PENAFIAN (DISCLAIMER)

Pihak penulis "Fikiran Kami" tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini. Tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber-sumber yang dipilih.

Yang Mengikuti

03 February 2009

Menjunjung Kasih Tuanku sempena Jubli Perak pemerintahan

Sultan Azlan Shah
Dimulakan dengan Ummu Kitab, Al-Fatihah.

Patik sebagai rakyat Tuanku ingin menyembah ucapan Tahniah patik kepada Tuanku atas kegemilangan pemerintahan selama 25 tahun Tuanku ditabal menjadi Sultan, Yang Dipertuan Negeri dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan serta jajahan takluknya.

Selama Tuanku bersemayam di takhta sejak 3 Februari 1984, Tuanku telah berusaha untuk memajukan negeri yang makmur ini agar setanding dengan negeri-negeri lain di dalam Persekutuan ini. Segala perancangan yang Tuanku berikan telah sedikit sebanyak dilaksanakan sebaik mungkin oleh pemimpin-pemimpin negeri sebelum ini.

Patik yang lahir dan membesar di negeri Tuanku merasa bangga atas pencapaian yang dinikmati oleh negeri kesayangan patik ini. Semoga Allah SWT memberi usia yang panjang serta minda yang sihat buat Tuanku agar terus menjadi ketua negeri selama mana yang Tuhan telah janjikan kepada Tuanku. Dan tidak lupa agar Tuanku terus menjadi payung kepada bangsa Melayu dan agama Islam di negeri ini daripada dihujani oleh pelampau dan anasir yang ingin memecah belah perpaduan seluruh umat Melayu Perak.

Patik juga berjanji untuk terus mempertahankan kedaulatan Tuanku serta membantu umat Melayu Perak agar bersama-sama Tuanku sebagaimana di amanah oleh Allah SWT kepada bangsa Melayu untuk menjaga bumi berdaulat ini.

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!


3 comments:

wanchope said...

Asslamualikum w.b.t...
Adakah seseorang raja yang harus menurut perlembagaan itu sentiasa benar-benar bijak dan betul di atas tindak tanduknya? Sudah tentu tidak. Sejarah melayu sendiri telah menyatakannya. Jika tidak, manakan boleh wujudnya pepatah "Raja Alim, Raja Disembah,Raja Zalim, Raja Disanggah.." Di dalam kejadian di negeri Perak, Sultan Perak sendri tidak menunjukkan tahap profesionalisme nya dengan tidak menurut peraturan yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan hasilnya adalah tidak sah. Membuat keputusan melulu dengan mengikut kehendak Kerajaan Pusat. Di mana, Sultan sekali lagi dilihat diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi menjaga "kantung" mereka. Kesultanan Kelantan adalah contoh dimana Sultan diperalatkan oleh Anuar Musa demi menunaikan hasrat BN menawan Kelantan sehingga tradisi kesultanan Kelantan diperkotak-katikkan begitu teruk sekali. Kajilah sejarah yang benar-benar berlaku di pelbagai era pentadbiran. Janganlah begitu terhutang budi dengan sejarah melayu lama yang kini dihancurkan oleh rakyat derhaka yang sentiasa memakai topeng pemalsuan.. Akhir kata, "Raja Zalim, Raja Disanggah"

Razif AR Al-Marbawi said...

Waalaikumsalam,

Nampaknya saudara wanchope benar-benar belum faham mengenai bidang kuasa sultan sebagai pemerintah negeri.

Gaya komen saudara seolah-olah apabila sultan berpihak kepada BN, dikatakan sultan tidak adil tetapi apabila sultan berpihak kepada pakatan rakyat, barulah sultan itu adil.

Inilah yang berlaku jika saudara tidak mendalami apa sebenarnya yang berlaku. selepas PRU12 yang lalu, sepatutnya parti yang memperoleh majoriti yang diberi hak untuk memerintah, bukan dengan kolaborasi parti PAS,DAP dan PKR kerana pakatan rakyat bukan satu parti yang sah. sewajarnya BNlah yang memerintah,

tetapi oleh kerana bidang kuasa sultan yang menentukan, maka hak itu diberi kepada PAS,DAP dan PKR. adakah tindakan itu adil bagi anda? sebenarnya BN boleh menuntut hak itu tetapi biarlah mereka yang tidak bijak itu menjadi pemerintah.

dan jangan sangka sultan perak itu tidak berilmu. barangkali atas dasar emosi saudara menyebabkan saudara berkata begitu. tidak mengapalah, saya berharap agar saudara dapat mencari maklumat yang sebenarnya, bukan mempercayai fitnah.

wanchope said...

hahaha.... rilek ar jib.. aku psycho je... nk tgk camner ko sygkan Malaysia ni... hahah.. =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sila berikan komen dengan menyatakan nama anda. Komen dengan menggunakan nama Anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri.