PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

02 December 2008

Keluarkan sahaja PPP!

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.


Amboi.. amboi.. amboi.. ugut nampak?

Parti kecil PPP ni dah mula nak jadi hero? Sedar diri tu sikit. Awak tu nak jadi hero I.S.A? Agak nya kenapa orang-orang macam ini tak faham mengenai I.S.A. "Kita bukan nak mansuhkan I.S.A. tapi mahu kerajaan pinda I.S.A. Jika tidak, kami keluar dari BN" Kenyataan ringkas berbaur ugutan.

Inilah nada kecewa apabila parti kalah pada PRU-12 yang lalu. Parti yang kurang sokongan ini cuba nak meraih populariti di kalangan anti I.S.A. supaya disanjung sebagai hero. Sudahlah, patutnya PPP ini dibubarkan sahaja atau ahli-ahli nya masuk parti siasah yang besar.

I.S.A. tak perlu lagi dipinda. Ia sudah cukup jelas dan terang menyatakan "sesiapa yang memberi ancaman kepada keselamatan negara dan rakyat, dia harus di tahan." Jadi kalau anda tidak melakukan apa-apa kesalahan yang berkaitan keselamatan negara, untuk apa anda risau? Pokoknya mudah, jangan cuba menggugat ketenteraman bangsa, agama dan negara. Kalau itu difahami, nescaya tidak ada orang mempertikai I.S.A. ini.

Bayangkan negara kita seperti di Thailand, atau krisis terbaru di Mumbai, India. Negara-negara ini tidak ada akta sebegini. Kalau tidak sudah lama kepala-kepala perancang ini disumbat ke pusat tahanan. Barulah aman dan sejahtera negara.

Tak payah tunggu lama-lama, tendang sahaja parti ini keluar dari BN. Bukan ada jasa pun, lagipun mereka ini tidak ikhlas memperjuang dasar-dasar BN. Kalau mereka betul-betul ikhlas, pasti kawasan majoriti India dan Cina di seluruh pelusuk negara menjadi milik BN.

1 comment:

sumandak bayu said...

Salam Tuan,

blog ini menghina Islam, kita perlu perangi blog ini,

http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.