PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

31 December 2008

PAS oh PAS (2)

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Tak sedar-sedarkah lagi orang-orang PAS, rakan sekutu mereka, DAP secara terang-terang menolak hukum hudud, malah boleh pula pemimpin-pemimpin PAS berkata, mereka sanggup tunggu 30 tahun lagi untuk menjalankan hukum hudud. Huh, HIPOKRIT!

Nampak sangat mereka yang mempolitikkan isu hukum hudud ini. Kalau anda katakan Lim Guan Eng tu sebagai "khalifah" yang KONONnya memahami ISLAM, untuk apa secara terang-terangan dia menolak hukum hudud. Bukan saja LGE, malah Karpal Singh tu juga tak suka langsung dengan hudud. Nah, terbukti sudah hudud itu tidak lebih daripada politik PAS yang tak bijak dan tak matang langsung. (Sebenarnya saya nak kata orang yang sokong membabi-buta PAS itu tidak lebih daripada B***H saja!)

Tak nampak pun pelaksanaan hukum hudud di Kelantan walaupun sudah hampir 30 tahun memerintah. Yang PAS tau, kutip balak, sebab tebang balak boleh dapat duit dengan cepat. Huh, mereka sayangkan DUNIA!

Saya menyeru kepada ahli-ahli PAS, kalau anda sayangkan parti anda ini dan lebih-lebih lagi ISLAM, keluarlah daripada Pakatan Rakyat, dan tukarlah pemimpin yang menyokong dasar-dasar tidak Islamik Pakatan "kencing" Rakyat tu. Saya maklum ramai ahli-ahli PAS (yang bijak dan matang) ingin kembali kepada perjuangan asal tetapi tidak mampu kerana mereka tidak ada kuasa di tangan mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.