Kini hanya tinggal beberapa bahagian sahaja yang belum bersidang. Sehingga hari ini, kita dapat lihat calon mana yang mendapat pencalonan yang tinggi. Datuk Seri Najib, nampaknya akan berjaya memenangi jawatan Presiden UMNO Mac depan, jika tiada lagi calon yang ingin menentangnya, ataupun calon yang tidak dapat melepasi kuota.
Teka-teki mengenai jawatan Ketua Wanita UMNO masih lagi menjadi tanda tanya, antara Rafidah Aziz dengan Shahrizat Jalil. Dua watak utama pendukung sayap kanan UMNO ini masih belum memberi reaksi mengenai pencalonan yang diterima mereka. Kedua-dua mereka semakin mendapat pencalonan daripada bahagian-bahagian yang bersidang.
Perihal peralihan kuasa Ketua Wanita telah dipersetujui pada waktu pertengahan tahun 2008 yang lalu. Malangnya pelan itu nampaknya ‘mungkin’ terpaksa dikaji semula apabila Presiden UMNO telah menunda pemilihan UMNO daripada Disember kepada Mac 2009. Ini menjadikan pelan asal peralihan pada Jun 2009 menjadi semakin tidak relevan. Apa relevannya seorang Ketua Wanita memegang jawatan selama 3 bulan dan penggantinya memangku jawatan selama 3 tahun? Kuasa seorang pemangku tidak sekuat kuasa Ketua yang dipilih secara sah. Ini akan menyukarkan pemangku untuk menjalankan kuasa-kuasa yang ada pada seorang Ketua.
Seharusnya Rafidah Aziz memberi laluan kepada Shahrizat Jalil untuk menyambung legasi Wanita kerana sudah terbukti banyak bahagian yang tidak mahu akur kepada pelan peralihan yang dipersetujui. Kita tidak lupakan jasa Rafidah tetapi zaman sudah berubah dan kita perlukan seorang ketua yang dapat memberi nafas baru kepada pergerakan itu. Sejak mengambil alih jawatan Ketua Wanita daripada Tan Sri Aishah Ghani pada tahun 80-an, tidak dinafikan tahap kecemerlangan dan prestasi membanggakan dijelmakan oleh Rafidah Aziz walaupun pernah tewas sekali kepada Siti Zaharah Sulaiman.
Ini masa yang sesuai untuk Rafidah Aziz melepaskan kekuasaan beliau di dalam Wanita, sebelum akar umbi ‘melepaskannya’. Jika Rafidah masih lagi ingin memegang jawatan, besar kemungkinan beliau akan dicop ‘gila kuasa’.
Sudah-sudahlah ya, Dato’!
1 comment:
Salam Bro....
Dato' ni mungkin masih ada lagi agenda @ perjuangan yang lum selesai jadi belum masa lagi nak turun tu Bro
Post a Comment