PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

06 March 2010

Petrol subsidi untuk rakyat



Salam sejahtera.

1. Pastinya rakyat rasa bersyukur kerana kerajaan menarik balik cadangan penstrukturan semula subsidi minyak petrol. Ini bermakna dalam tempoh ini, kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol.

2. Implikasi terhadap kenaikan harga petrol selalunya akan membebankan rakyat. Peniaga akan menggunakan alasan kenaikan harga petrol sedangkan sesetengahnya tidak berkaitan pun dengan minyak petrol. Harga barang dikhuatiri akan naik dan ini akan menambah lagi kesengsaraan rakyat berpendapatan rendah.

3. Namun saya berpendapat adalah baiknya kerajaan meneruskan cadangan sistem dua harga minyak petrol, iaitu harga bersubsidi untuk rakyat Malaysia dan harga sebenar untuk warga asing. Kerajaan dapat menampung keperluan subsidi itu daripada harga yang dibayar oleh warga asing.

4. Wujudkan dua pam berasingan untuk pemegang MyKad dan warga asing. Jika warga asing didapati mengisi di pam bersubsidi, kenakan tindakan yang tegas.

5. Minyak petrol bersubsidi hanya untuk rakyat Malaysia. Mengapa harus kita berkongsi harga subsidi itu dengan warga asing? Sebenarnya jika langkah ini dilaksanakan oleh kerajaan sejak dahulu lagi, masalah dana untuk menampung minyak subsidi ini tidak akan timbul.

6. Penguatkuasaan perlu lebih ketat dan tegas. Jangan baru sahaja disergah, kerajaan terus berlembut lagi. Contohi jiran kita, Singapura yang tegas dalam melaksanakan undang-undang.

7. Ini saya anggap lebih praktikal daripada cadangan kereta yang melebihi 2.0 cc dikenakan harga sebenar. Mereka juga rakyat Malaysia, apakah perlu kita bezakan harga subsidi ini dengan mereka yang menggunakan kereta berkapasiti tinggi?

8. Apa-apa pun saya berharap kerajaan dapat terus mencari jalan untuk memastikan semua lapisan rakyat dapat hidup aman dan sejahtera tanpa menanggung beban yang sangat berat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.