PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

05 March 2010

Melayu: Juara Masalah!

Salam muhibbah.

1. Tahniah kepada UMNO dan BN yang telah memulakan program Juara Rakyat demi mendekatkan kerajaan di hati rakyat. Seharusnya program ini dimanfaatkan sebaik mungkin dalam menyampaikan isu semasa dan penyelesaian pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.

2. Sejak akhir ini, rakyat dikejutkan dengan pelbagai masalah moral yang berlaku. Penderaan, penzinaan, jenayah ragut, jenayah rempit, pembuangan bayi luar nikah dan bermacam lagi. Cuba anda perhatikan statistik jenayah-jenayah tersebut. Membimbangkan tapi benar, yang terlibat majoritinya adalah MELAYU!

3. Mengapa Melayu yang banyak melibatkan diri dengan jenayah-jenayah ini? Kurang didikan agama? Mungkin. Kerajaan alpa terhadap golongan ini? Mungkin juga. Malangnya perbuatan jenayah ini berterusan kerana sikap tidak mahu ambil tahu dan tidak mahu orang lain masuk campur urusan seseorang. Bukan kerana kealpaan kerajaan atau kurangnya pendidikan agama yang diterima.

4. Pepatah "Menjaga tepi kain sendiri" sepatutnya dipadam daripada kamus umat Melayu. Mana mungkin kita menjadi masyarakat yang bermoral jika kita memberi perhatian kepada orang lain. Tegur-menegur seharusnya menjadi satu budaya kepada umat Melayu. Tugas ini bukannya terletak di bahu kerajaan atau ustaz-ustaz yang berdakwah semata-mata. Tugas ini melibatkan semua orang.

5. Didikan di rumah juga sangatlah penting. Tanggungjawab ibu bapa adalah amat berat untuk mendidik anak-anak ini supaya menjauhi perbuatan jenayah ini. Jika ibu bapa tidak mahu TANGGUNG, maka JAWAB lah di Akhirat kelak. Kita juga pernah melihat sesebuah keluarga hancur kerana tidak ada kesefahaman antara ibu, bapa dan anak-anak.

6. Mungkin program Juara Rakyat UMNO/BN boleh ditambah nilai dengan memasukkan program kesedaran masyarakat seperti menghidupkan budaya tegur-menegur dan program keluarga bahagia. Perbanyakkan aktiviti yang mengeratkan masyarakat dan bukannya menghebahkan pelbagai projek yang besar atau berbangga dengan projek yang mengharumkan nama negara.

7. Jika rosak institusi masyarakat kini, tidak mungkin negara boleh mendabik dada rasa bangga di mata dunia kerana hanya gah di nama tetapi isinya bagai sampah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.