PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

29 December 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.



Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini yang tak seberapa. Matlamat kewujudan blog ini adalah untuk menyedarkan umat Melayu Islam yang semakin leka dengan permainan politik sehingga hampir memusnahkan jati diri sebagai sebuah bangsa yang unggul suatu ketika dahulu.

Sempena dengan kehadiran tahun baru Hijrah ini, saya menyeru kepada mereka yang sayangkan agama, bangsa dan tanah air supaya sama-sama kita berjuang mempertahankan bumi tercinta ini. Lupakan sengketa yang lama, demi perjuangan. Sesungguhnya datuk nenek kita telah berusaha untuk memerdekakan negara ini, kini tiba pula giliran kita untuk memastikan kemerdekaan ini terus kekal di tangan bangsa kita, bukan di tangan bangsa lain.

Allah SWT telah mengurniakan rantau ini kepada bangsa kita untuk menjaganya, janganlah pula kita melepaskan tanggungjawab yang amat berat ini kepada bangsa lain. Inilah masanya, saatnya, detiknya, waktunya dan segala-galanya. Tolak mereka yang cuba memecah-belahkan bangsa MELAYU ini.

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia!"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.