PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

06 April 2008

PAS perlu sertai BN

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Bendera PAS ketika di dalam BN


Salam pertemuan.

Tajuk pos kali ini mungkin mendatangkan seribu persoalan. Atau setidak-tidaknya ada juga persoalan yang akan timbul. Apa perlunya PAS sertai BN?

Sejarah telah tertulis, ketika Barisan Nasional mula ditubuhkan pada awal 70-an, parti PAS adalah salah satu pengasasnya. Kepentingan perpaduan rakyat khususnya orang Melayu dilihat sebagai agenda utama ketika itu. Atas dasar itu, PAS bersedia bersama-sama dengan lain-lain komponen BN untuk menjadi kerajaan. Tempoh ini dianggap sebagai "penyatuan orang Melayu" walaupun masing-masing mengikut ideologi parti masing-masing tetapi ia masih di anggap satu parti iaitu BN.

Setelah tidak berapa lama di dalam parti, dan mungkin disebabkan oleh perginya Tun Abdul Razak mengadap Ilahi, PAS keluar dari BN pada tahun 1978. Tun Abdul Razak yang bertanggungjawab menubuhkan BN ini dan tindakan beraninya mengajak parti pembangkang pada 1969 menyertai BN telah menyelamatkan politik Malaysia. Dan jika Tun Abdul Razak tidak pergi dahulu ke Rahmatullah, besar kemungkinan PAS masih lagi di dalam BN hingga kini.

PAS pada awal 80-an iaitu setelah keluar dari BN dipengaruhi oleh Revolusi Iran yang menyebakan kejatuhan kerajaan beraja Iran yang sekular dan digantikan oleh Republik Islam Iran diketuai seorang pemimpin tertinggi (seperti Mursyidul Am PAS ketika ini). Dan kebanyakan ahli-ahli PAS terpengaruh dengan gerakan Revolusi ini dan mereka menolak kebanyakan pemimpin tertinggi PAS seperti Datuk Mohd. Asri Muda.

Apa yang dikesalkan di sini ialah, golongan yang mengaku sebagai ulama' di dalam PAS ini sebenarnya tidak ubah seperti golongan Syiah yang menentang saudara seagama sendiri kerana disebabkan hal-hal yang kecil. Mereka memisahkan diri dengan Ahli Sunnah wal Jamaah kerana pendirian mereka yang tidak sama dalam beberapa hal.

Jika dikaitkan denga persekitaran sekarang, PAS rela bekerjasama dengan DAP yang terang lagi bersuluh menjunjung amalan sekular dibandingkan dengan ideologi negara Islam PAS. Mengapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan BN/UMNO? Apakah UMNO sudah kafir? Siapa PAS untuk menentukan kekafiran seseorang? Adakah orang-orang UMNO yang masih mengaku ALLAH adalah tuhan yang wajib disembah dan Nabi Muhammad sebagai rasul Allah, dicap sebagai kafir? Adakah "kafirnya" UMNO ini lebih hina daripada kafir golongan bukan Islam DAP itu?

Saya percaya golongan profesional yang menyertai PAS adalah berfikiran terbuka dan tidak terikat pada pandangan golongan ulama' di dalam PAS itu sendiri dan saya yakin mereka sedia bekerjasama dengan BN/UMNO jika diberikan ruang dan tidak mustahil mereka akan menyertai BN demi menyelamatkan maruah dan kekuasaan politik orang-orang Melayu Islam.

Dan saya juga ingin menyeru kepada ahli-ahli PAS akar umbi supaya berfikir mengenai pentingnya ketuanan politik orang Melayu. Adalah lebih sukar untuk melihat Islam itu berkembang di bawah pemerintahan orang bukan Melayu/Islam berbanding dengan pemerintahan orang Melayu/Islam.

Jadi perlunya kerjasama PAS-UMNO di dalam BN supaya undi orang Melayu tidak berpecah. Sekaligus akan meningkatkan kerjasama orang-orang Melayu Islam sendiri dan secara tak langsung mengukuhkan perpaduan Islam sendiri.

p/s: Kita selalu mendoakan keselamatan orang-orang Palestin tetapi mereka sendiri tidak bersatu walaupun majoritinya beragama Islam. Fatah dan Hamas sendiri asyik berbalah. Jika direnung kata-kata Hj. Hadi, "kita hanya akan berunding jika mengenai perpaduan Islam, bukan perpaduan Melayu". Mengapa di Palestin tidak berlakunya perpaduan sesama Islam?


1 comment:

Anonymous said...

salam saudara...slmt menjadi beruk n monyet...he2 apa yg saudara merepek ni...maaf klu terkasar...sy rasa xder owg komen ag blog ni...bagus usaha yg baik...seperti yg kita ketahui dlm dunia beruk n monyet ni (sprti kata zam n nazri aziz) tiada sekatan utk bersuara...saudara menulis mmg senang tp nak laksanakan bukan nya senang...saudara ingat senang ker owg pas nak menerima umno...klu betul pas nak masuk umno...saudara tahu x apa yg perlu umno buat iaitu bersihkan semula umno...sebab apa umno kalah??? sebab owg dlm umno ader yg kotor...sebab tu rakyat x bley terima mereka....jgn ingat rakyat ni bodoh...klah saudara....saudara ckp x menyebelahi mana2 pihak tp tulisan saudara sprti menyokong sblh pihak...isu yg saudara tulis x bernas lgsg...tajuk bagus tp isi tarak...saudara nak ckp pasal syiah ker,hamas , fatah saudara belajar dulu sejarah fatah n hamas...apa sebenarnya perjuagan hizbullah...ok tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.