma. mereka akan terima balasan di akhirat jika mereka hanya mempolitikan janji tersebut. ingatlah, Allah tidak akan lupa kepada janji mereka kepada rakyat. mereka sebenarnya tiada kemampuan dari segi ilmu, mental dan iman untuk melaksanakannya, tapi dari cakapan yang berapi-rapi sahaja nampak macam real. jauhilah pembohong-pembohong ini demi islam yang syumul.
UMNO perlu juga berazam melaksanakan hudud jika masyarakat telah ditarbiahkan dengan amalan islam yang sepenuhnya dengan bantuan ulamak yang benar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.