PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

31 December 2008

PAS oh PAS (1)

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Nampaknya PAS sudah mula bermain fatwa rekaan mereka untuk pilihan raya kecil kali ini. Seperti biasa, setiap kali pilihan raya, akan ada fatwa ciptaan mengikut nafsu serakah mereka sendiri. Seperti yang pernah kita dengar, "Undi PAS dapat pahala" atau "Undi PAS masuk syurga"

Bolehkah kita menyokong PAS, jika PAS sendiri seolah-olah senyap dalam isu arak, babi dan maksiat di negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat? Secara tidak langsung jika kita menyokong PAS, bermakna kita akan menyokong arak, babi dan maksiat. Tidak sedarkah anda?

Adakah berdosa mengundi parti BN yang telah banyak menyediakan bantuan seperti sekolah, jalan raya, hospital, masjid sedangkan undi PAS yang tak bawak apa-apa pun dapat pahala?

Anda marahkan BN kerana mengamalkan rasuah, politik kotor, maksiat dan macam-macam lagi, tetapi PAS sendiri yang KONONnya memperjuangkan Islam, sama sekali tidak berkelakukan seperti seorang Muslim yang sejati. Mencipta fatwa mengikut nafsu tanpa memikirkan kesan dan akibat.

Mengambil kata-kata calon BN Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid, apa pula fatwa kepada orang-orang PAS yang menyokong calon DAP ataupun PKR di seluruh negara? (Ini sepatutnya Nik Aziz wajib jawab). Bukan apa, takutlah pula terpesong akidah mereka ataupun tak dapat pahala sebab tak undi PAS.

Bolehlah kita simpulkan di sini, undi PAS = DAP = PKR = arak = babi = maksiat. Jadi nasihat saya kepada pengundi K.Terengganu, kalau anda memilih juga PAS, bererti anda tidaklah bijak orangnya, malah saya rasa anda bukan seorang yang berfikir panjang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.